10 Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Patut Tahu

Sudah menjadi kebiasaan, kelewatan haid dijadikan rujukan untuk menjangka seseorang itu hamil. Tetapi tahukah anda terdapat banyak lagi tanda-tanda kelahiran yang ada. Ada mungkin tidak berpeluang merasai kesemua tanda-tanda kehamilan ini, malah ada juga wanita yang langsung tidak menyedari mereka hamil. Mari kita baca selanjutnya untuk mengetahui 10 tanda kehamilan yang anda patut tahu.




Sesetengah wanita mungkin dapat merasakan (instinc) bahawa anda sedang hamil sebaik sahaja telur disenyawakan melekat pada dinding uterus (rahim). Ini biasanya berlaku dalam tempoh kira-kira 10 hari dari persenyawaan. Atau anda mungkin tidak sedar apa-apa perubahan untuk beberapa minggu, sehinggalah tertanya-tanya jika anda mengandung apabila anda terlepas haid anda. 


10 Tanda-tanda Kehamilan Yang Anda Patut Tahu



1. Puting Payudara Anda Merasa Sakit


"Cik B" atau payudara anda mungkin berasa sakit, sensitif atau sedikit bengkak terutamanya di sekitar puting. Ini kerana hormon kehamilan meningkatkan bekalan darah ke payudara anda, anda mungkin merasa seperti cucukan di sekeliling puting anda. Ini boleh menjadi salah satu tanda-tanda awal kehamilan, dan kadang-kadang ketara dalam masa seminggu atau lebih selepas persenyawaan. Apabila badan anda telah dapat menyesuaikan diri dengan peningkatan hormon, rasa ini akan berkurangan. 


2. Tompokan Darah


Ia adalah biasa untuk mempunyai kesan tompokan pada masa apabila anda akan period. Anda mungkin terlihat tompokan pink sedikit atau coklat gelap pada selur dalam atau semasa anda membuang air kecil. Pakar tidak pasti mengapa tompokan darah terhasil semasa awal kehamilan, tetapi ia dianggap sama ada disebabkan oleh penempelan ovum dalam rahim anda atau mungkin juga disebabkan oleh hormon yang mengawal kitaran haid anda.

3. Morning Sickness


Jika anda bernasib baik, anda mungkin tidak akan mengalami simptom ini. Walau bagaimanapun, "morning sickness" adalah gejala yang biasa di awal kehamilan. Ia selalunya bermula apabila anda kira-kira enam minggu hamil, tetapi ia boleh juga bermula seawal empat minggu. Anda mungkin berasa pening, mual dan muntah. Walaupun namanya "morning sicknes'', tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa, siang atau malam. 


4. "Cik B" Bengkak atau Sakit 


Sebaik sahaja anda berada kira-kira enam minggu hamil, payudara anda boleh menjadi semakin tegang dan sakiit apabila disentuh. Ianya hampir sama dengan simptom anda sebelum datang haid, tetapi mungkin lebih lagi dari itu. Anda boleh melihat bahawa payudara anda adalah lebih besar dan bengkak, dengan urat biru dilihat di bawah kulit. Simptom ini biasanya berlaku semasa trimester pertama dan berkurang apabila tempoh kehamilan semakin meningkat.


5. Rasa Penat, Lemah dan Lesu


Mungkin ada sesetengah wanita hamil, kekal cergas, aktif dan sihat sahaja. Jika begitu anda diantara mereka yang sangat bernasib baik. Kerana kebanyakan wanita hamil akan rasa lemah, lesu dan tidak bermaya. Percayalah ini bukan disengajakan, Hormon kehamilan dalam badan anda yang membuatkan anda berasa letih, marah dan emosi. Bagi mengatsi masalah ini, amalkan b complex kerana ianya mampu mengurankan stress dan memberi lebih tenaga dan tumpuan untuk melakukan kerja seharian. Baca selanjutnya di sini.

6. Kerap Membuang Air Kecil


Seawal kira-kira enam minggu kehamilan, anda mungkin merasakan bahawa anda lebih kerap membuang air kecil. Ini adalah disebabkan hormon kehamilan. hormon ini menyebabkan lebih banyak darah di dalam sistem anda dan buah pinggang anda bekerja lebih keras. Jika anda rasa sakit atau rasa pedih semasa membuang air kecil, anda mungkin mempunyai jangkitan saluran kencing (UTI). 


7. Puting Gelap 


Perubahan kulit adalah biasa semasa mengandung. Salah satu perubahan pertama yang anda mungkin perasn adalah bulatan gelap di sekeliling puting anda (areolas) menjadi lebih gelap. Ini boleh berlaku daripada kira-kira lapan minggu kehamilan. 

Anda juga mungkin mendapati bahawa bulatan gelap di sekeliling puting anda menjadi lebih ketara, dan puting anda lebih tegang. Vulva dan faraj anda mungkin berubah untuk lebih ungu kemerahan.

8. Mengidam


Ketagihan makanan mungkin juga satu tanda kehamilan. Anda mungkin juga merasa terlalu ingin makan sesuatu makanan itu walaupun anda tidak pernah merasainya sebelum ini. Itulah mengidam namanya. Ini boleh berlaku sangat awal bagi sesetengah wanita, walaupun sebelum mereka  telah terlewat datang haid. Sesetengah wanita menjadi terlalu sensitif kepada bau. Mereka mungkin tidak tahan dengan rasa dan bau kopi atau makanan mereka biasanya mereka gemari. Selain itu, anda mungkin mendapati bahawa anda lebih sensitif kepada aroma dari makanan atau memasak. 


9. Lewat Datang Haid


Jika period anda adalah seragam dan tiba-tiba period itu tidak datang pada waktu yang sepatutnya, anda mungkin akan terus mencuba ujian kehamilan di rumah sebelum tanda-tanda lain datang. Tetapi jika anda biasanya mengalami kitar haid yang tidak tetap, kelewatan haid mungkin tidak dapat anda jadikan sebagai rujukan.


10. UPT Positif


Antara cara yang paling mudah dan selamat, gunakan Urine Pregnancy Test (UPT). Kebanyakan ujian kehamilan di rumah akan memberikan anda hasil yang boleh dipercayai. Jika ada dua garisan insyaAllah hamil. Tapi ingat, sekiranya tidak dapat dua garisan yang dikehendaki, tidak bermakna anda tidak hamil. Mungkin kehamilan anda belum dapat dikesan. Jadi berhati-hati dengan aktiviti harian anda, kurankan aktiviti yang terlalu lasak dan mungkin membahayakan. Buatlah temujanji dengan doktor anda untuk memastikan anda betul-betul hamil. Doktor mungkin juga membuat imbasan untuk melihat kantung bayi anda. Ini juga dapat memastikan anda tidak mengalami  Ectopic Pregnancy. Selain itu, doktor anda mungkin akan membuat pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda sihat dan bersedia untuk hamil.

Alhamdulillah dan tahniah..So..What's Next?

ORDER NOW!!




Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku


5 comments:

  1. Bismillah...

    Hebat artikal ini...membuat teruja untuk mengandung lagi, insyaAllah
    prepare emosi, fizikal dan rohani...yahoo
    Alhamdulillah...

    Jom singgah baca santai:
    http://goo.gl/sYskXU

    ReplyDelete
  2. sy tak cek lagi sb malas heeee..ni belum datang haid lagi adoi aik...

    ReplyDelete
  3. kalau utk xkawin lg pun kadang2 datang period lewat jugak

    ReplyDelete
  4. ada cepat datng bulan itu normal ada lambat itu bahaya uh...

    ReplyDelete
  5. Kaum ayah pun kena ambik tahu ni...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...