6 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan Syawal

August 10, 2014 23 Comments A+ a-

Alhamdulillah telah 2 minggu berlalu, di mana umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua. Musim perayaan memang seronok kerana macam-macam juadah disediakan yang kebiasaanya kita jumpa sepanjang Syawal sahaja. Bagi masyarakat kita di Malaysia, Syawal sangat sinonim dengan Majlis Rumah Terbuka. Berebut-rebutlah jiran tetangga malahan pejabat mengadakan Rumah Terbuka. Ya tidak salah tuan rumah mengadakan Rumah Terbuka atau Open House dengan niat bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Kita yang hadir sebagai jemputan juga tiada masalah, malah dapat pahala lagi kerana menerima jemputan tuan rumah. Tetapi beringat-ingatlah ketika kita menjamu selera terutamanya kepada mereka yang mahu kekal langsing sepangjang Syawal ini. Jadi kali ini saya ingin berkongsi 6 tip mudah yang saya juga cuba amalkan sepanjang bulan Syawal ini.



1. Peraturan 2 Hari VS 5 Hari


Kenapa saya namakannya peraturan 2 Hari VS 5 Hari? Bulan Syawal ada 30 hari, jadi terdapat kira-kira 4 minggu. Setiap minggu terdapat 2 hari hujung minggu (sabtu dan ahad) di mana biasanya ada jemputan Rumah Terbuka. 5 hari lagi (Isnin hingga Jumaat) adalah hari bekerja yang jarang diadakan Rumah Terbuka. Apa yang saya lakukan ialah saya akan menjaga pemakanan saya sepanjang 5 hari tersebut. Ambil makanan yang seimbang dan sihat. Elakkan atau kurangkan makanan berkalori tinggi, berkolesterol tinggi dan berminyak pada hari tersebut. Pada 2 hari beriukutnya iautu Sabtu dan Ahad pula saya akan menghadiri jemputan-jemputan Rumah Terbuka. Tetapi perlu diingat, janganlah pula kita makan segala macam juadah di setiap rumah tersebut, kita masih boleh memilih juadah yang lebih suhat di antara banyak-banyak juadah yang dihidangkan.


2. Hadkan 1 Hidangan 1 Rumah




Oh tip ini memerlukan anda mengawal nafsu makan sendiri. Maklumlah di setiap Rumah Terbuka yang kita hadiri, biasanya terhidang 3 hingga 5 jenis juadah yang semuanya sedap-sedap belaka. Cuba anda hadkan 1 hidangan sahaja di setiap rumah. Pada hari biasa pun kita mungkin makan 5-6 hidangan sehari iaitu sarapan, tea break, lunch, minum petang, dinner dan supper. Jadi cubalah ambil satu hidangan di setiap rumah dengan jarak 2-3 jam. Janganlah pula anda mengambil setiap hidangan itu seperti anda berbuka atau bersahur. Ambil kuantiti untuk satu hidangan sihat. jangan lupa masukkan elemen balance diet ya.


3. Disiplin Makan 20 Minit




Ketika anda beraya atau menghadiri Rumah Terbuka, pastinya anda akan berada di sesebuah rumah kira-kira 1 hingga 2 jam. Lebih-lebih lagi jika anda bertandang ke rumah sahabat atau saudara-mara yang jarang sekali berjumpa. Jadi di sini anda perlu mendisiplinkan diri untuk makan makanan yang seimbang sepanjang 20 minit. Kenapa 20 minit ya? Perlu diingat bahawa badan kita memerlukan sedikit masa untuk menghadam makanan. Jadi kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk kenyang. Jadi mulangan setiap hidangan di setiap rumah dengan makanan yang seimbang. Contohnya anda mengambil ketupat atau lemang untuk sumber karbohidrat, protein daripada sate atau rendang, timun dan bawang untuk sayuran. Akhir sekali sedikit manisan iaitu kuih dan air. Janganlah pula anda menghabiskan masa 2 jam di setiap rumah itu dengan makan tanpa henti.


4. Ketahui Apa Yang Anda Makan



Dalam tip 4 ini anda perlu membuat sedikit homework. Sebaiknya anda mengetahaui kalori setiap makanan yang anda makan supaya anda boleh menganggarkan pengambil kalori anda seharian. Anda boleh melakukan carian google untuk mendapatkan jumlah kalori setiap hidangan. Mungkin boleh cetak dan simpan dalam poket atau handbag. Tidak perlulah anda mengeluarkan list tersebut dan membacanya ketika beratur mengambil hidangan. Cukuplah sekadar anda mengingat anggaran jumlah kalori dalam makanan yang biasanya dihidangkan semasa rumah terbuka. Lagipun berbalik kepada tip kedua tadi anda mengehadkan 1 rumah 1 meal, jadi lebih mudahlahlah anda membuat anggaran kalori intake.


