Ramai Yang Tidak Berpuas Hati Setelah Mengambil Shaklee??

Pantang Larang Vitamin

Saya pernah mendengar keluhan rakan atau terbaca di wall rakan-rakan FB, mengatakan mereka tidak mendapat sebarang kesan atau manfaat dari pengambilan vitamin. Malah ada yang mengatakan mereka mendapat kesan sebaliknya. Mahu kurus, tetapi makan bertambah berselera. Tak kurang juga yang berat badan bertambah.




Mari kita semak pantang larang ini!!

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN


Biasakah anda mendengar supplemen atau ubat yang memberi kesan segera. Contohnya makan seminggu sahaja terus kurus, terus kulit licin. Sapu sekali sahaja, terus kulit putih, halus mulus dan gebu. Beranikah anda mencuba ubat sebegitu. Tahukah anda dalam pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian. Ini adalah berdasarkan fakta dimana sel-sel dalam badan kita hidup antara 90-120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Tidak mengambil air kosong secukupnya.
Ramai yang tidak faham kenapa perlu minum air kosong yang banyak jika mengambil supplement. Malah ada yang bertanya kepada saya, jika ambil set menyusu dan minum air yang banyak, tentulah penghasilan susu banyak. Betul juga tu, tetapi jawapan sebenar kenapa perlu minum air kosong yang bayak apabila mengambil supplement adalah:
- supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik dan semaksimum mungkin.
- Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.
Saya sarankan meminum 2-3liter air sehari kepada pelanggan saya yang mengambil supplement.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Mungkin anda tiada masa atau terlupa untuk mengambil vitamin di sebelah siang. Maka anda telan semua sekali sebelum tidur. Ini adalah amalan yang patut dielakkan. Pertama kerana pengambilan terlalu banyak supplement pada satu masa akan menyebabkan kepekatan darah meningkat, kadar penyerapan vitamin akan berkurang. Ketika tidur kita kurang minum air, maka semakin berkuranglah penyerapan vitamin. Susun jadual pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru, bertambah pekat dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Susun jadual sebaiknya, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan minuman berkafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minuman yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.



6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit Thalassemia: Vitalea
Pesakit Hyperthyroid : Alfalfa, Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

SUMBER


                                                         
Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku


5 comments:

  1. suka ambil satu produk kalau nak nak amik produk lain baik jarakkan masa tu jauh sikit uh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu..kalau banyak sangat diambil serentak penyerapan kurang baik..kuranglah manfaat kepada kita

      Delete
  2. ramai yang tak sabar ..sebab itu banyak komplen!

    ReplyDelete
  3. tiada supplemen yang boleh membawa perubahan sekelip mata kan...badan perlu masa untuk tindak balas :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...