Punca Mood Swing Semasa Hamil Dan Tips Untuk Menanganinya

Jika anda hamil atau orang yang terdekat dengan anda samada isteri atau sahabat baik sedang hamil, anda mungkin mempunyai beberapa pengalaman dengan mood swing (perubahan mood). Mood swing semasa hamil adalah perkara biasa. Anda mungkin teruja tentang kerana menerima berita baik iaitu disahkan hamil, tetapi anda juga boleh jadi tertekan atau terharu dengan berita tersebut.




Anda juga mungkin mempunyai kebimbangan berterusan yang menyumbang kepada perubahan mood anda. Soalan seperti : Adakah saya akan menjadi ibu bapa yang baik? Mampukah saya menguruskan kewangan? Adakah bayi saya akan menjadi sihat? Adakah saya melakukan perkara yang betul sebagai persediaan untuk bayi saya? Kehamilan adalah satu peringkat dalam hidup anda yang penuh dengan perubahan fizikal dan emosi. Memahami perubahan ini akan membantu anda mempunyai pengalaman yang positif. Bercakap dengan seseorang yang profesional atau berpengalaman mungkin dapat membantu anda melalui perubahan ini dan mengatasi kebimbangan anda.


Sebelum Saya Kongsikan Tentang Mood Swing, Jom Sama-sama Tonton Perkongsian Puan Ainul Mustafa, Ibu Hamil Yang Sangat Cergas dan Bersemangat Sepanjang Tempoh Kehamilannya.




Apa yang Menyebabkan Mood Swing Semasa Hamil?


Perubahan mood semasa hamil boleh disebabkan oleh tekanan fizikal, keletihan, perubahan dalam metabolisme anda, atau oleh hormon estrogen dan progesteron. Perubahan ketara dalam tahap hormon anda boleh menjejaskan tahap neurotransmitter, yang merupakan bahan kimia otak yang mengawal mood. Perubahan emosi kebanyakannya dialami semasa trimester pertama antara 6 hingga 10 minggu dan sekali lagi pada trimester ketiga kerana badan anda bersedia untuk kelahiran.




Cara Menangani Mood Swing


Ia adalah penting untuk memahami anda tidak keseorangan; perubahan mood adalah satu lagi aspek pengalaman kehamilan. Mengetahui bahawa apa yang anda alami adalah perkara biasa dan telah dijangka boleh membantu anda menanganinya. Cara-cara untuk menguruskan tahap tekanan anda termasuk :


  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Ambil sedikit waktu di siang hari untuk berehat
  • Lakukan aktiviti fizikal yang kerap
  • Jaga pemakanan anda dengan baik
  • Luangkan masa dengan pasangan ataupun ahli keluarga anda
  • Cuba tidur sebentar di siang hari
  • Keluar bersiar-siar
  • Tonton wayang bersama rakan
  • Jangan terlalu memaksa diri
  • Cuba sertai kelas senaman untuk ibu mengandung
  • Berurut



Adakah Saya Memerlukan Bantuan Profesional?


Jika perubahan mood anda berlarutan lebih daripada dua minggu dan seolah-olah tidak menjadi lebih baik, anda mungkin ingin berjumpa dengan doktor anda untuk dirujuk kepada pakar kaunseling. Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia. Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat paling serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki. Pada kebiasaanya wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 2:1. Kes kemurungan adalah yang paling kerap berlaku di kalangan wanita semasa usia melahirkan anak, tetapi ianya boleh berlaku pada sebarang usia.

Beberapa tanda-tanda kemurungan termasuk:


  • Kebimbangan berulang dan meningkat cepat marah
  • Gangguan tidur
  • Perubahan dalam tabiat makan
  • Ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian kepada apa-apa buat masa yang lama
  • Short term memory lost (masalah ingatan)


Jika perubahan mood anda menjadi lebih kerap dan teruk, anda haruslah berbincang dengan doktor anda tentang pilihan untuk berurusan dengan mood swing yang teruk, kebimbangan atau kemurungan.


Bagaimana B Complex Shaklee Boleh Membantu



B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.


  •      Vitamin B1 mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
  •      Vitamin B2 mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
  •      Vitamin B3 mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.
  •      Vitamin B5 mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang.
  •      Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.
  •      Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori dan meningkatkan daya fokus.



Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi -Sepang - Nilai



CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku





4 comments:

  1. Mood swing ni memang susah sikit orang lelaki nak paham. Nak pahamkannya tu memang kena banyak bersabar. Hehe

    ReplyDelete
  2. terbag ke awan ler mood macam ini yer heee...wing sana wing sini

    ReplyDelete
  3. cahayacinta
    pasangan kena ambil berat orang tersayang uh...

    ReplyDelete
  4. Ohhh patut la..emosi si dia tak berapa nak stabil..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...