Taktik Penipuan Melalui Email

May 26, 2014 16 Comments A+ a-



Assalamualaikum,

Harini saya nak bercerita sikit tentang taktik penipuan yang biasa berlaku di alam maya. Mungkin saudara saudari sekalian biasa mendapat sistem pesanan ringkas (SMS) atau email malah surat tentang kemenangan saudara saudari dalam sesuatu pertandingan. sedangkan pertandingan tersebut tidak pernah disertai. Maklumat lengkap beserta no akaun bank pula diminta untuk menyalurkan wang kemenangan berjumlah jutaan USD. Ambillah langkah bijak dengan memadam email atau mesej tersebut dan buang sahaja surat pemberitahuan. Jika difikirkan rezeki tidak datang bergolek. Pastinya disusuli dengan usaha yang gigih. Jika syarikat pengiklanan ataupun syarikat jenama yang membuat pertandingan, mereka tidak akan semudahnya memberikan hadiah. Paling-paling pun kita diminta untuk share dan tag kawan-kawan untuk tujuan marketing produk dan page mereka.




Di bawah ni adalah contoh email yang saya terima pada hari jumaat lepas. Dilihat tarikh dan masa pun sudah mencurigakan. Hari Jumaat jam 11.49P.M. Jika difikirkan siapa yang akan menghantar email serius atau official pada waktu sebegitu. JIka berbeza timezone pun, di bawah email telah dinyatakan jelas bahawa email ini dari Malaysia. Mari sama-sama kita baca dan beri komen anda tentang cara individu tersebut membuat penipuan. Bijakkah? Adakah orang akan percayakan email sebegitu?

-- 
Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya 
hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan
sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.
Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir
yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana 
tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya
harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum
ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu
menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai
sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah 
Malaysia
untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit
seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk
mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang
boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan
nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda
untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang 
lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya
sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan
harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan
dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa
kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.


Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling
pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya. Bila anda menerima 
email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk 
arahan selanjutnya. Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya
hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda 
terlebih
dahulu.

Yang Benar
Pn.Norshah Ahmad
Reply: pn.norshahahmad@yandex.com
From: Malaysia










10 Langkah Mengelakkan Diri Dari Terlibat Dengan Penipuan Siber



1. Jenayah siber berpunca dari internet. Benteng pertama untuk melindungi komputer adalah Firewall. Windows sudah menyediakan Firewall pada semua sistem operasinya. 

 2. Setelah Firewall diaktifkan, sesebuah komputer perlu ada Antivirus. Tidak kira berbayar atau percuma, ia penting untuk perlindungan setiap masa komputer. Contoh antivirus seperti Avira, Kaspersky, AVG dan Sophos.

 3. Hidupkan Spam Blocker. Kebanyakkan penyedia internet menyediakan fungsi spam blocker untuk mencegah mesej-mesej yang tidak diperlukan seperti spam dan phishing email masuk ke inbox.

 4. Kaedah penyulitan (encryption) di mana setiap data penting perlu melalui proses penyulitan menggunakan perisian tertentu di internet.

 5. Berhati-hati dengan laman web yang meminta maklumat peribadi. Ini adalah kes biasa berlaku dan amat banyak berlaku dalam jenayah siber Malaysia. Laman web yang dilayari perlu diyakini 200% sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi.

 6. Jika membuat pembelian secara dalam talian (online), proses pembayaran perlu selamat. Contohnya transaksi antara bank perlu dalam format https:// atau TRUSTe atau VeriSign. Jika ragu-ragu dengan proses transaksi, tinggalkan sahaja.

 7. Terpedaya dengan janji manis. Cepat sangat cair jika diberi hadiah dan umpan wang. Khas untuk wanita, banyak kes berlaku di Malaysia membabitkan warga asing yang menipu golongan wanita. Mereka meminta wang dan ditaburi dengan sejuta janji manis. Penyelesaiannya, jangan syok sendiri.

 8. Tinggalkan sahaja email spam dalam akaun email. Spam yang telah dianalisa oleh penyedia email seperti Gmail dan Yahoo Mail adalah 99.99% tepat. Cubaan membaca dan percaya pada email spam adalah satu tindakan kurang bijak.  

9. Tinggalkan sesuatu tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai.

 10. Jangan pasang Toolbar atau perisian yang kita muat turun dari internet tanpa mengetahui tujuan perisian tersebut. Bimbang ianya adware yang cuba mencuri data peribadi secara senyap. Ini adalah kategori jenayah siber yang amat pintar untuk menipu kita.





