15 Tips Untuk Menurunkan Kolesterol Anda Secara Semulajadi

Bila bercakap tentang masalah kolestrol tinggi, kita selalu menganggap bahawa hanya mereka yang mengalami masalah obesiti berisiko masalah kolestrol tinggi. Tanggapan itu adalah salah sama sekali. Sebenarnya kolestrol tinggi adalah salah satu risiko daripada masalah obesiti. Tetapi kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah juga boleh terjadi kepada mereka yang tidak mengalami maslah berat badan.  

Di entry kali ini saya nak kongsikan tips untuk mengurangkan kolesterol secara sumulajadi, untuk sama-sama kita amalkan. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat penting untuk memastikan paras kolestrol dalam darah kita berada di tahap normal.




Sebelum Saya Kongsikan Lebih Lanjut Tentang Tips Menurunkan Kolesterol Secara Semulajadi, Jom Dengar Pengalaman Encik Fahmy Suhaimi Yang Pernah Mengalami Tekanan Darah Tinggi Dan Bagaimana Beliau Mengubah Cara Hidup Beliau Untuk Mengembalikan  Tekanan Darah Dan Paras Kolestrol Beliau Kepada Paras Yang Normal




Banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol yang menyumbang kepada penyakit jantung atau strok. Gen dan jantina memainkan peranan, tetapi bagi kebanyakan daripada kita, apa yang kita makan adalah faktor penting juga. Berita baiknya adalah hanya dengan melakukan beberapa perubahan kecil dalam pemakanan anda, boleh membantu menurunkan kolesterol anda. Seterusnya akan mengurangkan risiko anda untuk penyakit jantung dan strok. Berikut adalah 15 tips pemakanan yang sihat untuk membantu anda dalam mengelakkan kolesterol tinggi. 


1. Makan Daging Dengan Berhati-hati 



Kurangkan pengambilan daging dalam diet anda dan jangan jadikannya portion utama dalam makanan anda. Buang lemak dan kulit daripada daging dan ayam kerana bahagian ini paling tinggi kolesterol. Elakkan bahagian berlemak lembu dan kambing, sebaliknya pilihlah daging tanpa lemak, ikan atau ayam tanpa kulit.. Apabila makan di luar, pilih bahagian yang lebih kecil daging, atau pasta tanpa daging atau ikan. 





2. Ambillah Produk Tenusu Rendah Lemak


Elakkan makanan tenusu yang mengandungi susu penuh krim, sebaliknya ambillah susu rendah lemak atau tanpa lemak. 


3. Berhati-hati Dengan Makanan Ringan


Pilihlah snek rendah lemak seperti popcorn buatan sendiri, lobak merah, buah-buahan kering, atau buah-buahan segar. Elakkan atau kurangkan snek tinggi lemak seperti kerepek kentang dan gula-gula. Elakkan juga kek atau roti yang dibeli dari kedai melainkan jika dinyatakan ianya rendah lemak tepu dan bebas daripada lemak trans. 





4. Kurangkan Pengambilan Lemak Tepu Dalam Masakan 


Gunakan minyak masak cecair dan bukannya mentega atau marjerin. Gunakan kuali nonstick kerana dengan cara ini anda akan mengurankan minyak yang dipakai. Daripada menggoreng, rajin-rajinlahmembakar, memanggang, merebus atau stim makanan anda.


5. Elakkan Minyak Sawit dan Minyak Kelapa


Kebanyakan minyak sayuran adalah tidak tepu, berbanding minyak haiwan (minyak sapi dan mentega). Tetapi minyak sawit dan minyak kelapa adalah minyak sayuran yang mengandungi lemak tepu. Walaupun kurang sesuai dengan maskan di Malaysia, bertukarlah kepada minyak bunga matahari, jagung, kacang soya, zaitun, dan minyak kacang tanah. 


6. Kurangkan Kolesterol Dalam Diet Anda


Dengan kata lain, ketahui kandungan kolesterol sesuatu makanan, sebelum anda memakannya. Cubalah untuk makan kurang daripada 200 mg kolesterol sehari. Hadkan telur tidak lebih daripada empat kuning telur seminggu, dua putih telur boleh menggantikan telur keseluruhan dalam kebanyakan resepi. Hadkan daging tanpa lemak, ikan dan ayam untuk tidak lebih daripada 6 auns sehari. Elakkan mengambil bahagian yang kaya kolesterol seperti hati, otak dan buah pinggang. Anda boleh "google" sahaja untuk mendapatkan anggaran kandungan kolesterol dalam makanan anda. Contohnya anda boleh lihat kandungan kolesterol makanan di sini.


7. Banyakkan Karbohidrat Kompleks dan Serat


Pilihlah makanan dengan karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, sayur-sayuran, produk gandum dan kekacang yang rendah kalori dan tinggi serat. Makanlah lebih banyak serat larut air seperti yang terdapat dalam oat dan buah-buahan. Serat larut air ini boleh menurunkan paras kolesterol darah anda apabila dimakan dengan diet rendah lemak. 


8. Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran 


Untuk melindungi jantung anda, makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. 


9. Makan Tumbuhan Kekacang dan Kacang


Kacang dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah terhadap penyakit jantung. ianya adalah sumber makanan sihat dan kaya protein. Tetapi anda masih perlu berhati-hati dengan pengambilan kekacang kerana ia tinggi kalori, jadi terlalu banyak boleh menyebabkan pertambahan berat badan. 


10. Tambah Ikan Dalam Diet Anda 


Negara-negara dengan penggunaan ikan yang tinggi mempunyai risiko kematian yang lebih rendah bagi penyakit kardiovaskular. Seperti kacang, ikan berminyak mengandungi asid lemak penting yang dikenali sebagai omega-3 dan omega-6. Oleh kerana tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak ini, kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan. 


11. Kurangkan Pengambilan Garam 


Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular. Pengambilan makanan yang masin atau banyak garam meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.


12. Elakkan Lemak Trans


Lemak trans meningkatkan kolesterol LDL dan merendahkan HDL kolesterol. Elakkan makan makanan yang tersenarai sebagai lemak atau minyak hydrogenated atau partially hydrogenated kerana produk-produk ini mengandungi banyak lemak trans. 

13. Elakkan Minuman Beralkohol
Bagi yang muslim, alhamdulillah dan insyaAllah kita tidak akan mengambil minuman ini. Minuman beralkohol juga meningkatkan risiko terhadap penyakit kardivaskular termasuklah penyakit jantung. Bagi yang belum pernah minum, jangan sekali-kali mencubanya. Bersyukurlah jika anda tidak pernah menjamahnya.


14. Baca Label Dengan Teliti 


Elakkan makanan yang yang menyenaraikan mana-mana yang berikut sebagai bahan utama: 

  • lemak daging
  • kelapa atau kelapa sawit
  • krim
  • mentega
  • telur atau kuning telur
  • pepejal susu
  • lemak
  • cocoa buter
  • coklat atau coklat tiruan
  • hydrogenated atau partially hydrogenated fat/oil
Berhati-hati apabila anda makan fast food


15. Ubah Strategi


JIka paras kolesterol anda masih belum berubah selepas tiga bulan mengamalkan pemakanan sihat, rujuk doktor anda dan pakar makanan. Jika jumlah ini tidak berganjak selepas enam bulan, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengambil ubat.


Produk Shaklee Yang Telah Terbukti Dapat Membantu




Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari

PHYTOCOL-STTM Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

Keistimewaan Shaklee:


  • Rumusan beberapa jenis  fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.  
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  •  Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian.
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol  sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).



** Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol: makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol, bersenam, kurangkan berat badan, ambil lebih banyak serat larut air, dan amalkan pengambilan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.


Bagaimana Fitosterol bertindak?


Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna bahawa semakin banyak Fitosterol yang anda ambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda.


Testimonial Mereka Yang Telah Mencuba Phytocol-ST


Mari kita baca testimonial ekslusif oleh Mr. Ethan Wang
"My own Phytocol-ST testimonial.
I have high LDL cholesterol problem due to my eating habit. I love "fat" and this is basically a typical Malaysian diet. In Malaysia, there are more than 6 million adults like me with high cholesterol problem.


Below is lab test result for my LDL
26-Mar-14: my LDL level is 129 mg/dl which was at unhealthy level.
Then, I started to use the Phytocol-ST with 4 tablets per day (2000 mg of phytosterols). To test the result, I stopped taking OmegaGuard, Lecithin and even reduce the intake of ESP Soy Protein. My diet were very unhealthy - loaded with fat and less fiber, vegatables and fruits.
What happen after 2 months?
I tested my LDL level again on 30-May. Test result was 101 mg/dl. Total reduction of LDL level is 22%!!
So, hope you can share the Phytocol-ST with friends and families. Reduction in cholesterol may reduce the risk of heart attack, stroke, hypertension and etc.
Don't miss the Buy 6 Free 1 promotion during the National Conference. Even, if you don't plan to buy the promotion just go to buy 1 to 2 bottles to try out this amazing product."


Bertindak Bijaklah Hari Ini, secara Semula Jadi!





    Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)









Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai




7 comments:

  1. http://pesasonline.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kolesterol tak kira badan kurus atau gemuk..pasti ada yang kelosterolnya tinggi...semuanya berpunca dari pemakanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..kurus atau gemuk bukan ukuran yang penting pemakanan dijaga..

      Delete
  3. wah duh saya tengok gula-gula macam sedap sahaja heee.nak sikit boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa semua nampak sedap kan Suri ;)

      Delete
  4. ada orang guna cara tradisional makan masa nak sedikan kalau ada ubat jenis ini mudha dna rajinlah nak telan heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak telan tu kene tukar mindset sikit dari ubat ke supplement..barulah tekak redha untuk menelan kan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...