5. Kurangkan Pengambilan Manisan




Bagusnya tentang Rumah Terbuka ini, ianya bukan sekadar kuih muih, pastinya tuan rumah akan menghidangkan hidangan berat seperti sate dan ketupat, rendang dan lemang. Jadi anda boleh mengurangkan pengambilan manisan di sini. Kalori yang tinggi dan banyak diperolehi oleh badan kita memalui manisan dan minuman manis. Bagi minuman manis, elakkan minuman bergas kerana ianya sememangnya tidak sihat dan mengandungi gula yang terlalu tinggi. Kurangkan juga minuman manis dan berais. Mintalah air masak atau bawa sebotol air masak di dalam beg tangan anda. Untuk mengelakkan Tuan Rumah kecil hati, berikan alasan yang anda kurang sihat dan boleh minum air masak sahaja. Air juga perlulah diambil dalam kuantiti yang bayak iaitu kira-kira 2-3 liter sehari.


6. Puasa Sunat Syawal


Jika anda ingin mengamalkan tip ini, perlu diingat janganlah anda berpuasa bertujuan untuk berdiet. Tetapi berniatlah untuk beribadah, malahan tujuan berpuasa itu sendiri antaranya adalah untuk kesihatan badan. Perlu diingat juga, janganlah menjadikan alasan berpuasa Syawal untuk tidak menghadiri jamuan Rumah Terbuka. Cuba hormati jiran-jiran, sahabat dan saudara mara yang menjemput. Anda boleh juga berpuasa pada 5 hari bekerja seperti dalam tip 1. Ketika berbuka pula janganlah anda makan seperti tiada esok lagi untuk makan. 


Mungkin masih belum terlambat kerana kita masih ada 2 minggu dalam Bulan Syawal 1435 Hijrah. Semoga kita semua beringat-ingat ketika makan, dan masih sihat pada Ramadhan tahun hadapan dan Syawal dengan izin Allah.


Bakar, Buang dan Bina Dengan Set Kurus Shaklee




Bagi membakar lemak anda perlukan salah satu produk ini, atau kedua-duanya bagi kesan yang lebih baik. Fungsi kedua-duanya adalah seperti berikut:

Lecithin: Berfungsi sebagai pengemulsi atau pemecah lemak yang terdapat dalam makanan yang anda makan. Selain itu ia berfungsi dengan melarutkan kolesterol dan lemak tepu yang juga terdapat dalam makanan anda. Lecithin memecahkan dan mengapungkan lemak dalam darah dan mencegahnya daripada bergumpal dan melekat pada badan. Dengan itu ia dapat mengelakkan pengumpulan lemak berlebihan di bawah kulit yang mengakibatkan kegemukan. Pengambilan 4000mg Lecithin sehari boleh membantu anda kekal langsing.

Omega Guard: Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam Omega Guard boleh membantu anda kurus dengan membantu tindakbalas badan dengan hormon Leptin. Leptin adalah hormon yang mengawal selera makan dan mengawal metabolisma badan. Selain itu Leptin juga membakar dan memecahkan lemak berlebihan yang sedia ada dalam badan untuk membentuk tenaga. Selain itu  asid lemak omega-3 juga mengawal kolesterol dan membuang kolesterol yang tidak diperlukan oleh badan.

Bagi membuang lemak serta toksin yang berlebihan anda memerlukan salah satu produk ini atau kedua-duanya untuk kesan maksimum.

Herblax: Mempercepatkan proses detoksifikasi atau buang toksin dan mengurangkan penyerapan lemak daripada makanan yang anda makan. Herblax juga membantu mengeluarkan toksin yang sedia ada dalam badan daripada pengambilan makanan sebelumnya. Ia dapat membantu mengatasi masalah perut kembung dan perut buncit. Selain itu ia merangsang penghasilan jus gastrik dan membantu pencernaan. Pengambilan Herblax pada sebelah malam akan membantu anda membuang dengan lebih mudah dan selesa pada sebelah pagi, seterusnya membantu anda mencuci usus secara menyeluruh.

Alfalfa Complex: Membantu membuang atau membawa lemak yang telah dibakar oleh Lecithin dan Omega Guard melalui perkumuhan. Alfalfa juga membantu masalah penghadaman, melegakan sembelit dan membuang angin dalam badan. Dengan kata lain, alfalfa juga membantu anda membuang dengan lebih mudah dan selesa.

