Day 1: A Little Bit About Me


Assalamualaikum. Hi, nama saya Fatimah Azzahra Ismail. Saya adalah ibu kepada 2 orang permata hati yang comel iaitu Nur Rania Zara Khusaini dan Muhamad Reefqy Khusaini. Isteri kepada Khusaini Adam Tamrin. Saya seorang penjawat awam di sebuah universiti awam tempatan. Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee secara tidak sengaja pada April 2013. Pada asalnya saya sama seperti pengedar-pengedar yang lain, mencuba Shaklee untuk diri sendiri. Kerana manfaat dan kebaikan yang saya perolehi daripada produk-produk Shaklee, saya mula berkongsi kebaikannya bersamam rakan-rakan, saudara-mara dan kenalan tanpa sebarang niat untuk berniaga. Sejak itu saya mula menjadi pengedar produk Shaklee yang sah dan berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ramai pengguna-pengguna di luar sana. 

 Nur Rania Zara Khusaini
Muhamad Reefqy Khusaini

Saya berasal daripada negeri Tok Gajah yang dilanda banjir baru-baru ini. Alhamdulillah kampung kelahiran saya tidak ditenggelami air, cuma ibu dan ayah terputus hubungan dari kampung-kampung berhampiran kerana jalan darat ditenggelami air. Saya adalah anak ke 7 daripada 8 adik beradik. Tetapi kini saya adalah anak bongsu kerana adik saya telah kembali ke rahmatullah pada Mei 2009. Alfatihah.

Saya adalah lulusan Universiti Malaya dalam bidang Bioteknologi dan pernah berkhidmat di syarikat Biofarmaseutikal. Ini membuatkan saya lebih berminat dalam dunia vitamin, supplement dan ubat-ubatan. Pada asalnya saya memang tidak berminat dengan bisnes online lebih-lebih lagi dengan lambakan produk-produk kesihatan dan kecantikan di masa sekarang. Tetapi dalam keluarga saya ada dua orang kakak yang sangat "bisnes minded", merekalah yang menggalakkan saya mencuba. 

Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, kadang kala terasa masa yang diluangkan bersama anak-anak terlalu kurang iaitu pada hujung minggu dan sebelah malam sahaja. Malahan pada sesetengah masa terpaksa datang ke pejabat pada hujung minggu. Rasa bersalah sangat pada anak-anak kerana hujung minggu adalah hak mereka. Sehingga anak saya yang pertama selalu berkata "Mama tak payah la gi work, duduk rumah aje jage anak-anak". Sebagai anak yang dibesarkan oleh ibu seorang suri rumah sepenuh masa, saya faham perasaan mereka yang kurang kasih sayang. Siang hari hanya bermanja dengan pengasuh. InsyaAllah suatu hari nanti saya bercita cita menjadi seorang WAHM. Doakan saya ye..Aminn...


                              Kawasan COD : Bangi - UKM -Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...