Punca Pendarahan Semasa Hamil Dan Cara Mengatasinya

Pendarahan semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya semasa trimester pertama, dan biasanya ia tidak perlu dibimbangkan. Tetapi oleh kerana pendarahan kadang-kadang boleh menjadi tanda sesuatu yang serius, adalah penting untuk mengetahui kemungkinan penyebabnya dan dapatkan pemeriksaan oleh doktor anda untuk memastikan anda dan kandungan anda sihat.



Pendarahan Dalam Trimester Pertama



Kira-kira 20 % daripada wanita mempunyai sedikit pendarahan dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Kemungkinan punca pendarahan trimester pertama termasuk:


Pendarahan Implantasi / Penempelan


Anda mungkin mengalami pendarahan biasa dalam tempoh 6 hingga 12 hari pertama selepas anda hamil kerana telur yang telah disenyawakan menempel sendiri pada lapisan rahim. Sesetengah wanita tidak menyedari mereka mengandung kerana mereka menyangka pendarahan ini adalah kedatangan haid yang sedikit. Biasanya pendarahan adalah sangat sedikit seperti tompokan coklat atau pink dan tahan lebih dari beberapa jam ke beberapa hari.



Keguguran


Keguguran adalah biasa berlaku dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan, ia cenderung untuk menjadi salah satu punca utama pendarahan semasa trimester pertama. Kira-kira separuh daripada wanita yang mengalami pendarahan semasa kehamilan akhirnya keguguran. Tetapi itu tidak bermakna bahawa jika anda mengalami pendarahan, anda akan kehilangan bayi anda, terutamanya jika anda tidak mempunyai apa-apa simtom lain.

Simtom lain keguguran adalah kekejangan yang kuat di bahagian bawah abdomen dan terdapat cebisan tisu atau ketulan darah keluar melalui faraj.


Kehamilan Ektopik


Kehamilan ektopik adalah keadaan di mana embrio yang telah disenyawakan menempel atau implantasi di luar rahim, biasanya dalam tiub fallopio. Jika embrio terus membesar, ia boleh menyebabkan tiub fallopio pecah dan boleh mengancam nyawa ibu tersebut. Walaupun kehamilan ektopik adalah berbahaya, ia hanya berlaku pada kira-kira 2 % daripada kehamilan.



Simtom lain kehamilan ektopik adalah kekejangan yang kuat atau sakit di bahagian bawah abdomen dan rasa seperti hendak pitam.


Kehamilan Molar


Kehamilan Molar (juga dipanggil penyakit trophoblastic kehamilan) adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku di mana tisu yang tidak normal tumbuh di dalam rahim bukannya pada bayi. Dalam sesetengah kes-kes yang jarang berlaku, tisu tersebut adalah sel-sel kanser dan boleh merebak ke bahagian badan yang lain.



Simtom-simtom lain kehamilan molar ialah rasa loya dan muntah-muntah yang teruk, dan pembesaran rahim yang terlalu cepat.

Sebab-sebab tambahan pendarahan di awal kehamilan termasuk:


Perubahan serviks. 


Semasa mengandung, lebih banyak darah mengalir ke serviks. Ujian Pap Smear atau hubungan suami isteri, yang menyebabkan sentuhan atau geselan pada pangkal rahim, boleh mencetuskan pendarahan. Walaubagaimanapun jenis pendarahan ini tidak membimbangkan.


Jangkitan


Apa-apa jangkitan serviks, faraj atau jangkitan kelamin seperti chlamydia, gonorrhea, atau herpes boleh menyebabkan pendarahan pada trimester pertama.


Pendarahan Dalam Trimester Kedua dan Ketiga


Pendarahan tidak normal di peringkat akhir kehamilan mungkin lebih serius, kerana ia boleh memberi tanda-tanda masalah yang mungkin akan dialami ibu atau bayi. Hubungi doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami sebarang pendarahan pada trimester kedua atau ketiga.

Kemungkinan punca pendarahan Semasa Akhir Kehamilan  termasuk:


Plasenta Previa 


Keadaan ini berlaku apabila plasenta terletak rendah di rahim dan sebahagian atau sepenuhnya meliputi pembukaan saluran kelahiran. Plasenta previa adalah sangat jarang berlaku dalam trimester ketiga, ianya berlaku dalam hanya satu dalam 200 kehamilan. Pendarahan plasenta previa, boleh jadi menyakitkan dan memerlukan rawatan doktor dengan segera.



Placental Abruption


Placental abruption adalah keadaan serius di mana plasenta terpisah sepeneuhnya atau separa daripada dinding uterus sebelum bayi anda dilahirkan. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi anda terputus bekalan nutrient dan oksigen. Lebih serius lagi ia boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan membayakan nyawa ibu dan bayi anda. Statistik menunjukkan Placental Abruption berlaku dalam kira-kira satu dalam 150 kehamilan. Biasanya ia berlaku pada trimester ketiga tetapi boleh berlaku bila-bila masa selepas 20 minggu kehamilan.




Tanda-tanda dan gejala Placental Abruption lain ialah sakit perut, keluar ketulan darah dari vagina, rahim mengeras dan sakit belakang.


