Punch Kad Saya Merah Alhamdulillah ;)

Gambar hiasan ;)

Alhamdulillah sampai juga ke pejabat..sebenarnya terlewat harini kerana ada perarakan Maulidur Rasul di pejabat. Mula-mula heran juga ape yang membuatkan jalan sesak pagi-pagi ni..Dah 8.25 pagi confirm tak sempat clock in.. Bila nampak semua berarak semua segak-segak  dan cantik manis berbaju melayu, sampin, songkok, baju kurung, jubah sambil bawa sepanduk dan berselawat..Malu sendiri dah 2 tahun kerja kat sini tapi asik termiss perarakan ni..mendengar mereka berselawat dengan bersemangat, sejuk hati ini, buka tingkap dan ikut berselawat..Sambil tu boleh completekan Master Checklist saya.. Mode punchcardku merah dengan senang hati lalala..apelah sangat punchcard merah disebabkan perarakan memperingati Rasulullah kita..setahun sekali sahaja pun..Nak compare dengan punhcard merah sebab bangun lambat dan terlajak tido hihi..betul tak??


Hmm tapi ada dua situasi yang ingin saya kongsikan hari ini:

Situasi 1. lame jugak stuck dalam "jem" tu..Saya lihat cermin pandang belakang, kereta dah panjang beratur.. jadi ada pemandu di belakang yang dah naik angin menekan minyak kuat2 tanda protes..saya bersangka cuba bersangka baik, mungkin dia ada meeting penting atau student yang dah lewat nak pergi exam ke viva..takpelahh..bila dah Guard dah beri laluan untuk kami, saja ditekan minyak kuat2 depan Puan Guard..kesian puan tu, dia hanya menjalankan tugas. Puan Guard geleng-geleng kepala, saya rasa pemandu lain pun sama.

Situasi 2. saya clock in di pejabat utama hari ni..jadi guna PC umum..ada seorang aunty ni..berlari-larian nak clock in sambil membebel..katanya "orang nak kerja pun susah"..server pulak slow, ditanya saya dah ke belum? saya jawab server slow puan..terus diambil tetikus dari tangan saya..click click click tak sabar gitu..kesian tikus tu hihihi..kalau dia boleh berkata-kata mungkin dia cakap "maafkan saya puan, saya hanya menjalankan tugas" ;)



Jom kita doakan kita semua umat Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam semoga kita beroleh syafaat Baginda Rasulullah di akhirat kelak..Aminnn...Dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.......

1 comment:

  1. My Cheklist:
    1. About
    2. Order
    3. Daftar Ahli
    4. Contact
    5. Image Order
    6. Image Daftar Ahli
    7. Post How to Order
    8. Post Daftar Ahli
    9. Sticky post COD with PIC
    10. Promo by month PIC
    11. Like us on facebook
    12. Search blog
    13. Follow by email
    14. Latest post
    15. Popular post
    16. Blog list
    17. Pageview
    18. Traffic
    19. PIC set2 link to post set
    20. Penting
    21. Tip n petua
    22. Chatbox

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...