Tanda-tanda Bersalin Yang Anda Patut Tahu

Anda mungkin tertanya-tanya bilakah agaknya anda akan bersalin dan bila agaknya tanda-tanda bersalin ni akan terjadi. Badan anda sebenarnya mula bersedia untuk bersalin seawal sebulan sebelum tarikh dijangka bersalin. Anda mungkin tidak menyedari tanda-tanda ini atau anda boleh mula merasai tanda-tanda apabila tarikh bersalin anda semakin hampir.


Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin berlaku pada minggu-minggu atau hari sebelum proses bersalin berlaku:

Bayi Anda Turun


Jika ini adalah kehamilan pertama anda, anda mungkin merasa tiba-tiba anda dapat bernafas dengan lebih mudah tanpa termengah-mengah. Ini adalah kerana bayi anda telah turun sedikit ke bawah memberikan lebih ruang kepada diafragm anda untuk mengembang semasa bernafas. Walau bagaimanapun anda mungking merasakan tekanan yang lebih pada tulang pelvis. Pengalaman saya semasa anak pertama, saya merasakan tekanan yang kuat sehingga tulang pinggul sakit akibat geseran ketika berjalan. Sehinggakan saya mengambil masa setengah jam untuk turun dari tingkat dua rumah saya. Kerana kekurangan ilmu pada masa itu, saya dan suami pergi ke hospital kerana menyangkanya adalah contraction :)


Anda Lebih Kerap Mengalami Braxton Hicks Contraction


Jika anda mengalami kontraksi Braxton Hicks yang kerap dan kuat, itu mungkin isyarat pra-kelahiran, di mana serviks anda sedang bersedia untuk kelahiran sebenar. Sesetengah wanita mengalami kejang, seperti rasa sakit ketika datang haid. Kadang-kadang, apabila waktu bersalin semakin hampir, kontraksi Braxton Hicks menjadi agak menyakitkan dan menyerang sekerap setiap sepuluh hingga 20 minit, membuat anda tertanya-tanya adakah proses bersalin telah bermula. Tetapi jika pengecutan tidak bertahan lebih lama, tidak mengambil masa yang panjang, tidak terlalu rapat dan kerap serta tidak menambah bukaan serviks, maka apa yang anda rasa mungkin apa yang dikenali sebagai "false labor".


Serviks Anda Mula Berubah


Pada hari-hari dan minggu sebelum bersalin, perubahan dalam tisu penghubung serviks menyebabkan ia menjadi lembut.  Braxton Hicks contraction akan membantu penipisan serviks dan mungkin sedikit pembukaan serviks. Jika ini bukan kali pertama bersalin, serviks anda mungkin lebih mudah membuka sebanyak 1 atau 2 cm. Tetapi perlu diingat bahawa walaupun anda telah mencapai 40 minggu dan bukaan serviks 1 cm tidak bermakna waktu bersalin telah tiba. Apabila anda hampir tarikh bersalin, doktor anda boleh melakukan pemeriksaan serviks untuk melihat sama ada serviks anda telah mula berubah. Pengalaman saya anak kedua pergi ke hospital kerana kontraksi, tetapi terpaksa pulang ke rumah semula kerana bukaan baru 1 cm.

Keluar Mucus Plug atau "Bloody Show"


Mucus Plug adalah bendalir/lendir yang menutupi serviks sepanjang anda mengandung 9 bulan. Sebelum proses bersalin, mucus plug akan tertanggal dan keluar dalam bentuk gumpalan lendir. Di dalam gumpalan lendir ini biasanya terdapat sedikt darah yang berwarna coklat kemerahan, merah jambu atau merah. Tompokan darah ini dikenali sebagai  "Bloody Show".

Tetapi, hubungan seks atau pemeriksaan faraj juga boleh mengganggu plug mukus anda dan menyebabkan keluarnya tompokan darah. Tetapi ianya bukanlah tanda-tanda anda akan bersalin. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor anda untuk kepastian.



Pecah Air Ketuban


Apabila kantung berisi cecair amnion yang menyaluti bayi anda pecah, kebocoran cecair dari faraj anda akan berlaku. Sama ada bnyak atau meleleh sedikit sahaja, anda perlu hubungi doktor atau bidan anda. Kebanyakan wanita mula mengalami kontraksi biasa sebelum air ketuban pecah. Tetapi dalam beberapa kes, air ketuban pecah dahulu diikuti dengan sakit akibat kontraksi. Apabila ini berlaku, biasanya waktu bersalin telah hampir. Jika anda tidak mula mengalami kontraksi sendiri dalam jumlah yang tertentu, anda perlu diinduce, kerana bayi anda lebih cenderung untuk mendapat jangkitan tanpa perlindungan kantung amnion terhadap kuman.

Jom Saksikan Pengalaman Puan Salwa Saleh Yang Berjaya Mengurangkan Berat Badan Sebanyak 20Kg Selepas Bersalin Kesan Daripada Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya....




ORDER NOW!!

Hamil dan Berpuasa

Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang Hamil Atau Caesarean




Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku




8 comments:

  1. cahayacinta
    saya masa tu darah keluar.tapi masa solat subuh saya rasa nak buang air jer.memang itu salah satu tandanya pas buang air terus perut merugut sakit2 darah terus ke sepital

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samelah 1st baby turun darah juga..terus pergi hospital

      Delete
  2. saya pernah menemani istri saat akan melahirkan,dan sungguh saya mengakui kenapa di katakan kalau syurga itu di bawah telapak kaki ibu,perjuangan istri untuk melahirkan itu begitu berat,informasi ini sangat lengkap sekali untuk di baca oleh semua orang agar tau tanda-tanda bersalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sebab menhargai isteri anda ;)

      Delete
  3. asal masuk belog ini jer cahayacinta nak hamil cmaner tu admin heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ape salahnya suri..rezeki Allah yang beri :)

      Delete
  4. Bismillah...

    Sungguhnya indahnya saat mengandung dan melahirkan anak.
    Besar kudrat yang Allah berikan kepada seorang ibu.
    Pengorbanan tidak terbayar dengan wang ringgit dan nyawa sekalipun.

    Jom free-free singgah baca artikal saya:
    http://goo.gl/Tvt4qe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...