Tips Legakan Sembelit Selepas Bersalin

Ibu-ibu yang baru bersalin tidak kiralah secara normal atau caesarean pasti merasa takut-takut kali pertama hendak ke tandas atau membuang air besar. Pengalaman saya sendiri selepas melahirkan anak pertama secara caesarean, saya sukar untuk membuang air besar kerana bahagian otot perut yang dipotong menyukarkan saya untuk meneran. Penyudahnya saya mengalami sembelit yang teruk sehingga terpaksa berjumpa doktor.





Kenapa Ibu-ibu Mengalami Sembelit Selepas Bersalin?


Terdapat sebab-sebab fizikal kenapa bergerakan usus (bowel movement) tidak berlaku:

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
  • Anda bersalin secara dibantu (assisted delivery) menggunakan forsep atau vacuum.
  • Anda pernah bersalin sebelum ini.
  • Luka bersalin anda memerlukan jahitan (bagi yang bersalin normal)

Gambar rajah najis yang normal dan najis akibat sembelit

Adakah Membuang Air Besar Selepas Bersalin Menyakitkan?


Perasaan takut akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Ia akan memaksa anada mengetatkan otot yang sepaptutnya dibiarkan mengendur semasa membuang air besar. Dengan kata lain, disebabkan rasa takut, anda secara tidak sengaja menahan diri daripada membuang air besar. Cuba relaks dan alihkan perhatian dengan membaca majalah atau melihat video di telefon semasa di tandas. Ramai yang khuatir adakah luka dan jahitan akan terbuka akibat laluannajis berhampiran kawasan luka. Jawapannya tidak. Adalah lebih merbahaya jika anda tidak membuang air besar kerana sembelit akan melonggarkan pelvis floor anda.

Tips Legakan Sembelit Selepas Bersalin

  1. Minum air yang banyak. Cecair boleh membuatkan najis anda lebih lembut dan senang untuk dikeluarkan. Anda mungkin dehydrated semasa di hospital kerana keadaannya kering dan beraircon. Selain itu anda telah mula menyusukan anak, jadi anda memerlukan air lebih banyak dari biasa.
  2. Biasakan diri anda bangun dari katil dan berjalan-jalan di sekitar wad. Duduk atau baring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit anda semakin teruk.
  3. Apabila rasa hendak ke tandas, jangan ditangguh. Menahan dari membuang air besar akan membuatkan sembelit bertambah teruk.
  4. Duduk dengan posisi yang betul supaya anda selesa, luruskan belakang dan angkat lutut supaya lebih tinggi dari punggung. Jika perlu letakkan kaki di atas kerusi supaya lebih tinggi. Letakkan siku anda di atas lutut. Ini bertjuan supaya anda berada di possisi seperti mencangkung, kerana ini cara yang paling mudah untuk membuang air besar.
  5. Buatlah latihan baring dan duduk tegak untuk menggerakkan otot-otot perut. Tetapi buatlah dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan atau menyakitkan anda.
  6. Tekan bahagian perineum berhampiran luka/jahitan menggunakan tangan atau tuala wanita yang bersih untuk menyokong pelvic floor. Ini akan mengurankan rasa sakit semasa najis melalui otot berhampiran kawasan tersebut.


Apa Yang Saya Patut Lakukan Jika Sembelit Berpanjangan?


Jika anda masih tidak berjaya membuang air besar selepas tiga hari, berjumpalah dengan doktor anda. Dia mungkin akan mengesyokan ubat yang berguna dan selamat digunakan oleh ibu-ibu yang berpantang dan menyusukan. Doktor anda juga mungkin akan mengesyorkan supositori bagi memudahkan anda ke tandas. Adalah penting meminta ubat-ubat ini dioreskripsi oleh doktor anda berbanding membelinya di farmasi. Ini adalah kerana doktor akan mengambil kira ubat yang anda sedang makan dan ubat yang boleh diambil jika menyusukan anak.


Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Untuk Mencegah Sembelit Jangka Panjang?


  • Cuba relaks dan sedar bila badan anda memberi mesej yang anda perlu ke tandas. jangan terlalu sibuk sehingga lupa atau sengaja tidak mengendahkan perasaan itu.
  • Buang rasa takut akan luka jahitan. Ingatlah luka tidak akan terbuka atau tetas kerana anda ke tandas, anda cuma akan merasa sedikit sakit kerana pergerakan otot berhampiran luka.
  • Elakkan mengambil ubat yang mempunyai kesan sampingan dan menjadikan sembelit. Ubat ini termasuklah ubat penahan sakit (pain killer). Minta nasihat doktor tentang ubatan ini.
  • Makan pada waktu yang betul, banyakkan buah-buahan dan sayuran dan minumlah air putih.
  • Buatlah senaman ringan seperti berjalan sambil membawa bayi anda di dalam stroller.
  • Maklumkan kepada doktor anda jika sebleum ini anda biasa terkene sembelit atau sekiranya anda mengidap buasir.
  • Makanlah makanan yang kaya serat seperti oat, buah-buahan dan sayuran.
  • Ambillah ubatan ketika berpantang samaada tradisional atau pun moden asalkan ianya tidak memudaratkan kesihatan anda dan bayi.
Adalah normal jika anda mengalami sembelit dua hari pertama selepas bersalin. Tetapi jika keadaan ini berterusan sehingga 4 atau lima hari maklumkan kepada doktor anda.


Set Berpantang Shaklee


Harga Set Berpantang Basic (Vitalea + B Complex + Zinc + Vita C ) RM268.75



Harga Set Berpantang Lengkap (Vitalea + B Complex + Zinc +Vita C + ESP +  ostematrix) RM538.75




    

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai




CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku







13 comments:

  1. Info dan produknya sangat mantab namun apabila template-nya pakai yang premium pasti lebih mantab lagi, bila mau saya bantu pake yang premium silahkan hubungi saya disini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas teguran yang sangat membina. InsyaAllah say usahakan untuk terus belajar menulis..

      Delete
  2. ingat ubat peluru cma atas tu heeee...baru lega. haaaa..bagi kali kedua..dah ok..tapi bila dapat buang mak oik besaunya najis haaaa...pasthu lega

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau agak lama tidak ke tandas, begitulah hasilnya hihi..yang penting mendapat kelegaan tu.

      Delete
  3. saya seru ini ubat peluru pandu heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh saya panggil lain sedikit..malu nak sebut (sambil tutup muka) ;)

      Delete
  4. takut nak membuang selepas bersalin ni.. memang akan sembelit jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fobia mungkin..makan serat banyak insyaAllah ok..

      Delete
  5. Alhamdulillah.isteri saya dah tak sembelit lagi bila masuk bulan puasa..hehe..juga terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kembali..

      Delete
  6. Info yang menarik...thanks for sharing the info...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. sebelum ni tak pernah tengok dan tak pernah tahu ada ubat macam ni

    ReplyDelete
  8. Semoga informasi yang dikongsi di sini dapat banyakanfaat kepada pelamggan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...