Day 2: Kenapa Kedai Vitamin-Ku??

Assalamualaikum..Walaupun sedikit ketinggalan saya teruskan jugalah 30 days challenge ni.


Ya mungkin ada yang bertanya, banyak-banyak nama blog yang fancy-fancy, yang sedap-sedap kenapa saya memilih nama Kedai Vitamin-Ku..Jawapannya mudah saja kerana blog ini saya dedikasikan kepada "passion" saya yang baru iaitu vitamin aka supplement aka makanan tambahan.



Saya pun kurang pasti bila minat terhadap vitamin dan supplement ini datang. Kalau sebelum ini saya memang tidak ambil tahu tentang supplement kerana saya tidak pernah mengambil supplement atau vitamin kecuali yang disarankan oleh doktor ketika mengandung anak pertama dan kedua. Malah saya tak pernah ambil tahu berapa content setiap bahan di dalam vitamin tersebut. Yang pastu doktor kata makan berapa biji sehari, waktu bila patut makan dan tujuannya. Lebih-lebih lagi alahan yang teruk membuat saya fobia dengan vitamin-vitamin tersebut seperti Ferrous Fumarate, B Complex, Folic Acid dan Calcium Lactate. Tapi telan juga sebab mengalami masalah hemoglobin rendah dan tekanan darah rendah.



Apabila saya mula mengambil vitamin Shaklee, dan mula merasai kebaikannya, dan mula berkongsi dengan kawan-kawan rapat dan saudara-mara; saya menyedari saya mula berminat dengan setiap vitamin atau supplement yang saya jumpa. Jika berjumpa rakan dan terlihat mereka mengamalkan sesuatu vitamin, saya akan menyemak nutrition fact vitamin tersebut. Begitu juga jika ada promoter di farmasi atau pusat beli belah cuba mempromosikan supplement mereka, saya akan bertanya berapa Mg setiap satu bahan dalam 1 tablet. Ada tak kandungan bahan lain yang membantu penyerapan vitamin tersebut. Ada tak bahan yang mengganggu penyerapan vitamin tersebut terkandung dalam tablet.


                                  Kawasan COD : Bangi - UKM -Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

1 comment:

  1. bismillah,

    kedai vitamin ni cantik...
    jom ke entri saya
    http://carehappytips.blogspot.com/2015/03/muhasabah-diri-agar-kekal-positif.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...