6 Langkah Meningkatkan Sistem Imuniti Anak Anda

Anak anda selalu selsema, hidung berair, batuk berpanjangan, mudah terkena jangkitan penyakit di sekolah atau pusat asuhan kanak-kanak, berat kurang secara mendadak dan sukar untuk menambah berat. Anak anda mungkin mempunyai daya tahan melawan penyakit atau imuniti yang lemah. Sistem imun adalah sistem biologi dalam badan yang melindungi anda daripada penyakit. Untuk berfungsi dengan betul, sistem imun perlu mengesan pelbagai ejen yang dikenali sebagai patogen, virus serta cacing parasit dan membezakan mereka daripada tisu badan yang sihat. Dalam banyak spesies, sistem imun boleh dikelaskan kepada subsistem, seperti sistem imun semula jadi berbanding sistem imun adaptif, atau imuniti humoral lawan imuniti sel-pengantara.



Sebenarnya ramai ibu bapa yang tidak tahu bahawa sistem imuniti anak boleh ditingkan sejak mereka kecil. Sebagai ibu bapa, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan pertahananbadan mereka, mempercepatkan proses penyembuhan dan membantu mereka untuk menjalani kehidupan lebih sihat.

6 Cara Meningkatkan Sisitem Imuniti Anak Anda


1. Mulakan Dengan Diet Yang sihat


Sistem imun kanak-kanak akan terganggu jika mereka sentiasa diberikan dengan makanan yang mereka tidak boleh tolerate atau yang boleh menyebabkan reaksi allergi, bahan tambahan, bahan pengawet dan gula. Apabila kanak-kanak mempunyai alahan makanan, sistem penghadaman mereka akan terganggu, akan berlaku keradangan, yang membuatkan virus dan bakteria lebih sukar untuk dibasmi. Ini juga berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut mengambil lebih bahan tambahan dan pengawet berbanding had yang boleh diterima oleh tubuhnya.


Gula telah terbukti dalam banyak ujian klinikal sebagai bahan yang merendahkan tahap imuniti anak anda. Untuk menjaga anak-anak dengan baik, hadkan pengambilan keseluruhan bahan tambahan, gula dan ketahui makanan yang boleh menyebabkan reaksi allergi pada anak anda. Dengan kata lain, kurangkan gula, perisa tambahan dan pengawet dalam makanan anak anda. Bahan-bahan ini biasanya banyak terdapat dalam makanan ringan dan makanan segera. Selain itu, adalah lebih baik anda memasak sendiri makanan anak anda di rumah kerana makanan yang dibeli tidak diketahui sama ada di tambahkan dengan bahan-bahan tersebut bagi menambah perisa masakan. Fokus pada sayur-sayuran segar, buah-buahan, bijirin, kekacang, telur, dan daging.

2. Kekalkan Microbiota Anak Anda


Probiotik adalah bakteria baik yang membantu secara semulajadi di dalam usus kita. Mereka melindungi kawasan penghadaman kita, membantu kita untuk mencerna makanan, membantu dalam pembersihan toksin, dan melindungi kita daripada bakteria dan virus. Apabila keseimbangan bakteria ini tergendala pada kanak-kanak, kita dapat melihat perubahan dalam keupayaan kanak-kanak untuk menangkis jangkitan.


Pakar pemakanan kanak-kanak mencadangkan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan supplement probiotik yang mengandungi strain lactobacillus dan bifidobakteria antara 5 dan 20 bilion koloni (CFUs) sehari bergantung kepada umur. Supplement ini terdapat di pasaran dan anda mungkin ingin mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan tentang dos yang bersesuaian dengan anak anda, Selain dari supplement, terdapat beberapa jenama minuman kesihatan di pasaran yang dipercayai mempunyai probiotik contohnya Yakult dan Vitagen. Tetapi anda perlu memeriksa secara terperinci kandungan gula yang mungkin berlebihan untuk anak anda.

3. Kurangkkan Tekanan dan Kerisauan Mereka


Dalam dunia yang serba cangguh dan maju ini, ibu bapa menhadapi tekanan kerja dan kehidupan, kadang-kadang mengabaikan keperluan emosi anak-anak. Seperti orang dewasa, tubuh kanak-kanak memberi respon yang sama terhadap tekanan iaitu kortisol dan adrenalin mereka meningkat. Apabila hormon tekanan meningkat secara berterusan, tindak balas sistem imun mereka akan menjadi lemah.

Adalah penting untuk kanak-kanak mempunyai banyak masa untuk bermain, berkarya dan berehat. Tubuh badan perlu relaks dan berehat untuk sistem imun mereka berkembang.

4. Tidur Yang Mencukupi


Kebanyakan kanak-kanak tidak mendapat tidur yang mencukupi. Bergantung kepada umur, kanak-kanak memerlukan di antara 10 hingga 14 jam tidur setiap hari. Dan kualiti tidur adalah yang paling penting dan jangan diambil remeh. Untuk rembesan melatonin (hormon tidur) yang sempurna, anak-anak perlu tidur dalam gelap, tanpa sebarang cahaya lampu. Frekuensi elektromagnet juga telah didapati memberi kesan kepada kualiti tidur. Pastikan semua alat-alat elektronik dicabut dari soket dan dimatikan, atau simpan sahaja di bilik lain selain bilik tidur anak anda. Saya faham di era teknologi canggih ini, kita mungkin merasakan ianya remeh dan mustahil untuk dilakukan. Tetapi bermulalah dari sekarang bagi membantu anak-anak anda.

