Perkara Pertama Yang Patut Anda Lakukan Setelah Disahkan Hamil

Tahniah diucapkan kepada anda yang baru sahaja disahkan hamil! Pada saat-saat ini mungkin ada yang anda mungkin tertanya-tanya apa perkara penting yang anda perlu lakukan setelah disahkan hamil. Anda mungkin tidak terfikir sebelum ini terutamanya jika ini adalah kandungan pertama anda. Jangan panik, tarik nafas dan terus membaca informasi yang saya kongsikan di bawah.




Berikut adalah perkara yang paling penting untuk dimasukkan ke dalam senarai anda :


Kira Tarikh Dijangka Bersalin


Tidak perlu susah-susah mengira dengan pensil dan kertas, hanya menggunakan tarikh hari pertama datang bulan yang terakhir dan kalkulator yang anda boleh dapatkan melalui carian google. Anda boleh cuba kalkulator INI.





Pilih Doktor atau Klinik


Setelah disahkan hamil, anda akan kerap berjumpa dengan doktor atau pun jururawat klinik ibu mengandung untuk pemeriksaan bulanan, jadi ia adalah penting untuk mencari doktor ataupun klinik yang bersesuaian dengan anda. Terpulang kepada bajet dan keselesaan anda, anda boleh mendapatkan khidmat Pakar Sakit Puan daripada Hospital Swasta ataupun ataupun Hospital Kerajaan; atau Klinik Kesihatan Kerajaan yang ada di kawasan anda. Adalah penting untuk anda terus ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan kerana anda tidak tahu keadaan kesihatan anda dan bayi anda pada ketika itu.




Jaga Kesihatan Anda


Gaya hidup yang sihat adalah sentiasa penting. Tetapi apabila anda hamil, gaya hidup yang sihat menjadi lebih penting dari biasa kerana anda perlu mengambil kira kesihatan bayi di dalam kandungan. Jadi pastikan anda mendapat cukup asid folik. Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub neural (NTDs) kecacatan serius kelahiran saraf tunjang (seperti spina bifida) dan otak (seperti anencephaly). Kecacatan tiub neural berlaku di peringkat awal perkembangan bayi. Mula mengambil vitamin pranatal yang akan dicadangkan atau dibekalkan oleh doktor anda, makan makanan kehamilan yang sihat, lakukan rutin senaman kehamilan yang sederhana dan cuba untuk mendapatkan banyak tidur atau rehat secukupnya.



Elakkan Diri Dari Melakukan Perkara Yang Membahayakan Anda dan Kandungan


Terdapat beberapa perkara yang berbahaya semasa mengandung dan perlu dielakkan. Ini termasuk makanan tertentu seperti alkohol, asap rokok, terlalu banyak kafein, beberapa ubat-ubatan , dadah dan pelbagai toksin. Anda juga perlu mengelakkan atau mengurangkan aktiviti-aktiviti dan tingkah laku tertentu contohnya mendukung anak kecil. Mendukung anak kecil semasa mengandung mungkin bukanlah idea yang baik. Apabila perut senakin membesar, pusat graviti anda beralih. Ini meletakkan banyak tekanan ke atas belakang anda. Selain itu, perubahan pada tubuh badan anda boleh membuatkan anda mudah pitam apabila berdiri terlalu pantas. Jadi, jika anda membongkok dan mengangkat anak kecil ke atas, anda mungkin merasa pening atau gelap mata (hampir pitam).

Mungkin sukar untuk menjelaskan kepada anak kecil anda. Untuk mengelakkannya, berfikirlah secara kreatif. Mungkin anda boleh duduk sambil meriba dan memeluk anak anda atau menggunakan stroller di mana sahaja walaupun di dalm rumah. Rakan-rakan dan keluarga boleh membantu membawa anak kecil anda. Berbincang dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang anda mungkin perlu untuk elakkan .

Dapatkan "Pregnancy Checklist" anda sekarang!!


Set Hamil Shaklee


Set Hamil Shaklee Trimester 1




Set asas untuk Trimester 1 terdiri daripada:

  • Vitalea Iron Formula
  • B Complex
  • Sustained Release Vita C Plus
  • Ostematrix
*Energizing Soy Protein (ESP) boleh diambil sebagai tambahan untuk Set Lengkap Trimester 1

Set Hamil Shaklee Trimester 2 & 3




Set asas untuk Trimester 1 terdiri daripada:


  • Vitalea Iron Formula
  • B Complex
  • Sustained Release Vita C Plus
  • Ostematrix
  • Omega Guard
*Energizing Soy Protein (ESP) boleh diambil sebagai tambahan untuk Set Lengkap Trimester 2 & 3


Vitalea Iron Formula (Multivitamin)


Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin ataupun iberet lagi. Ianya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah pitam atau pengsan, Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.




B Complex 


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sustained Realese Vita-C


Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained release dan akan dibebaskan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.  Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.




Ostematrik (Kalsium)


Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Omega Guard (Omega-3)


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu-ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

Energy Soy Protein (ESP)


Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.



ORDER NOW!!


Kawasan COD : Bangi - UKM -Kajang- Salak Tinggi -Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku








7 comments:

  1. Tambahan, bila dpt tau preggy tu, tampar2 skit muka sendiri..biar di alam nyata..

    ReplyDelete
  2. hahaha yelah tuptup tau dapat twins kan, kene beli double stroller la lepas ni :)

    ReplyDelete
  3. best kalau hamil mula kira saat bila baby nak keluar heeee..

    ReplyDelete
  4. Haha..yang penting, pastikan kandungan mendapat sumber makanan yang berkhasiat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semestinya..cuma kadang2 ibu mengandung ni tak boleh masuk mknn mesti keluar balik

      Delete
  5. intresting article...berusaha untuk kembalikan saat2 ini...insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...