Protein membantu membina otot dan membantu untuk kurus melalui beberapa cara iaitu:
  1. Protein mempunyai kelebihan mengawal rasa lapar secara menghantar signal ke otak untuk menurunkan kadar kelaparan.
  2. Protein juga meningkatkan kadar metabolisme badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Ia meningkatkan perkembangan otot dan menjaga otot bebas lemak.
  3. Protein membantu membakar lebih 35% kalori dan membantu menjaga otot bagi menghalang kenaikan berat badan secara mendadak.
  4. ESP mempunyai Glisemik Indeks yang rendah, proses pembebasan gula lebih perlahan, maka penyerapan tenaga oleh tubuh lebih lambat dan memberikan kita rasa kenyang lebih lama.
  5. Cinch Shake diperkaya Leusina bagi membantu membakar lemak di samping memelihara otot anda.


Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku









23 comments

Write comments
cahaya
AUTHOR
August 11, 2014 at 12:31 AM delete

haa..payah kalau menu tuan rumah sedap ekeke..

Reply
avatar
cahaya
AUTHOR
August 11, 2014 at 12:35 AM delete

menu atas kalau sis buat rm rumah terbuka mau saya pergi ni heee..
selamat hari raya ;)

Reply
avatar
Ema Johari
AUTHOR
August 11, 2014 at 12:59 AM delete

kena pandai control makan masa pergi open house ni.

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 11, 2014 at 2:28 AM delete

biasanya macam tulah..semua sedap-sedap..free pula kan..

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 11, 2014 at 2:30 AM delete

jemputlah datang rumah, Suri..zara tak buat open house tapi kalau tetamu datang, pintu sentiasa terbuka untuk tetamu..InsyaAllah menu special seadanya cewahh :)

Reply
avatar
Ismail N
AUTHOR
August 11, 2014 at 3:29 AM delete

Bagus petua tu semua. Tapi kawe pun masa bulan ramadhan ari tu, dapat turun gak dkt 10kg. Masuk jer raya dan panggilan open hse, adehhh... mcm balik semula jer ni :D

Reply
avatar
Faarihin
AUTHOR
August 11, 2014 at 9:00 AM delete

Memang kena jaga. Kalau tak nanti rasa badan tu bagaikan dipam-pam aje. >__<

Reply
avatar
Puteri Kasih
AUTHOR
August 11, 2014 at 9:23 AM delete

macam-macam hidangan kat open house tu kalau tak kawal makan..memang boleh naik berkg kg...hehe

Reply
avatar
August 11, 2014 at 7:57 PM delete

entri ini memang ilmiah..dan saya memang boleh kontrol nafsu dalam bab makan nie

Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

Reply
avatar
cahaya
AUTHOR
August 11, 2014 at 8:25 PM delete

susahkan nak langsing cepat.agaknya kalau puasa enam pun kejap langsing heee pastu akan up semula. tapi kata ambil vitamin apa kita wajib tahu jumlah kalori makanan yang kita ambilkan.

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 11, 2014 at 9:28 PM delete

sis ema..kalau disiplin kuat, boleh amalkan tips2 ni..

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 11, 2014 at 9:29 PM delete

untunglah dah turun 10kg..so sekarang kembali ke berat asal..kalau tidak naik 10kg nayaa...

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 11, 2014 at 9:31 PM delete

betul tu suri..at least boleh anggarkan berapa banyak kalori masuk..hihi menulis sambil makan kerepek..

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 11, 2014 at 9:31 PM delete

Thanks Encik Hanafi insyaAllah singgah..

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 11, 2014 at 9:32 PM delete

sememangnya begitulah..sampai nak tmbang berat pun seriauu..

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 11, 2014 at 9:33 PM delete

Betul tu Puteri..raya sebulan lah katakan..

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
August 11, 2014 at 10:15 PM delete

Huhu..nafsu makan terutama sekali memang kena kawal baik punya..hehe..terima kasih kongsikan..

Reply
avatar
teh ramuan
AUTHOR
August 12, 2014 at 8:03 AM delete

kaum hawa memang ambil berat bab langsing ni
kaum adam belasah je makan
haha

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 12, 2014 at 11:55 AM delete

Sama-sama tujuan berkongsi pun nak mengingatkan diri sendiri juga

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
August 12, 2014 at 11:57 AM delete

Saya pon belasah je masa 1st week raya..bila jumpa penimbang baru "insaf" dan beringat

Reply
avatar
August 12, 2014 at 7:24 PM delete

Tak tahan nafsu kalau tuan rumah masak sedap-sedap. hehehe

Reply
avatar
cahaya
AUTHOR
August 12, 2014 at 9:27 PM delete

apa kalau nak jaga badan kita bijak pilih makanan dan minumankan

Reply
avatar
cahaya
AUTHOR
October 20, 2014 at 12:33 AM delete

cahayacinta.com

selamat menikmati kehidupan sebagai seorang ibu nanti

Reply
avatar

Tips Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan

Stress kan bila ada parut jerawat yang degil. Lagi-lagi yang jenis berlubang, habis lekuk-lekuk muka kita dibuatnya. Jadi saya nak share p...