Tips Atasi Kejang Kaki Semasa Hamil

Mengapa Wanita Mengandung Sering Mengalamai Kejang Kaki atau Cramps?


Kejang kaki semasa hamil adalah biasa. Tetapi tiada siapa yang benar-benar tahu mengapa wanita hamil lebih kerap mengalami kejang kaki. Ia mungkin disebabkan otot kaki anda menerima tekanan yang lebih kerana perlu menjalankan aktiviti harian dan menampung berat yang bertambah setiap hari. Atau ia boleh menjadi lebih teruk dengan tekanan oleh rahim anda yang sedang berkembang terhadap saluran darah. Terdapat dua saluran darah utama yang munkin terlibat iaitu saluran darah dari kaki anda ke jantung dan saraf yang menghubungkan saraf tunjang dan kaki anda.




Antara faktor lain yang munkin menyebabkan kejang kaki adalah:

  • Kekurangan kalsium di dalam darah. Pengambilan vitamin yang mencukupi semasa hamil adalah penting bagi membekalkan nutrient-nutrient yang dikongsi bersama bayi.
  • Fosforus yang berlebuhan ( banyak terdapat dalam daging yang telah diproses, snek makanan ringan dan minuman bergas.
  • pembentukan asid laktik (hasil sampingan metabolisme gula dan kanji) yang boleh menjejaskan pengaliran darah di kaki.


Kejang kaki boleh berlaku pada bila-bila masa. Kebiasaannya ia mula terjadi pada trimester kedua anda dan boleh menjadi lebih buruk pada trimester ketiga ketika perut anda semakin membesar. Walaupun kekejangan ini boleh juga berlaku pada siang hari, tetapi ianya lebih kerap berlaku pada waktu malam, ini boleh mengganggu tidur anda yang nyenyak.




Bagaimana Mengelakkan Kejang Kaki?

Anda boleh cuba tips ini untuk mengelakkan kejang kaki daripada berlaku:


  • Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama.
  • Regangkan otot betis anda dengan kerap pada waktu siang dan beberapa kali sebelum anda tidur.
  • Pusing-pusingkan pergelangan kaki anda dan goyang jari kaki anda apabila anda duduk, makan malam atau menonton TV.
  • Banyakkan berjalan kecuali bidan atau doktor telah menasihatkan anda untuk tidak bersenam.
  • Elakkan dari melakukan aktiviti yang memenatkan. Berbaring mengadap ke kiri anda untuk meningkatkan peredaran ke kaki dan dari kaki anda.
  • Pakai stokin sokongan atau kasut yang sesuai dan selesa untuk aktiviti sepanjang hari.
  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan anda dari terhidrat.
  • Cuba mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot anda.
  • Buat senaman regangan otot sebelum tidur dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit menjahui badan. (Perlu diingat, jangan berlebihan!!)
  • Tinggikan kaki dengan meletak alas bantal semasa tidur
  • Urut lembut kaki dan betis sebelum tidur bagi melancarkan pengedaran darah.
  • Ambil supplemen kalsium sebelum tidur.



Anda mungkin pernah mendengar bahawa mempunyai kejang kaki adalah satu tanda bahawa anda memerlukan lebih banyak kalsium, dan bahawa tambahan kalsium akan melegakan masalah tersebut. Beberapa kajian lain pula menunjukkan bahawa mengambil suplemen magnesium sebagai tambahan kepada vitamin pranatal boleh membantu sesetengah wanita mengelakkan kejang kaki. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lain menunjukkan bahawa magnesium tidak mempunyai kesan ketara ke atas kekerapan atau intensiti kejang kaki semasa mengandung. 


Tips Melegakan Kajang Kaki


Jika kaki anda berasa kejang, anda boleh praktikkan tips-tips di wah untuk melegakan kekejangan tersebut:

  • Segera regangkan otot betis anda. Luruskan kaki, letakkan tumit di lantai sambil duduk, dan perlahan-lahan tarik tumit ke belakang ke arah tulang kering anda. Ini mungkin amenyakitkan pada mulanya, tetapi ia akan melegakan kekejangan dan kesakitan akan beransur-ansur hilang .
  • Anda boleh cuba untuk melegakan kekejangan dengan mengurut otot betis dan kaki atau menuam dengan botol air panas. 
  • Berjalan-jalan sedikit-sedikit selama beberapa minit juga boleh membantu.

Bagaimana Jika Kekejangan Berterusan?


Hubungi doktor anda jika kekejangan anda adalah tetap dan bukan hanya kekejangan sekali-sekala. Jika anda perasan ada bengkak, kemerahan, kaki mengeras atau terdapat kawasan terasa panas apabila disentuh, segeralah berjumpa doktor. Ini mungkin tanda-tanda darah beku, yang memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Darah beku agak jarang berlaku, tetapi ia munkin terjadi semasa mengandung.


Vitamin Shaklee Yang Boleh Membantu




OsteMatrixTM  Shaklee Lebih Daripada Sekadar Kalsium


OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Wanita hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari bagi menampung keperluan kalsium ibu dan bayi dalam kandungan. Sebiji tablet OsteMatrix Shaklee mengandungi 250mg kalsium.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Testimonial Pengguna


"Alhamdulillah selepas pengambilan ostematrix masalah krem saya dah takde..sejak dari zaman sekolah saya mengalami masalah krem mase tidur..bila jumpa doktor je mesti doktor cakap kalsium kurang sebab tu selalu krem dan macam biasa doktor suggest minum susu. bab-bab susu ni saya memang tak boleh telan..mase preggy dulu minum susu anmum perisa coklat..mase dalam pantang minum susu anmum + milo..mase tu belum jumpa ostematrix lagi..so sekarang masalah saya dah selesai..no more krem..suke sangat rase..kalo ade sesape yang face problem macam saya boleh try.."

-Roziah Muhammad Nor-


Nak share pengalaman saya sendiri sebagai pengguna tegar OsteMatrix Shaklee. Asalnya saya mengambil OsteMatrix Shaklee untuk tujuan penyusuan. Saya selalu penat dan letih kerana masih menyusukan anak sehingga kini :)..Apabila saya mula mengambil Ostematrix Shaklee, saya dapat rasakan kejang kaki dan sakit kepala ketika hampir hendak period hilang..Alhamdulillah dengan izin Allah. Lagi satu masalah saya adalah kejang kaki jika kurang rehat atau kurang tidur, terutamanya jika stay up menyiapkan kerja-kerja pejabat dan kerja rumah. Jadi sekarang saya teruskan mengambil Ostematrix Shaklee setiap hari sebelum tidur..InsyaAllah tidak kejang kaki semamsa tidur dan esoknya bangun dengan rasa ringan tanpa sakit-sakit sendi. 

HARGA OSTEMATRIX SHAKLEE


Kawasan COD : Bangi - Kajang- Salak Tinggi -Sepang - Nilai



CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

4 comments:

  1. suka naikkan kaki lebih tinggi ..cam letak bantal heee..dah sekali jadi macma mem besau pula masa tu heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi kalau tengah pregnent tu memang mem plg besar la dalam rumah..tang perut hehe..tapi memang melegakan cara tu tak pregnant pun slalu cuba..

      Preeclampsia Mengancam Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

      Delete
  2. Terima kasih kongsikan..isteri saya beberapa kali gak la kejang ni..sakit tu..hehe

    ReplyDelete
  3. kalau ada bets gak melekat ni.tulah awak ada sornag je buat main..tu kawan tu yg kena marah celalu..tapi sayang heee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...