Bagaimana Menangani Masalah Anak Yang Picky Eater

Anak anda tidak mahu makan makanan lain selain sosej dan ayam goreng? Atau anak kecil anda lebih asyik bermain sehingga tidak makan apa-apa pun? Kesudahannya, kecewa dengan anak yang tidak mahu makan, ibu-ibu secara automatik menyumbat makanan ke mulut sendiri. Angguk-angguk setuju? Pernah terjadi kepada anda? Jangan bersedih atau kecewa wahai ibu-ibu semua. Pertimbangkan strategi dan bantu anak anda mendapat diet yang seimbang.




Jika perkataan "makan" menjadi satu perkataan yang ditakuti anak anda, anda tidak bersendirian. Sebut sahaja makan semua lari, menyorok dan tidak kurang pula memberikan alasan mengantuk, kenyang dan sebagainya. Ramai ibu bapa yang bimbang tentang apa yang anak-anak mereka makan dan tidak makan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak boleh mendapat pelbagai nutrisi dalam diet mereka sepanjang seminggu. Pertimbangkan tips ini untuk mencegah masalah memilih makanan ini sehinggalah anak anda bijak memilih sendiri makanan yang berkhasiat dan seimbang.




Sebelum Saya Berkongsi Lebih Lanjut Tentang Tips Menangani Anak Yang Picky Eater, mari Sama-sama Kita Tonton Pengalaman Puan Sylvia Yong Yang Mempunyai Anak Yang Mengalamai Masalah Picky Eater Atau Makan Memilih (Cerewat)



Tips Menangani Picky Eater


Anak anda secara semulajadinya dapat merasakan berapa banyak makanan badannya perlukan untuk membesar dengan sihat, dan terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan apa yang perlu dimakan. Apa yang anda boleh lakukan ialah menyediakan banyak pilihan yang sihat dalam persekitaran yang positif, tenang supaya waktu makan akan menyeronokkan untuk semua orang. Berikut adalah beberapa tips khusus tentang bagaimana untuk mengendalikan seorang picky eater:

  • Susun jadual makan anak anda supaya dia mempunyai tiga waktu makan yang tetap sehari dan dua makanan ringan yang sihat di antara waktu makan. Doktor mengatakan bahawa kebanyakan picky eater adalah "grazers" iaitu anak-anak yang makan sedikit sahaja makanan dari pagi hinggalah malam. Pastikan anak anda mempunyai waktu hidangan dan makan ringan (sihat) yang tetap. Ini akan membantu memastikan dia makan apabila dia lapar dan mengurangkan peluang dia akan makanan ringan terlalu banyak.


  • Pelbagaikan jenis makanan yang baik untuk anak kecil anda untuk makan pada setiap waktu makan. Apabila anda menawarkan makanan baru, hanya letakkannya di hadapan anak anda tanpa memaklumkan bahawa ianya makanan yang baru atau jarang diberikan. Biarkan mereka menyedarinya sendiri. Pastikan makanan yang anda pilih adalah sesuai mengikut umur anak anda.
  • Perkenalkan makanan baru satu demi satu dan dalam jumlah yang kecil. Bukannya menghidagkan kesemua makanan yang baru serentak. Sebagai contoh, hidangkan bsatu hidangan yang biasa atau kegemaran anak anda bersama-sama dengan sesuatu yang baru. Sentiasa hidangkan sekurang-kurangnya satu makanan yang anda suka atau biasa dimakan pada setiap waktu makan.


  • Cuba untuk jadual makanan baru apabila anda tahu anak anda lapar. Contohnya beberapa potong buah diantara makan tengahari dan minum petang.
  • Kecilkan saiz hidangan anak ands. Satu saiz hidangan untuk kanak-kanak adalah kira-kira 1/4 daripada satu hidangan orang dewasa. Satu hidangan daging untuk seorang anak berumur 1 tahun adalah kira-kira saiz tapak tangan mereka, dan hidangan sayur-sayuran adalah hanya kira-kira 1 atau 2 sudu besar.
  • Fahami bahawa selera sesetengah kanak-kanak ini lebih sensitif daripada yang lain. Ada di antara mereka yang tidak gemarkan tekstur (seperti anak-anak saya), warna, atau rasa makanan tertentu. Itulah sebabnya kanak-kanak mungkin sukar untuk menyukai makanan dia tidak pernah pun cuba, malah ada yang sama sekali mengelak untuk merasa makanan baru. Selain itu, sesetengah kanak-kanak boleh menolak makanan kerana ia mengingatkan mereka ketika mereka sakit contohnya bubur yang diberikan semasa mereka sakit.
  • Carilah jalan untuk memberikan anak anda hidangan yang sihat. Tambah beberapa potong ayam atau oat ke dalam  burur kegemaran mereka. Bagi anak yang sukar makan sayur, mungkin boleh cuba kisar halus carot dan brokoli atau bayam dan masukkan ke dalam sup ayam kegemaran mereka. Buah-buahan pula dikisar halus dan jadikan ais blended dengan perisa yang mereka gemari.


  • Elakkan daripada menawarkan makanan bergula dalam usaha untuk mendapatkan anak kecil anda untuk makan lebih banyak. Anda mahu mereka mengenali makanan-makanan yang sedap tetapi sihat, bukannya makanan manis.
  • Kurangkan gangguan ketika makan. Jika adik-beradik yang lain sedang berkejaran berdekatan meja makan atau sedang menonton kartun, anak kecil anda boleh hilang minat dalam makanan yang dihidangkan. Cuba untuk menjadikan waktu makan anak anda waktu yang santai dan tenang.

Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu Anak Anda




Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Ia merupakan supplement multivitamin Shaklee yang mudah dan pantas disediakan bagi melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.

Kebaikan Meal Shake Shaklee terutamanya memperbaiki selera makan anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan telah diakui oleh ramai ibu bapa yang telah mencubanya. Ianya berkesan dan semestinya selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak anda.

Kebaikan Meal Shakes Shaklee



  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah jatuh sakit 
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein


Testimonial


Jom baca testimonial pelanggan yang telah mencubanya:





Saya faham bahawa sesetengah ibu berasa risau untuk mencuba makanan tambahan untuk membantu anak mereka, pelbagai alasan yang diberikan. Sebagai ibu, andalah yang harus membuat pilihan yang terbaik untuk anak anda. Sama ada anda ingin membiarkan anak anda membesar tanpa khasiat dan nutrisi secukupnya ataupun membelanjakan sedikit wang untuk tujuan itu. Setiap kanak-kanak tidak sama, mungkin ada ibu-ibu yang tiada masalah anak memilih makan atau picky eater menganggap kami ibu-ibu yang kurang berusaha memberi anak makan. Percayalah hanya ibu-ibu mempunyai anak-anak yang picky eater faham masalah ini. Saya faham kerana saya juga ibu seperti anda :)..




Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku


5 comments:

  1. hidangan yg berwarna warni juga menjadi daya penarik kpd anak2 utk makan..

    ReplyDelete
  2. cahayacinta.com

    kalau anak tak mo makan memeh bermasalah heee..suri slu pelbagaikan ikut anak tekak dia juga sesekli kita pula jadi anak mak budak.

    sis apa khbar sihat ker? lama tak degar cerita personal dlm belog ini heee..nak fb tak tahu pula ada ker akaun fb or what up ;)

    ReplyDelete
  3. budak-budak sekarang memang memilih makanan, para ibu kena kreatif bila menghidangkan :)

    ReplyDelete
  4. Susah gak kalau anak tak mahu makan yer...

    ReplyDelete
  5. satu info yang cukup menarik..

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...