Bahaya Preeclampsia Kepada Ibu dan Bayi Di Dalam Kandungan
Apakah Preeclampsia ?
Preeclampsia adalah satu keadaan serius
yang menjejaskan kira-kira 5 peratus daripada wanita mengandung dan biasanya
bermula selepas 20 minggu kehamilan. Tekanan darah tinggi adalah gejala utama,
tetapi terdapat juga simptom lain seperti protein dalam air kencing , hati atau
buah pinggang yang tidak normal, sakit kepala yang berterusan, atau perubahan
penglihatan.
Keadaan ini biasanya muncul selepas anda
mencapai 37 minggu, tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa pada separuh masa
kedua kehamilan, termasuk semasa bersalin atau selepas bersalin (biasanya dalam
masa 48 jam).
Gejala preeclampsia juga mungkin boleh
berlaku sebelum 20 minggu, tetapi hanya dalam kes-kes yang jarang berlaku,
seperti dengan kehamilan molar.
Preeclampsia boleh berlaku secara
perlahan ataupun secara mengejut daripada simtom-simtom ringan hingga teruk,
iaitu komplikasi yang mengancam nyawa jika tidak didiagnosis dan dirawat dengan
segera. Doktor anda akan memeriksa keadaan anda pada setiap pemeriksaan
pranatal dengan mengambil tekanan darah dan memeriksa sampel air kencing anda
untuk protein.
Bagaimana Preeclampsia Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda dan Kesihatan Bayi Anda
Lebih teruk kondisi preeclampsia
tersebut dan lebih awal ia muncul, maka lebih besar risiko untuk anda
dan bayi anda. Kebanyakan wanita yang mendapat preeclampsia mendapat gejala
ringan berhampiran tarikh mereka dijangka bersalin. Ibu-ibu ini dan bayi mereka
akan berada dalam keadaan yang baik dengan penjagaan yang betul .
Tetapi apabila preeclampsia adalah
teruk, ia boleh menjejaskan banyak organ-organ dan menyebabkan masalah serius
atau mengancam nyawa. Itulah sebabnya anda disarankan oleh doktor anda untuk
bersalin awal jika keadaan anda teruk atau semakin teruk.
Preeclampsia menyebabkan saluran darah
mengerut, menyebabkan tekanan darah tinggi dan aliran darah berkurangan. Ini
boleh menjejaskan organ-organ dalam badan anda seperti hati, buah pinggang dan
otak.
Apabila darah yang dapat mengalir ke
rahim anda berkurangan, ia boleh menyebabkan risiko kepada bayi anda seperti
pertumbuhan yang kurang baik, cecair amnion berkurangan, dan "placental
abruption" (iaitu plasenta terpisah dari dinding rahim sebelum proses
bersalin). Di samping itu, bayi anda mungkin mengalami kesan pra-matang jika
anda diarahkan untuk bersalin awal untuk melindungi kesihatan anda.
Perubahan pada salur darah anda yang
disebabkan oleh preeclampsia boleh menyebabkan kebocoran kepada kapilari darah
ke dalam tisu anda. Ini boleh mengakibatkan bengkak yang dikenali sebagai
edema. Apabila saluran darah kecil dalam buah pinggang anda bocor, protein dari
saluran darah anda meresap ke dalam air kencing anda. Ianya adalah normal untuk
mempunyai sejumlah kecil protein dalam air kencing anda, tetapi jika berlebihan
boleh mendatangkan masalah.
Gejala preeclampsia biasanya hilang
tidak lama selepas bersalin. Tetapi wanita yang telah mempunyai preeclampsia
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kardiovaskular pada
masa depan, termasuk tekanan darah tinggi, strok dan kegagalan jantung.
Apakah Sindrom HELLP ?
Sesetengah wanita dengan preeclampsia
menghadapi keadaan yang dipanggil sindrom HELLP . HELLP adalah ringkasan
bagi Hemolisis , pecahan sel-sel darah merah; Elevated Liver
enzyme; dan Low Platelets, iaitu sel-sel darah yang
diperlukan untuk pembekuan darah.
Sindrom HELLP meletakkan anda dan bayi
anda pada risiko yang lebih tinggi berbanding gejala preeclampsia teruk. Sebaik
sahaja anda mengalami preeclampsia, darah anda akan diuji secara berkala untuk
tanda-tanda sindrom HELLP.
Apakah Eclampsia ?
Eclampsia adalah sawan yang disebabkan
oleh preeclampsia. Keadaan ini jarang berlaku. Walau
bagaimanapun Eclampsia boleh membawa kesan yang sangat serius untuk
kedua-dua ibu dan bayi di dalam kandungan.