Berhati-hatilah, jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada mereka yang tidak dikenali atau dikenali di media sosial, email mahupun telefon. Terutamamanya yang membabitkan nombor akaun bank dan password. Jika anda mendapat panggilan atau email dari pihak bank, tindakan yang bijak adalah pergi ke cawangan berhampiran dan berjumpa dengan pegawai yang bertugas. 









16 comments

Write comments
Hafizul
AUTHOR
May 26, 2014 at 7:33 PM delete

yup..betul dah tu..jangan sesekali terjebak dengan penipuan macam ni...

Reply
avatar
Puteri Kasih
AUTHOR
May 26, 2014 at 9:27 PM delete

sekarang ni memang macam-macam taktik scam...kena lebih berhati hati kan

Reply
avatar
RDZ Z
AUTHOR
May 26, 2014 at 10:48 PM delete

Thanks zara...tips yang baik..sekarang ni macam-macam scam adakan..kena hati-hati

Reply
avatar
Ema Johari
AUTHOR
May 27, 2014 at 6:30 AM delete

memang macam-macam taktik yang mereka gunakan.

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
May 30, 2014 at 5:14 PM delete

Hairan juga kadang-kadang ada yang terjebak..kebetulan diorang banyak duit pulak tu..

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
May 30, 2014 at 5:15 PM delete

Betul tu sis..macam-macam cara

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
May 30, 2014 at 5:15 PM delete

Ya sama2lah kita berhati2

Reply
avatar
Bro hantu
AUTHOR
June 5, 2014 at 4:01 AM delete

biasa dapat macam ni.. tak yah layan jer

Reply
avatar
June 5, 2014 at 6:16 PM delete

itu email spam...jangan layan ..


Jom Baca Entri Terkini Saya

Reply
avatar
Azlan Strider
AUTHOR
June 9, 2014 at 12:47 AM delete

penipuan melalui internet nie memang tak pernah padam..saya selalu gak dapat email-email macam nie..tapi normally saya tak padam macam tu sahaja, saya akan "report phising" ( untuk pengguna gmail) yang sekaligus memadam email tersebut...

Regards,
-Strider-

Reply
avatar
Mummydearie
AUTHOR
June 16, 2014 at 10:51 PM delete

Saya tak berapa nak faham sebenarnya kalau masih ada orang yang percaya dengan email sebegini. Saya pernah menerima komplen dari seorang wanita Jepun yang menghantar 70,000 USD untuk seorang lelaki yang baru dikenalinya di alam maya. Bukan sekali, malah dua kali dia menghantar wang kepada lelaki tersebut yang dipercayai berada di Malaysia menggunakan akaun bank tempatan. Selepas kali pertama membuat transaksi, sudah timbul rasa syak ditipu tapi dia tetap membuat transaksi kedua. Semudah itu ke kita nak menyalurkan banyak wang kepada orang tak dikenali? Itu yang rasa pelik sangat ...

Reply
avatar
Yandi Permana
AUTHOR
August 4, 2014 at 9:57 AM delete

memang harus hati-hati terutama untuk yang baru membuat email dan baru tahu internet, abaikan saja email yang tidak jelas masuk ke inbox kita. http://yandi-p.blogspot.com/

Reply
avatar
sri daik
AUTHOR
April 26, 2015 at 6:16 AM delete

sayta dapat email ini saya membalas dengan rasa simpati bukan niat nak hartyanya..adoii risaunya

Reply
avatar
March 26, 2016 at 12:12 AM delete

saya pernah mendapat email yang sama pada tahun lepas, saya tak percaya. tapi reply juga nak tahu apa respons dari pihak sana.

Reply
avatar
Niamh Kelly
AUTHOR
July 23, 2016 at 12:00 AM delete

This is the reason bloggers experiment with such strategies and tools in order to capture the email addresses of their visitors.https://robetbuckner.wordpress.com/2016/07/08/get-your-gmail-account-help-contact-via-phone-number-1-866-688-6581-toll-free/

Reply
avatar
Echa
AUTHOR
February 15, 2017 at 4:44 PM delete

cer reply mmg akan dapat reply menakutkan...lepas tu saya diam saje..really scary.

Reply
avatar

Atasi Masalah Hati Berlemak Atau Fatty Liver Secara Semulajadi

Masalah hati berlemak ataupun fatty liver disease adalah keadaan di mana lemak terbentuk di hati. Sebenarnya adalah normal untuk sedikit l...