Resepi ESP Shaklee Kegemaran Saya Yang Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum dan salam Hari Raya Aidilfitri.

Hari ini saya akan berkongsi satu entri yang lebih santai berbanding entri-entri sebelum ini yang berbentuk info dan permasalahan. Hari ini saya akan berkongsi resepi ESP Shaklee kegemaran saya dan anak saya. Resepi yang saya kongsikan ini sangat mudah tetapi pastinya berkhasiat, khas untuk ibu-ibu dan sesiapa sahaja yang sentiasa "on-the-go". Almaklumlah tidak lama lagi ramai yang akan kembali bekerja dan pastinya keadaan agak "hectic". Menyediakan kelengkapan anak-anak ke sekolah dan taman asuhan, menyediakan pakaian kerja suami dan persediaan mental dan fizikal sendiri yang akan mula bekerja.

Bagi yang ingin meneruskan Puasa Sunat Syawal, insyaAllah ESP akan terus membantu anda berpuasa dengan sihat, cergas dan bertenaga. Bagi yang merasakan berat mereka telah naik mendadak penangan 4 hari beraya, dihidangkan dengan juadah hari raya yang pelbagai seperti lemang, pulut, ketupat, rendah, kuih dan kek. Jangan risau ESP boleh membantu anda menguruskan berat badan anda. ESP akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama, jadi dengan pengambilan ESP sebelum makan, anda mampu mengurangkan makan dan masih berasa kenyang di waktu makan yang berikutnya. Dengan itu jumlah makanan yang anda makan berkurang berbanding kebiasaan. Dengan ini anda mampu mengurangkan peenambahan berat badan anda.



Pertama sekali saya nak share resepi ESP yang paling saya gemar. Ianya adalah sangat mudah kerana anda tidak memerlukan modal yang besar, hanya gunakan barang-barang yang sedia ada di rumah. Hanya campurkan satu sudu besar milo, 250ml air suam dan sesudu besar ESP. Bagi yang gemarkan minuman sejuk, boleh tambahkan 2 atau 3 ketul ais dan goncang. Sebab itu saya namakan ia chocosoymilkshake. Ianya mudah dan sesuai sangat diambil pada waktu pagi. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan minuman ini hanyalah kira-kira 2 minit. Kebiasaannya saya akan menyediakan minuman ESP kegemaran saya ni ketika bersiap-siap ke tempat kerja. Saya akan minumnya di dalam perjalanan ke pejabat. Sampai di pejabat, saya tidak menambikl sebarang sarapan sehinggalah waktu makan tengahari. 



Resepi kedua yang saya nak kongsikan ini lebih mudah dari resepi pertama tadi. Resepi ini sesuai sangat untuk mereka yang gemarkan rasa soya. Hanya campurkan satu sudu besar ESP dengan 250ml air suam. Goncang-goncang dan sedia untuk diminum. Resepi ini juga sesuai untuk mereka yang tak sempat bersarapan atau sudah terlewat sahur. Suami saya biasanya mengambil ESP dengan cara ini kerana dia tidak gemar rasa soya yang dicampur dengan milo dan dia juga tidak minum ais.



Resepi ketiga ni saya pernah cuba beberapa kali sahaja. Ianya sesuai untuk mereka yang mahukan minuman yang lebih mengenyangkan. Hanya campurkan satu sudu besar ESP Shaklee dan satu sudu besar nestum. Tambahkan 250ml air suam dan goncang. Sedia untuk diminum.



Resepi seterusnya mungkin biasa anda dengar di bulan puasa yang lalu. Resepi ini dinamakan Mighty 3 Gems sesuai dengan bahannya iaitu gabungan tiga produk terbaik Shaklee iaitu ESP Shaklee, MealShakes Shaklee dan Performance Drinks Shaklee. Minuman ini disarankan diminum di bulan puasa atau diminum oleh sesiapa yang berpuasa kerana selain memberi kenyang yang lama, ia memberi tenaga untuk berpuasa seharian, mengurangkan masalah dehidrasi dan membekalkan kesemua nutrient yang dperlukan oleh tubuh badan. Hanya campurkan satu sudu besar ESP Shaklee, satu sudu besar MealShakes Shaklee dan satu sudu besar Performance Drinks Shaklee bersama air. Goncang dan sedia untuk diminum ketika sahur dan berbuka. Mighty 3 Gems sangat berbaloi dan menjimatkan kerana ianya sesuai untuk anda seisi keluarga, terutamanya anak-anak yang baru belajar berpuasa.



Resepi berikutnya ini pun hampir sama dengan resepi kedua tadi. Tapi yang ini saya tambahkan ais bersama sesudu besar ESP Shaklee dan 250ml air. Goncang-goncang dan sedia diminum. 



Resepi ni ada kelainan sikit. Biasanya saya buat resepi ni sewaktu lunch (hari cuti sahaja) atau dinner. Resepi ni sesuai sangat kepada mereka yang nak berdiet. untuk resepi ni anda perlu membeli ikan dory sejuk beku di pasaraya. Defrost dan bersihkan kepingan ikan dory, perapkan dengan serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk lada hitam dan sedikit garam.  celupkan ikan di dalam putih telur, ratakan dengan ESP Shaklee dan goreng (deepfry) sehingga garing. Kredit kepada sahabat saya Syamilah Mila yang berkongsi resepi ini. Enak dimakan begitu sahaja dengan mayonaisse, sos cili dan ulaman (salad dan timun) atau dimakan bersama Cauliflower Cheese. InsyaAllah nanti saya kongsikan resepi cauliflower cheese pula.



Selain resepi-resepi yang saya kongsiakan di atas, anda boleh mencuba sebanya berbelas-belas resepi ESP yang lain. Sama ada campurkan dengan minuman kegemaran anda, blend bersama buah-buahan menjadi smoothie yang enak ataupun campurkan bersama makanan sunnah untuk dijadikan milk booster dan enrgy booster. Selain minuman dan makanan ESP juga boleh dijadikan masker. Saya akan kongsikan di dalam entry yang akan datang insyaAllah.



Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

6 comments:

  1. Selamat Hari Raya Zara..maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Puteri ;)

    ReplyDelete
  3. Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal 'Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama-sama kita bermaafan ya..

      Delete
  4. I am very, very grateful for interesting recipes recipe I ever have "google" before it helps me to enjoy the goodness of ESP Shaklee, why ??? read more uc browser terbaru

    ReplyDelete
  5. that is special formulate to every people and i will do that and when you drink that you can listen music at lagu gratis that make better your emotion and in there has many hit songs of famous singer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...