Ulat Resdung Adalah Mitos Semata-mata
Kepercayaan wujudnya parasit atau 'ulat' di muka yang boleh menyebabkan seseorang itu mengidap resdung adalah mitos semata-mata. Ulat itu dipercayai menyebabkan pengidap resdung berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak (ENT), Dr Mohamad Hamzah berkata, pendapat seumpama itu kadangkala boleh dikaitkan dengan kepercayaan lama, kerana ada sebahagian penghidap resdung lebih gemar merujuk masalah itu dengan bomoh berbanding doktor.Jika ada yang mengalami tanda seperti itu, segeralah berjumpa dengan doktor anda kerana hidung anda perlu diperiksa secara endoskopik untuk mengetahui puncanya, tahap penyakit dan cara rawatan yang diperlukan. Dr Mohamad berkata, ada sesetengah pesakit terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian dalam hidung yang tercedera disebabkan mereka menerima rawatan tidak selamat sebelumnya. Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan seperti jangkitan kuman atau nanah merebak ke bahagian tekak, paru-paru, tulang muka dan juga dalam rongga mata yang boleh menyebabkan kecacatan pada deria penglihatan jika lambat menerima rawatan.
SUMBER: Berita Harian, 4 September 2003
Fakta Sebenar Resdung
Resdung ialah keradangan atau bengkak pada tisu lapisan sinus. Biasanya, sinus dipenuhi dengan udara, tetapi apabila sinus tersumbat dan dipenuhi dengan cecair, kuman (bakteria, virus, dan kulat) boleh membesar dan menyebabkan jangkitan.
Keadaan yang boleh menyebabkan sinus tersumbat termasuk sejuk, alahan (bengkak pada lapisan dalam hidung), polip hidung (ketumbuhan kecil di lapisan hidung) atau anjakan dalam rongga hidung.
Terdapat beberapa jenis resdung, termasuk:
- Resdung Akut.Permulaan secara tiba-tiba gejala sejuk seperti seperti berair, hidung tersumbat dan sakit di bahagian muka yang tidak hilang selepas 10 hingga 14 hari. Sinusitis akut biasanya berlangsung 4 minggu atau kurang.
- Resdung Subakut. Satu keradangan berpanjangan antara 4-8 minggu.
- Resdung Kronik. Satu keadaan yang dicirikan oleh simptom resdung yang berpanjangan 8 minggu atau lebih.
- Resdung Berulang. Serangan resdung yang datang beberapa kali dalam tempoh setahun.
Siapakah Yang Berisiko Mendapat Resdung?
Individu yang mempunyai keadaan berikut mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap resdung:
- Membran mukus hidung membengkak walaupun ketika selsema biasa
- Saluran pernafasan di bahagian hidung selalu tersumbat
- Struktur rongga hidung yang sempit
- Mempunyai polip hidung (ketumbuhan kecil di lapisan hidung)
- Individu dengan imun yang lemah
- Individu mengambil ubat-ubatan yang mungkin memberi tekanan kepada sistem imun
Pada orang dewasa, faktor penyumbang yang paling biasa adalah jangkitan dan merokok.
Simptom-simptom Resdung Akut
Beberapa simptom utama resdung akut termasuk:
- Sakit di bahagian muka / tekanan
- Hidung tersumbat atau susah bernafas
- Hingus
- Tidak dapat menghidu bau
- Batuk
Simptom tambahan termasuk:
- demam
- nafas berbau
- keletihan
- sakit gigi
Resdung akut boleh didiagnosis apabila seseorang mempunyai dua atau lebih simptom dan / atau terdapat hingus atau mukus tebal yang berwana kuning atau hijau.
Simptom-simptom Resdung Kronik
Orang yang resdung kronik mungkin mempunyai tanda-tanda berikut selama 8 minggu atau lebih:
- Sakit atau merasa tekanan pada muka dan sembab
- Hidung tersumbat
- Terdapat nanah dalam rongga hidung
- Demam
- Hidung mengeluarkan mukus atau hingus
Gejala tambahan resdung kronik boleh termasuk:
- sakit kepala
- nafas berbau
- keletihan
- sakit gigi
Supplement Cadangan
Sustained Release Vita-C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin di pasaran.
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh.
- Menbantu mencegah penyempitan tiub bronkiol.
- Meninglkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (sistem imun/pertahanan badan, sel darah putih)
- Menggalakkan pertumbuhan tisu badan
Alfalfa Complex
- Membantu mengurangkan keradangan
- Kaya dengan klorofil dan membantu mengurangkan keradangan akibat resdung
B-Complex
- Membantu pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit
- Memelihara sistem saraf
- Berfungsi sebagai anti-stress
Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
2 comments
Write commentsuiks, geli pulak tengok gambar ulat tu. hehehehe. ramai jugak yang ada masalah resdung ni. ada yang kronik tu sampai naik nak penyek hidung kalau tengah gatal
ReplyHihi gambar ulat tu hiasan semata..oh nanti kene letak caption sikit..saya tak pernah kene jadi tak dapat bayang macamana gatalnya..
Reply