Rahim Pecah


Dalam kes-kes yang jarang berlaku, parut dari kelahiran secara pembedahan (caserean c-section) sebelum ini boleh terbuka semasa mengandung. Rahim pecah boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Jika keadaan ini berlaku kepada anda, pembedahan (caserean c-section) kecemasan perlu dilakukan.

Simtom lain rahim pecah adalah kesakitan dan ketegangan  di dalam abdomen.


Kelahiran Pramatang


Pendarahan vigina di akhir kehamilan mungkin boleh menjadi tanda bahawa badan anda telah bersedia untuk bersalin. Beberapa hari atau minggu sebelum bersalin, mukus plug yang meliputi pembukaan rahim akan keluar dari vagina dan ia biasanya akan mempunyai sejumlah kecil darah di dalamnya ( ini dikenali sebagai "bloody show"). Jika pendarahan dan simtom bersalin bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan, hubungi doktor anda dengan segera kerana anda mungkin akan melahirkan bayi pramatang.



Simtom lain kelahiran pramatang termasuk kontraksi, keputihan (vaginal discharge), tekanan pada perut dan sakit di belakang berhampiran pinggang.

Sebab-sebab tambahan pendarahan dalam kehamilan lewat adalah:

  • Kecederaan pada serviks atau faraj
  • polip
  • kanser

Apa Yang Anda Lakukan Jika Sekiranya Mengalami Pendarahan Tidak Normal Semasa Mengandung


Oleh kerana pendarahan faraj dalam mana-mana trimester boleh menjadi tanda sesuatu masalah, hubungi doktor anda. Pakai pad supaya anda boleh mengetahui berapa banyak darah yang keluar, dan merekodkan jenis darah (contohnya merah jambu, perang, atau merah ; cair atau ketulan darah). Bawa tisu-tisu atau ketulan darah yang keluar melalui faraj untuk diuji.

Anda boleh menjalani ujian ultrasound untuk mengesan apakah punca pendarahan tersebut. Untuk pemeriksaan menyeluruh, biasanya kedua-dua vaginal ultrasound dan abdominal ultrasound akan dilakukan oleh doktor anda.

Segeralah ke Unit Kecemasan hospital berhampiran atau hubungi 911 jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, yang boleh menjadi tanda-tanda keguguran atau masalah-masalah lain yang serius:


  1. Sakit yang teruk atau kekejangan yang melampau di bahagian bawah perut
  2. Pendarahan yang teruk, sama ada sakit atau tidak
  3. Vaginal discharge yang mengandungi tisu
  4. Pening atau pengsan
  5. Demam lebih daripada 38 darjah Celcius dan / atau kesejukan

Jika anda mengalami pendarahan semasa hamil, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Ia mungkin pendarahan biasa, tetapi ia mungkin juga tanda-tanda maslah serius yang boleh mengancam nyawa anda dan bayi anda. Cegah dan atasinya sebelum terlambat.

SET HAMIL SHAKLEE






Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)









Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai




10 comments:

  1. Ya Allah...mintak jauh lah dugaan macam ni...gerun sangat baca artikel ni...

    ReplyDelete
  2. Betul tu banyak dugaan hidup wanita ni..jadi sayangilah wanita-wanita dalam hidup anda tidak kire emak, kakak, adik, atau pun isteri :)

    ReplyDelete
  3. Mungkin yang keguguran adalah normal bila ada darah semasa mengandung.
    Sekurang2 nya boleh mengandung kan.
    Tapi yang kes mengandung kat luar rahim la ataupun ada penyakit endo ke..
    Memang kasihan la kan.

    ReplyDelete
  4. Saya lambat haid dlm 3 hari..haid saya adalah teratur..selalunya saya akan period 7 hari kebelakang..kmudian saya buat upt kelihatan positif tetapi sangat pudar..saya bersama suami dlm keadaan posisi saya diatas..adakah membahayakan..lepas 2 hari kemudian saya keluar darah mulanya hanya lendir hanya sehelai..keesokkan harinya darah seperti haid tp kecoklatan selepas itu merah spt haid..adakah darah haid..atau saya tetap perlu berjumpa doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm sy..,scan bby 6mggu tp klua drh mcm haid..dktor kasi ubt n suh rehat je..

      Delete
    2. sama mcm sy..,scan bby 6mggu tp klua drh mcm haid..dktor kasi ubt n suh rehat je..

      Delete
    3. Hi amelleyya rusdien boleh sy tau mcm mna dgn kandungan kmu. Sebab sy pn mengalami masalh seperti kmu.. sda seminggu mengalmi pndarahn. Pergi jumpa Dr, di beri MC n rehat d rumah saja..

      Delete
    4. biasanya doktor suruh bedrest sahaj..paling2 pun beri ubat kuatkan rahim..macamanapun, apa2 perkembangan dapatkan nasihat dari doktor

      Delete
  5. Assalamualaikum.. Sy susi, salam perkenalan semuanya.. Sy di sahkn mengandung pada pertengahn bulan 6 dan di minta berjumpa dokter semula pada tanggal 30 utk kepastian dan scan.. Namun, pada hri ini.. 27/6 ada darah keluar.. Sy ke klinik.. Dan di minta utk melakukn urine test semula.. Dan hasilnya negatif.. Adakh maksudnya sy gugur? 😔

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...