Jangkitan Rotavirus Boleh Membawa Maut Jika Tidak Dirawat
Baru-baru ini anak kedua saya telah dijangkiti Rotavirus, jadi
di sini saya akan kongsikan sedikit info tentang Rotavirus. Rotavirus ialah
jangkitan virus yang paling kerap menyebabkan cirit- birit dan muntah di
kalangan kanak-kanak. Jangkitan ini sering menjangkiti kanak-kanak berusia 5
tahun ke bawah. Sistem pertahanan badan akan meningkat setiap kali dijangkiti
Rotavirus. Oleh itu, jangkitan pertama adalah lebih teruk daripada jangkitan
yang kedua dan seterusnya.
1.Bagaimana jangkitan ini merebak?
2.Berapa lamakah jangkitan Rotavirus ini dialami oleh pesakit?
Selalunya, muntah dan cirit-birit akan berlarutan selama 4 ke 8 hari. Oleh
kerana Rotavirus menyebabkan kekurangan enzim ” lactase” yang memproses susu,
jika pesakit minum susu, mungkin mereka akan muntah atau cirit-birit lagi.
3.Apakah rawatan yang bagi jangkitan Rotavirus?
Perlu diingat, tiada ubat
bagi mengubati Rotavirus kerana antibiotik tidak memberi kesan kepada virus.
Tetapi ada beberapa kaedah yang dapat dilakukan bagi mengurangkan simptom Rotavirus.
Apa yang boleh anda lakukan:
Apa yang boleh anda lakukan:
Pastikan kandungan air dalam badan mencukupi
- Amat penting sekali untuk ibubapa memastikan anak mempunyai kandungan air yang cukup, kerana kekurangan air dalam badan bayi/ kanak- kanak boleh menyebabkan KEMATIAN!
- Oleh itu, jika anak mengalami muntah/ cirit birit, pastikan anak-anak diberi ORS ( garam hidrasi) yang dibancuh dengan air. Jangan campurkan benda lain seperti gula / Ribena/ jus dalam bancuhan ini.
- Berikan air minuman secara sedikit-sedikit dan kerap seperti 50 ml setiap 15 minit. Ataupun suapkan 3-4 sudu air setiap 15 minit. Ianya memang sedikit meletihkan, tetapi percayalah, anak – anak akan terasa disayangi dan akan berusaha minum apabila ibubapa memberi perhatian yang kerap pada mereka.
- Berikan makanan yang mudah hadam seperti bubur nasi dan biskut jika anak mahu. Pakar mendapati bahawa , pemberian makanan pejal awal dapat mempercepatkan kesembuhan cirit- birit.
- Teruskan dan tambahkan kekerapan penyusuan ibu. Susu ibu mempunyai antibodi serta kandungan air yang banyak bagi mengganti kehilangan dalam badan. Pelukan ibu juga dapat meningkatkan rasa selesa anak-anak dan mencepatkan penyembuhan.
- Jika anak menyusu formula, boleh dihentikan untuk beberapa jam, dan diberikan semula dalam jumlah yang sedikit-sedikit.
Buatlah rekod tentang berapa banyak dan berapa kali anak muntah/ buang air besar / buang air kecil
Catatkan juga berapa banyak makanan dan minuman yang diberi serta keadaan anak. Ini boleh membantu doktor dan ibubapa menilai tahap kesihatan anak.
Sekiranya mempunyai mesin timbang di rumah , ibubapa boleh menimbang anak-anak dalam keadaan tanpa pakaian setiap hari
Pastikan penjaga membasuh tangan dengan sempurna menggunakan sabun dan air setiap kali selepas menukar lampin.
Pastikan juga tangan dibasuh dengan baik sebelum menyediakan makanan bagi mengelakkan terjangkit kepada ahli keluarga yang lain.
4.Bagaimana mengetahui sama ada anak saya cukup kandungan air?
Boleh lihat dari keadaan
anak-anak:
Tiada Dehidrasi
Dehidrasi Sederhana
Dehidrasi Teruk
5.Bilakah anak patut dibawa ke hospital?
Jika anak masih boleh
makan/ minum , tahap dehidrasi sedikit/ sederhana, ada penjaga yang boleh
memerhatikan keadaannya bolehlah diberi rawatan ORS dan pemantauan di rumah.
Jumlah cecair ORS yang
perlu diberikan : (Gunakan sudu atau picagari kecil).
- Umur bayi 6 bulan ke bawah (30 hingga 90mls setiap jam)
- Umur 6 bulan hingga 1 tahun (90 hingga 120mls setiap jam)
- Umur atas 1 tahun (120 hingga 240mls setiap jam)
Bawa anak ke hospital
jika:
- Anak berumur 6 bulan ke bawah
- Tahap dehidrasi teruk
- Tidak dapat makan / minum langsung
- Tiada penjaga dapat memantau keadaan di rumah
- Terdapat darah dalam najis
- Sakit perut bertambah kuat
Doktor perlu memastikan
anak tersebut tidak mengalami intussusception ( usus tersumbat) dan penyakit-
penyakit lain yang lebih serius.
