Bahaya Preeclampsia Kepada Ibu dan Bayi Di Dalam Kandungan

Apakah Preeclampsia ?


Preeclampsia adalah satu keadaan serius yang menjejaskan kira-kira 5 peratus daripada wanita mengandung dan biasanya bermula selepas 20 minggu kehamilan. Tekanan darah tinggi adalah gejala utama, tetapi terdapat juga simptom lain seperti protein dalam air kencing , hati atau buah pinggang yang tidak normal, sakit kepala yang berterusan, atau perubahan penglihatan.



Keadaan ini biasanya muncul selepas anda mencapai 37 minggu, tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa pada separuh masa kedua kehamilan, termasuk semasa bersalin atau selepas bersalin (biasanya dalam masa 48 jam).

Gejala preeclampsia juga mungkin boleh berlaku sebelum 20 minggu, tetapi hanya dalam kes-kes yang jarang berlaku, seperti dengan kehamilan molar.

Preeclampsia boleh berlaku secara perlahan ataupun secara mengejut daripada simtom-simtom ringan hingga teruk, iaitu komplikasi yang mengancam nyawa jika tidak didiagnosis dan dirawat dengan segera. Doktor anda akan memeriksa keadaan anda pada setiap pemeriksaan pranatal dengan mengambil tekanan darah dan memeriksa sampel air kencing anda untuk protein.

Bagaimana Preeclampsia Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda dan Kesihatan Bayi Anda


Lebih teruk kondisi preeclampsia tersebut dan  lebih awal ia muncul, maka lebih besar risiko untuk anda dan bayi anda. Kebanyakan wanita yang mendapat preeclampsia mendapat gejala ringan berhampiran tarikh mereka dijangka bersalin. Ibu-ibu ini dan bayi mereka akan berada dalam keadaan yang baik dengan penjagaan yang betul .

Tetapi apabila preeclampsia adalah teruk, ia boleh menjejaskan banyak organ-organ dan menyebabkan masalah serius atau mengancam nyawa. Itulah sebabnya anda disarankan oleh doktor anda untuk bersalin awal jika keadaan anda teruk atau semakin teruk.

Preeclampsia menyebabkan saluran darah mengerut, menyebabkan tekanan darah tinggi dan aliran darah berkurangan. Ini boleh menjejaskan organ-organ dalam badan anda seperti hati, buah pinggang dan otak.

Apabila darah yang dapat mengalir ke rahim anda berkurangan, ia boleh menyebabkan risiko kepada bayi anda seperti pertumbuhan yang kurang baik, cecair amnion berkurangan, dan "placental abruption" (iaitu plasenta terpisah dari dinding rahim sebelum proses bersalin). Di samping itu, bayi anda mungkin mengalami kesan pra-matang jika anda diarahkan untuk bersalin awal untuk melindungi kesihatan anda.




Perubahan pada salur darah anda yang disebabkan oleh preeclampsia boleh menyebabkan kebocoran kepada kapilari darah ke dalam tisu anda. Ini boleh mengakibatkan bengkak yang dikenali sebagai edema. Apabila saluran darah kecil dalam buah pinggang anda bocor, protein dari saluran darah anda meresap ke dalam air kencing anda. Ianya adalah normal untuk mempunyai sejumlah kecil protein dalam air kencing anda, tetapi jika berlebihan boleh mendatangkan masalah.

Gejala preeclampsia biasanya hilang tidak lama selepas bersalin. Tetapi wanita yang telah mempunyai preeclampsia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kardiovaskular pada masa depan, termasuk tekanan darah tinggi, strok dan kegagalan jantung.

Apakah Sindrom HELLP ?


Sesetengah wanita dengan preeclampsia menghadapi keadaan yang dipanggil sindrom HELLP . HELLP adalah ringkasan bagi Hemolisis , pecahan sel-sel darah merah; Elevated Liver enzyme; dan Low Platelets, iaitu sel-sel darah yang diperlukan untuk pembekuan darah.

Sindrom HELLP meletakkan anda dan bayi anda pada risiko yang lebih tinggi berbanding gejala preeclampsia teruk. Sebaik sahaja anda mengalami preeclampsia, darah anda akan diuji secara berkala untuk tanda-tanda sindrom HELLP.

Apakah Eclampsia ?


Eclampsia adalah sawan yang disebabkan oleh preeclampsia. Keadaan ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun Eclampsia boleh membawa kesan yang sangat serius untuk kedua-dua ibu dan bayi di dalam kandungan.

