Tips Tangani Masalah Stretch Mark Semasa Hamil

Apakah Sebenarnya Stretch Mark


Stretch mark adalah kesan regangan berlaku apabila badan anda berkembang lebih cepat daripada pertumbuhan kulit itu sendiri. Ini menyebabkan serat elastik yang terdapat di bawah permukaan kulit untuk pecah dan menyebabkan stretch mark.




Berat badan anda bertambah kira-kira 9 paun sepanjang 9 bulan anda hamil. Pertumbuhan sepantas itu boleh  menyebabkan stretch mark, terutamanya pada perut dan payudara anda iaitu dua kawasan yang mengalami pertumbuhan yang paling bayak. Stretch mark juga boleh muncul pada paha, punggung dan bahagian atas lengan. Tanda bagi stretch mark sering bermula kemerahan atau ungu, tetapi selepas kehamilan mereka secara beransur-ansur pudar ke putih atau semakin pudar.


Siapa Yang Mungkin Mengalami Stretch Marks


Jika anda mempunyai sterch mark, anda sebenarnya berada di dalam golongan ibu hamil yang normal. Ini kerana, menurut Akademi Dermatologi Amerika;  kira-kira 90 % wanita akan mendapatkan stretch mark biasanya selepas bulan keenam atau ketujuh kehamilan. Jika ibu anda mempunyai stretch mark, maka anda lebih cenderung untuk megalami situasi yang sama kerana genetik juga memainkan peranan.




Jika anda mempunyai kulit yang lebih cerah, kulit anda akan cenderung untuk membentuk stretch mark berwarna merah jambu. Wanita berkulit gelap cenderung untuk mendapatkan stretch mark yang lebih cerah daripada warna kulit mereka.


Adakah Stretch Mark Boleh Dicegah Daripada Berlaku?


Malangnya, tidak ada cara untuk mengelakkan kesan regangan ataupun strech mark. Tidak ada krim atau losyen yang boleh melakukan itu. Walau bagaimanapun adalah baik untuk mengekalkan kelembapan kulit anda dengan losyen atau krim terutamanya jika ia menjadikan kulit anda berasa lebih baik dan lembap, kelihatan lebih licin dan membantu mengurangkan gatal yang boleh datang dengan perut yang membesar. Ia juga membantu untuk menjaga tubuh anda terhidrat dengan air.


Fokuskan Kepada Cara Memudarkan Stretch Mark


Walaupun beberapa stretch mark secara semula jadi menjadi pudar dengan sendirinya, ada juga yang kekal gelap dan lebih menonjol. Masa yang terbaik untuk merawat stretch mark, adalah ketika mereka masih dalam peringkat yang kemerahan. Gel dibuat dengan campuran ekstrak bawang dan asid hyaluronik boleh membantu. Dalam satu kajian, orang yang menggunakan gel tersebut stretch mark mereka pudar selepas 12 minggu penggunaan harian.

Pilihan lain adalah retinoid yang disarankan oleh pakar kulit anda. Ini mempercepatkan penggantian sel dan boleh merangsang pertumbuhan kolagen baru, yang membawa kepada kulit lebih gebu dan sihat. Perhatian!! Anda tidak boleh menggunakan retinoid jika anda hamil atau menyusu.

Lain-lain rawatan termasuk laser yang memanaskan kulit. Ini meningkatkan pertumbuhan kolagen dan mengecut saluran darah yang telah mengembang semasa hamil. Ia mungkin mengambil masa beberapa sesi untuk melihat hasilnya.

Ramai juga ibu-ibu di luar sana tidak merasa tekanan kerana masalah strech mark ini. Pada mereka, ini adalah sebahagian daripada perubahan yang dirasai setelah menjadi seorang ibu. Mungkin apabila anak anda telah pandai bercakap dan faham, anda boleh menceritakan perihal strech mark ini kepada mereka. Agar mereka faham betapa bernilainya pengorbanan seorang ibu selama 9 bulan membawa mereka di dalam kandungan.







Kawasan COD : Bangi - UKM -Kajang- Salak Tinggi -Sepang - Nilai



CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

6 comments:

  1. salam..susah nak ilang.mak kakakkata masa gatal jangan pi garu2 heeee.. nanti kulit tak cantik.alahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah halang diri dari menggaru, mungkin malam xsedar kan..mase perut dah besar tengok cantik je lg kulit..rupanya bila tengok cermin dah ade garisan2 di bawah perut.

      Kulit Sihat & Cantik Menawan

      Delete
  2. Tapi alhamdulillah kakak pulak tak ada masalah ini. Mungkin sebab baby tak besar sangat kot. Lagi pula kakak guna minyak sapu di perut sebaik perut mula membesar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mungjin stryktur julit sis levih anjal..macam mama saya, pregnant anak ke 8 baru nampak 1 garisan stretch mark dia.

      Tahukah anda kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan

      Delete
  3. bila perut kembang dah jadi nipis...akan ada strech marknya...cuma tebal dan nipis jer..kalau garu memang naya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak menahan rasa gatal lagi-lagi semasa tidur..kene pulak otang mengandung biasanya panas dan berpeluh je.


      Nak Jana Pendapatan Tambahan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...