5. Ingat!! Demam Sebenarnya Membantu Anak Anda Melawan Jangkitan


Ramai ibu bapa termasuk saya sendiri menjadi panik apabila anak demam. Sebenarnya demam bukanlah penyakit yang sebenar, demam hanyalah tindak balas badan melawan jangkitan dan tanpa demam badan sebenarnya tidak berjaya melawan jangkitan. Cuba bayangkan sekiranya badan kita tiada reaksi demam, kita tidak akan tahu yang kita sedang dijangkiti penyakit. Tetapi, bawalah anak anda berjumpa doktor untuk memastikan demam itu bukan satu tanda bahawa sesuatu yang lain yang sedang berlaku.

6. Supplement dan Herba Boleh Membantu


Makanan tambahan terbaik untuk meningkatkan sistem imun kanak-kanak adalah vitamin D dan zink. Herba elderberry dan astragalus bagus untuk jangkitan saluran pernafasan yang berulang. Melalui perubatan tradisional yang digabungkan dengan perubatan moden, kini terhasil pelbagai ubatan herba di pasaran bagi membantu batuk dan selsema. Untuk alahan, minyak ikan dan vitamin C sangat membantu.

Supplement Shaklee Untuk Immune Booster Anak Anda



NutriFeron® Shaklee


Anda boleh mencuba Nutriferon Shaklee untuk meningkatkan tahap imun atau rintang kepada penyakit anak anda. Nutriferon Shaklee adalah “immune booster” ciptaan pakar imun dari Jepun iaitu Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun dalam badan. Nutriferon sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah antibodi lemah, mudah dijangkiti selsema dan demam serta membantu mereka yang mempunyai tahap penyembuhan yang lemah dari sesuatu penyakit. Nutriferon Shaklee boleh diambil oleh kanank-kanak berumur satu tahun ke atas, dosage adalah berbeza mengikut umur.


Omega GuardTM Shaklee


Satu kapsul OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperolehi dari pemakanan.  Ia mengandungi minyak ikan yang mampu membantu meningkatkan sistem imuniti kanak-kanak mahupun dewasa. Selain itu Omega Guard juga membantu mengurangkan jangkitan saluran pernafasan.


Chewable Vita-C Plus Shaklee


Vitamin C didapati mampu meningkatkan komponen sistem imun manusia seperti aktiviti anti-mikrob dan menggalakkan pertumbuhan sel darah putih untuk imun tubuh. Setiap tablet Chewable Vita-C Plus Shaklee mengandungi 100mg vitamin C dan setara dengan vitamin C dalam sebiji oren. Kerana peranan vitamin C itu sendiri sangat penting dalam sistem imunisasi tubuh, oren dikatakan mampu membuatkan sistem imunisasi bertindak dengan lebih baik.

Pengalaman saya sendiri memberikan Nutriferon, Omega Guard dan Chewable Vita-C kepada kedua-dua anak saya, alhamdulillah mereka lebih jarang dijangkiti demam dan selsema berbanding sebelumnya. Lebih-lebih lagi kekangan kerja yang menyebabkan ibu-ibu seperti saya terpaksa meninggalkan anak-anak di Pusat Asuhan ataupun pengasuh, menyebabkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan penyakit. Bagi saya alhamdulillah supplement Shaklee adalah jawapan kepada permasalahan saya selama ini. Anda pula bagaimana?



Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

13 comments:

  1. selamat malam Zara :)
    Budak-budak biasanya memang suka makan vitamin C...jadi para ibu memang kena bijak memilih suplemen yang sesuai untuk anak anak mereka kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis puteri betul tu..since anak2 yang masih kecil ni tak banyak memilih lagi, bolehla ajarnya makan makanan berkhasiat sahaja..yang penting untuk tubuh mereka

      Delete
  2. harini tak kira usia, semua perlukan supplement :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..udara, persekitaran sekarang banyak tercemar, itu membezakan kesihatan dulu dan sekarang..hatta supplemen perlu

      Delete
  3. tidak dapat dinafikan sistem imuniti boleh merosot kerana faktor pemakanan..oleh itu atasinya dengan makan supplement

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas link yang diberikan..saya selalu mengikuti entri saudara

      Delete
    2. terima kasih kerana memberi sokongan..saya amat menghargainya

      Delete
  4. Bab diet dan tidur mencukupi tu rasanya ramai yang rameh temehkan. Namun, ia antara perkaran yang terpenting dalam membantu anak-anak kita kekal sihat. Badan pun tidak lemah dan kuat melawan segala virus yang datang.
    Bila demam, kawe memang sebolehnya tak mahu bagi ubat melainkan bila terpaksa. Tapi kena monitor juga suhunya sebab kalau terlalu panas boleh membawa kesan yang tidak bagus juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ubat sebenarnya bukan penyelesaian..ia hanya membantu mengurangkan simptom supaya badan kita bertahan dan berjaya melawan melalui sistem imun

      Delete
  5. Replies
    1. Sama2 kita ambil yang mana baik..saya pun baru dpt tahu certain2 info dr pembacaan..cthnya tentang bagaimana gangguan semasa anak2 tidur effect pada imuniti mereka

      Delete
  6. Balas kunjungan dan terima kasih untuk komennya di blog saya. Maaf terlewat. Kebelakangan ini kawasan saya mengalami masaalah internet yang tenat. Banyak saya baca pasal OmegaGuard ni. Memang elok dimulakan langkah awal pencegahan untuk anak2. Sebenarnya bukan kanak2 aja yg perlu supplement ni,orang dewasa pun perlu juga. Macam pokok, bila tak berbaja, kuruslah pokok dan kurang kesegarannya. Salam kenal dan salam akhir ramadan Zara.

    ReplyDelete
  7. selau vitamin c akan selau ambil kalau part kurna payah gak. apa makanan tambahan galkkan ambil selau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...