Sawan boleh didahului oleh gejala-gejala seperti sakit kepala yang teruk atau berterusan, perubahan penglihatan (penglihatan kabur, melihat tompokan, atau sensitif kepada cahaya), kekeliruan mental, atau sakit perut yang serius. Walaupun ianya jarang berlaku, sawan ini berlaku tanpa amaran. Atas sebab ini, semua wanita dengan preeclampsia teruk diberikan magnesium sulfat iaitu ubat anti -sawan.

Apakah Tanda-tanda Preeclampsia ?


Preeclampsia boleh terjadi secara tiba-tiba, jadi ia amat penting untuk mengetahui simptom-simptomnya.

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami:
  • bengkak di muka atau bengkak di sekitar mata anda
  • bengkak yang berlebihan pada tangan anda
  • bengkak yang berlebihan atau secara tiba-tiba pada kaki atau buku lali anda. Ini adalah disebabkan oleh "water retention" yang juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan yang mendadak. Jadi maklumkan kepada doktor anda sekiranya berat badan anda bertambah lebih daripada 5 pound seminggu.


(Perlu diingat bahawa tidak semua wanita dengan preeclampsia mengalami bengkak atau peningkatan berat badan yang mendadak, dan tidak semua wanita dengan bengkak atau pertambahan berat badan yang mendadak mempunyai preeclampsia)

Dengan preeclampsia teruk, anda mungkin mengalami gejala-gejala lain. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda amaran:
  • Sakit kepala yang teruk atau berterusan
  • Perubahan penglihatan , termasuk penglihatan berganda, kabur, melihat tompokan atau lampu berkelip, sensitif kepada cahaya, atau tidak dapat melihat sementara
  • Sakit teruk atau tidak selesa di bahagian atas abdomen
  • Loya dan muntah-muntah

Simptom mungkin berbeza-beza dari seorang wanita kepada wanita yang lain, dan preeclampsia boleh berlaku tanpa sebarang simptom yang jelas, terutamanya di peringkat awal. 

Apatah lagi, beberapa tanda-tanda preeclampsia, seperti bengkak dan berat badan, mungkin kelihatan seperti masalah kehamilan biasa. Jadi anda mungkin tidak tahu anda mempunyai keadaan sehingga ia dikesan pada pemeriksaan pranatal rutin. Ini adalah salah satu sebab ia begitu penting untuk tidak terlepas pemeriksaan pranatal anda.




Pastikan anda mengambil setiap vitamin yang disarankan oleh doktor anda bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan. Anda juga boleh mengambil alternatif dengan membeli supplemen kesihatan yang ada di pasaran.


Set Hamil Shaklee Trimester 1




Set asas untuk Trimester 1 terdiri daripada:

  • Vitalea Iron Formula
  • B Complex
  • Sustained Release Vita C Plus
  • Ostematrix
*Energizing Soy Protein (ESP) boleh diambil sebagai tambahan untuk Set Lengkap Trimester 1

Set Hamil Shaklee Trimester 2 & 3




Set asas untuk Trimester 1 terdiri daripada:

  • Vitalea Iron Formula
  • B Complex
  • Sustained Release Vita C Plus
  • Ostematrix
  • Omega Guard
*Energizing Soy Protein (ESP) boleh diambil sebagai tambahan untuk Set Lengkap Trimester 2 & 3


Vitalea Iron Formula (Multivitamin)


Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin ataupun iberet lagi. Ianya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah pitam atau pengsan, Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.





B Complex 


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sustained Realese Vita-C


Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained release dan akan dibebaskan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.  Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.




Ostematrik (Kalsium)


Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Omega Guard (Omega-3)


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu-ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

Energy Soy Protein (ESP)


Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.





Kawasan COD : Bangi - UKM -Kajang- Salak Tinggi -Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

6 comments:

  1. mak aih sampai macam tu sekali ke keadaan kaki bila bengkak? huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bengkak/sembab sebab pregnant berbeza untuk individu n berbeza jugak dlm setiap pregnancy..alhamdulillah pregnant dua2 anak sy xkene bengkak kaki, simptom lain pulak sebab water retention juga..

      Delete
  2. cahayacinta

    amat rindu pada zaman hamil uh memori sungguh.rasa kalau dapat sepasang amin dna rezeki juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis..samelah setiap wanita akan rindukan saat itu walaupun masa tu mabuk teruk, lembik, xselera..mase pregnant terase serik macam xmau prgenant lagi..tapi bila anak dah besar...rinduuu sgt kan..

      Delete
  3. Tq fatin..atas penerangan mengenai kesan protein dalam air kencing

    ReplyDelete
  4. bagus shaklee ni. macam2 supplement utk ibu mengandung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...