Kelahiran Pramatang Dan Risikonya Terhadap Ibu Dan Bayi
Kelahiran pramatang juga dikenali sebagai Preterm Labor. Ianya berlaku apabila tubuh anda telah mula bersedia untuk proses kelahiran walaupun anda masih di awal kehamilan. Bersalin adalah terlalu awal jika ia bermula lebih awal dari tiga minggu sebelum tarikh bersalin anda. Tetapi berita baiknya adalah doktor anda boleh membantu melambatkan atau menagguhkan kelahiran. Lebih lama bayi berkembang di dalam kandungan anda sehingga menghampiri tarikh bersalin, semakin kurang risiko bayi tersebut mengalami masalah selepas kelahiran (posnatal problems).Siapa Yang Lebih Berisiko Mengalami Kelahiran Pramatang?
Banyak perkara yang boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang. Sesetengah daripadanya adalah mereka yang:
- Merokok atau orang terdekat merokok (second hand smoker)
- Mempunyai berat badan berlebihan atau terlalu kurus sebelum mengandung
- Tidak mendapat penjagaan pranatal (pemer yang baik
- Minum alkohol atau mengambil dadah terlarang semasa mengandung
- Mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, praeklampsia, kencing manis, masalah pembekuan darah atau jangkitan
- Hamil dengan bayi yang mempunyai kecacatan tertentu
- Hamil dengan bayi dari persenyawaan in vitro
- Hamil dengan kembar dua atau lebih
- Ada sejarah ahli keluarga melahirkan bayi pramatang
- Hamil terlalu awal selepas melahirkan anak
Simptom-simptom Yang Mungkin Berlaku
Untuk menghentikan kelahiran pramatang, anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran atau simptom. Bertindak cepat boleh memberi perubahan yang besar. Maklumkan kepada bidan atau doktor anda dengan segera jika anda mempunyai:
- Sakit belakang, yang biasanya akan berlaku di bahagian belakng bawah abdomen. Ini mungkin berterusan atau boleh hilang, tetapi ia tidak akan berkurang walaupun anda menukar kedudukan atau melakukan sesuatu yang lain untuk keselesaan.
- Contraction setiap 10 minit atau lebih kerap
- Kekejangan di bahagian bawah abdomen atau seperti ketika datang haid. Anda mungkin merasa kembung perut dan mungkin diikuti dengan cirit-birit.
- Keluar cecair dari vagina
- Gejala selesema seperti loya, muntah, atau cirit-birit.
- Peningkatan tekanan terhadap pelvis atau vagina
- Peningkatan keputihan
- Pendarahan faraj
Sesetengah simptom mungkin sukar untuk dibezakan daripada simptom-simptom biasa kehamilan contohnya seperti sakit belakang. Tetapi anda tidak boleh terlalu yakin, maklumkan kepada doktor anda untuk mendapatkan kepastian.
Bagaimana Memeriksa Contraction
Memeriksa contraction adalah adalah cara yang paling tepat untuk mengesan kelahiran pramatang. Tetapi anda perlu mengetahui teknik yang betul memeriksa contraction. Jika tidak anda tidak akan dapat membezakan contraction sebenar dan Braxton Hicks Contraction. Teknik yang betul adalah seperti berikut:
- Letakkan hujung jari anda pada perut anda.
- Jika anda rasa rahim anda menecut dan mengendur, itu adalah contraction.
- Catat contraction anda. Tulis masa contraction bermula dan tuliskan masa yang pada permulaan contraction seterusnya.
- Cuba untuk menghentikan kontraksi dengan berbaring, tukar kedudukan, berehat, dan minum dua atau tiga gelas air.
- Maklumkan kepada doktor anda jika anda terus mempunyai contraction setiap 10 minit atau lebih kerap. Juga sekiranya simptom anda menjadi lebih teruk atau kesakitan yang tidak hilang untuk masa yang agak lama.
Perlu diingat bahawa ramai wanita contraction palsu yang tidak berbahaya dipanggil Braxton Hicks Contraction. Contraction ini biasanya tidak menentu, tidak kerap, tidak kela lama dan berhenti apabila anda bergerak atau berehat. Ianya tidak membantu proses kelahira. Jika anda tidak pasti tentang contraction anda, dapatkan nasihat doktor.
Apakah Risiko Kelahiran Pramatang?
Kira-kira satu dalam 10 bayi yang dilahirkan di Amerika Syarikat adalah bayi pramatang. Kebanyakan bayi pramatang berkembang dan membesar dengan baik dan mampu mengejar rakan-rakan mereka yang lahir selepas sembilan bulan (fullterm labor)
Tetapi bayi ini mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap masalah selepas kelahiran. Bayi pramatang berkembang lebih perlahan berbanding bayi yang dilahirkan fullterm. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap masalah kesihatan jangka panjang termasuk autisme, kurang keupayaan intelek, cerebral palsy, masalah paru-paru, penglihatan dan kehilangan pendengaran.
Lebih awal bayi dilahirkan, semakin besar kemungkinan ia adalah untuk mempunyai masalah. Bayi yang lahir selepas 7 bulan biasanya memerlukan dijaga di Neonatal, Intensive care Unit (NICU) untuk satu jangkamasa singkat. Tetapi bayi yang lahir lebih awal dari itu menghadapi risiko lebih besar, mereka akan memerlukan penjagaan khusus di NICU.
Pengalaman Hamil Yang Sihat Dengan Set Hamil Shaklee
Set Hamil Shaklee Trimester 1
- Vitalea Iron Formula
- B Complex
- Sustained Release Vita C Plus
- Ostematrix
Set Hamil Shaklee Trimester 2 & 3
- Vitalea Iron Formula
- B Complex
- Sustained Release Vita C Plus
- Ostematrix
- Omega Guard
Vitalea Iron Formula (Multivitamin)
B Complex
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Sustained Realese Vita-C
Ostematrik (Kalsium)
Omega Guard (Omega-3)
Energy Soy Protein (ESP)
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
4 comments
Write commentskalau mom ada penyakit bahaya juga pada bayi dalam kandungankan
Replysyukurlah.. semua anak normal setakat ini..
Replybimbang juga kalau ada yang premature ni..
okeh.
Replykena berhati-hati dan faham risikonya.
kena bagi bini baca lagi nih.
Alhamdulillah.. Baby OK time bersalin aritu. Saya amik set hamil shaklee jgk.. Sbb X suka Mkn Sayur..
Reply