Tips Atasi Masalah Letih Dan Lesu Semasa Hamil

Apa Yang Boleh Menyebabkan Keletihan Semasa Hamil?


Letih sepanjang masa agak biasa semasa mengandung, terutama pada awal dan akhir kehamilan. Ianya berlaku apabila hormon anda bekerja lebih untuk membuat semua perubahan yang badan anda dan bayi perlukan. Anda juga mungkin mempunyai masalah untuk tidur kerana anda perlu bangun untuk membuang air kecil pada waktu malam, atau mengalami pedih ulu hati atau kaki kejang yang membuat anda terjaga dan tidak boleh tidur. Jika demikian, anda perlu menangani masalah itu supaya anda boleh mendapatkan rehat yang mencukupi.



Dalam sesetengah kes, keletihan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti anemia, kemurungan, hipotiroidisme atau toksoplasmosis.

Sebelum Saya KBerkongsi Lebih Lanjut Tentang Masalah Letih Dan Lesu Yang Sering Berlaku Kepada Ibu-ibu Hamil, Jom Sama-sama Tonton Perkongsian Puan Ainul Mustafa, Ibu Hamil Yang Sangat Cergas dan Bersemangat.



Patutkah Saya Berjumpa Dengan Doktor Kerana Masalah Letih?


Kedengaran agak melucukan dan remeh kan. Tetapi jika keletihan anda datang secara tiba-tiba, dan ia tidak menjadi lebih baik dengan rehat ataupun jika anda berasa sangat tertekan atau tertekan, berjumpalah dengan doktor anda untuk membuat pemeriksaan. Kerana adalah paling baik jika doktor mengesahkan ianya keletihan biasa. Anda mungkin ada masalah sampingan yang lain yang menyebabkan anda letih dan lesu.



Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Merawat Keletihan Semasa Hamil?


Penawar hanya sebenar untuk keletihan pada trimester pertama adalah tidur yang mencukupi. Tetapi secara jujurnya jawapan ini tidak membantu sama sekali, kerana pada ketika ini ibu-ibu mengalami waktu yang sukar untuk tidur lebih-lebih lagi dengan keadaan asik hendak terkencing. Anda mungkin tidak boleh curi-curi tidur di pejabat dan masih kekal bekerja. Jadi cubalah ambil inisiatif untuk tidur lebih awal dan bangun selewat yang mungkin terutamanya pada hujung minggu.



Untuk meningkatkan tenaga, makan makanan yang sihat dan makanan ringan (snek yang menyihatkan atau buah-buahan) sepanjang hari. Pilihlah protein dan karbohidrat kompleks seperti bijirin gandum dengan susu rendah lemak, sekeping keju atau beberapa potong ayam dijadikan sandwic denagn roti gandum. Dan apabila anda berasa diri anda lemah, lembik dan tidak bemrmaya, lakukan regangan, latihan pernafasan atau berjalan-jalan di sekitar ruang pejabat atau rumah.


Apapun aktiviti yang anda lakukan pastikan ianya tidak berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Pastikan anda mengambil diet yang seimbang beserta vitamin-vitamin yang diperlukan untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan menjaga kesihatan anda.





Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku




11 comments:

  1. bakal2 ibu perlu sentiasa jaga kesihatan
    tak boleh buat kerja berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat..terima kasih kerana memahami kami ibu2 ;)

      Delete
  2. hamil ni ikut keadaan ibu. kalau ibu sihat, insyaAllah mudah je.tapi kalau memang tak berapa kuat,mudah letih itu ini dan perlukan supplemen

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan rezeki masing2..ada tu..9 bulan sihat, cergas dan laju je buat kerja..ada tu lembik2 je, flat sokmo, siap warded lagi kadang2 kerana alahan teruk..untunglah kalau bos dan suami memahami..

      Delete
  3. yup ibu hamil ni kena jaga kesihatan..bagus mkn supplement tmbhn utk baby dlm kandungan...seronok tgk ibu2 yg hamil ni...nmpk comel & berseri2...

    ReplyDelete
  4. biasa kandungan beberap minggu, ibu hamil alami keletihan atas sebab alahan.

    ReplyDelete
  5. Dengar cerita mak saya untuk kandungan pertama dah rasa sangat menyakitkan dengan letihnya bekerja lagi.

    ReplyDelete
  6. Makan buah-buahan dan sayuran mmg bagus utk ibu bersalin.. :D

    ReplyDelete
  7. betul sis, kerap terjaga di waktu malam memang membuatkan ibu hamil mengantuk letih dan lesu, tq atas info

    ReplyDelete
  8. Bagusnya cara tidur lapik bantal bawah perut. Ibu mengandung pasti rasa lebih selesa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...