Sawan boleh didahului oleh
gejala-gejala seperti sakit kepala yang teruk atau berterusan, perubahan
penglihatan (penglihatan kabur, melihat tompokan, atau sensitif kepada cahaya),
kekeliruan mental, atau sakit perut yang serius. Walaupun ianya jarang berlaku,
sawan ini berlaku tanpa amaran. Atas sebab ini, semua wanita dengan
preeclampsia teruk diberikan magnesium sulfat iaitu ubat anti -sawan.
Apakah Tanda-tanda Preeclampsia ?
Preeclampsia boleh terjadi secara
tiba-tiba, jadi ia amat penting untuk mengetahui simptom-simptomnya.
Hubungi doktor anda dengan segera jika
anda mengalami:
- bengkak di muka atau bengkak di sekitar mata anda
- bengkak yang berlebihan pada tangan anda
- bengkak yang berlebihan atau secara tiba-tiba pada kaki atau buku
lali anda. Ini adalah disebabkan oleh "water retention" yang
juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan yang mendadak. Jadi
maklumkan kepada doktor anda sekiranya berat badan anda bertambah lebih
daripada 5 pound seminggu.
(Perlu diingat bahawa tidak semua
wanita dengan preeclampsia mengalami bengkak atau peningkatan berat badan yang
mendadak, dan tidak semua wanita dengan bengkak atau pertambahan berat badan
yang mendadak mempunyai preeclampsia)
Dengan preeclampsia teruk, anda mungkin
mengalami gejala-gejala lain. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda
mempunyai sebarang tanda-tanda amaran:
- Sakit kepala yang teruk atau berterusan
- Perubahan penglihatan , termasuk penglihatan berganda, kabur,
melihat tompokan atau lampu berkelip, sensitif kepada cahaya, atau tidak
dapat melihat sementara
- Sakit teruk atau tidak selesa di bahagian atas abdomen
- Loya dan muntah-muntah
Simptom mungkin berbeza-beza dari
seorang wanita kepada wanita yang lain, dan preeclampsia boleh berlaku tanpa
sebarang simptom yang jelas, terutamanya di peringkat awal.
Apatah lagi, beberapa tanda-tanda
preeclampsia, seperti bengkak dan berat badan, mungkin kelihatan seperti
masalah kehamilan biasa. Jadi anda mungkin tidak tahu anda mempunyai keadaan
sehingga ia dikesan pada pemeriksaan pranatal rutin. Ini adalah salah satu
sebab ia begitu penting untuk tidak terlepas pemeriksaan pranatal anda.
Pastikan anda mengambil setiap vitamin yang disarankan oleh doktor anda bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan. Anda juga boleh mengambil alternatif dengan membeli supplemen kesihatan yang ada di pasaran.
Set asas untuk Trimester 1 terdiri daripada:Pastikan anda mengambil setiap vitamin yang disarankan oleh doktor anda bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan. Anda juga boleh mengambil alternatif dengan membeli supplemen kesihatan yang ada di pasaran.
Set Hamil Shaklee Trimester 1
- Vitalea Iron Formula
- B Complex
- Sustained Release Vita C Plus
- Ostematrix
*Energizing Soy Protein (ESP) boleh diambil sebagai tambahan untuk Set Lengkap Trimester 1
Set Hamil Shaklee Trimester 2 & 3
Set asas untuk Trimester 1 terdiri daripada:
- Vitalea Iron Formula
- B Complex
- Sustained Release Vita C Plus
- Ostematrix
- Omega Guard
*Energizing Soy Protein (ESP) boleh diambil sebagai tambahan untuk Set Lengkap Trimester 2 & 3
Vitalea Iron Formula (Multivitamin)
B Complex
Sustained Realese Vita-C
Ostematrik (Kalsium)
Omega Guard (Omega-3)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu-ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
Energy Soy Protein (ESP)
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
Kawasan COD : Bangi - UKM -Kajang- Salak Tinggi -Sepang - Nilai
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
6 comments
Write commentsmak aih sampai macam tu sekali ke keadaan kaki bila bengkak? huhuhuhu
Replycahayacinta
Replyamat rindu pada zaman hamil uh memori sungguh.rasa kalau dapat sepasang amin dna rezeki juga.
Bengkak/sembab sebab pregnant berbeza untuk individu n berbeza jugak dlm setiap pregnancy..alhamdulillah pregnant dua2 anak sy xkene bengkak kaki, simptom lain pulak sebab water retention juga..
Replysalam sis..samelah setiap wanita akan rindukan saat itu walaupun masa tu mabuk teruk, lembik, xselera..mase pregnant terase serik macam xmau prgenant lagi..tapi bila anak dah besar...rinduuu sgt kan..
ReplyTq fatin..atas penerangan mengenai kesan protein dalam air kencing
Replybagus shaklee ni. macam2 supplement utk ibu mengandung
Reply