5 makanan yang patut dielakkan semasa anak mengalami cirit- birit
1. Ubat- ubatan penahan muntah atau penahan cirit- birit
Kebanyakan ubat penahan muntah atau cirit- birit mempunyai kesan sampingan yang teruk ke atas kanak- kanak. Ubat metoclopramide ( maxolon) misalnya ialah ubat penahan muntah yang boleh memberi kesan yang dipanggil “oculogyric crisis” di mana mata kanak- kanak memandang ke atas dan otot leher / muka menjadi tegang dan tidak boleh berpusing ke kiri atau ke kanan. Ubatan seperti “phenergan” ( promethazine) mempunyai risiko melemahkan pernafasan terutamanya untuk bayi berumur 2 tahun ke bawah. Oleh itu, elakkan mengambil ubat- ubatan begini dan teruskan dengan air dan ORS.
2. Makanan berasaskan susu, kecuali yogurt
Oleh kerana enzim lactase yang memproses susu tidak dihasilkan oleh usus yang sakit, maka makanan berasaskan susu akan menyebabkan anak- anak lebih kerap muntah dan cirit- birit. Yogurt pula , walaupun berasal dari susu, mengandungi probiotic, bahan yang didapati dapat menyembuhkan cirit- birit dengan segera. Minuman seperti Vitagen / Bliss dan sebagainya boleh diberikan sekiranya anak- anak mahu.
3. Jus buah- buahan
Jus buah-buahan yang terlalu manis boleh menyebabkan cirit-birit menjadi teruk. Makanan manis yang mengandungi sorbitol seperti gula-gula boleh menyebabkan cirit-birit bertambah teruk. Cairkan dahulu jus ini atau elakkan dari memberi anak- anak jus untuk sementara waktu.
4. Minuman tinggi kafein seperti kopi atau nescafe
Minuman sebegini menggalakkan kehilangan air dari badan anak- anak, jadi berikanlah minuman lain.
5. Vitamin C berkepekatan tinggi
6. Saya pernah dengar tentang diet BRAT. Apa itu diet BRAT?
Diet BRAT ialah pendek bagi:
Banana
Rice
Applesauce
Toast – tanpa mentega
Secara amnya ianya ialah
makanan yang dicadangkan diberi kepada anak-anak yang mengalami cirit- birit
atau muntah. Mengandungi kalori : karbohidrat bagi memberi tenaga tetapi tidak
mengandungi kandungan protein. Ibubapa boleh memberi diet ini perlahan-
perlahan sehingga anak pulih semula.
7. Bolehkah saya memberikan anak 100 plus atau minuman kecergasan bagi menggantikan ORS?
8. Cara mengelakkan jangkitan rotavirus
#Jangan Tunggu, Kelak Menyesal
Kawasan COD : Bangi - UKM -Kajang- Salak Tinggi -Sepang - Nilai
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
9 comments
Write commentsMemang kesian kalau anak2 kena rotavirus. Melepek je
ReplyBetul..sekarang anak sy admit sebab rotavirus...sedih tgk die melepek jer..doakan anak sy sihat ya..
ReplyBetul..sekarang anak sy admit sebab rotavirus...sedih tgk die melepek jer..doakan anak sy sihat ya..
ReplySalam.. Sy ad sdikit pertanyaan, kalau buat pemeriksaan si Klinik , ap yg doktor akn lakukan untuk mengesan kehadiran rotavirus pd anak sy? Biasenye, ank akan masa berapa lame tuk sembuh?
Replyikut pengalaman saya, doktor ambil darah dan sampel najis. yang lain tu prosedur biasa (tekanan darah dan suhu badan). seminggu gak nak sembuh.
Replyikut pengalaman saya, doktor ambil darah dan sampel najis. yang lain tu prosedur biasa (tekanan darah dan suhu badan). seminggu gak nak sembuh.
Replyank sy 2 tahun 2 bln, sekarang dah 4 hari cirit birit. tapi dia aktif. makan minum cam biase. tak muntah,t ak demam. bwk pegi klinik 2 kali. still same. sehari dia cirit 8/9 kali.
ReplyAnk sy bru 8bln.muntah skali tp crit dh 3hari.bw g klinik bg ubt tp msh cirit..aktif cma merengek sbb melecet pada punggung dan celah peha.bdan suam.xpanas sgt.agak2 nk kna bw g klnk lain x?
ReplyRota virus ni boleh berlaku ke atas org dewasa tak?
Reply