Cerita Saya Dan Shaklee

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberi kesempatan menulis lagi di blog saya ini dengan kedua-dua belah tangan ini. Mengapa saya berkata begitu?? Kerana teringat saya dalam perjalanan balik dari berhari raya di kampung sebelah suami, saya terfikir bagaimana jika tiba-tiba saya tiada tangan? Tangan kanan sahaja, pastinya susah saya nak melakukan aktiviti harian yang kebiasaannya saya menggunakan tangan kanan seperti menyuap makanan, menulis, memasak, menyuap makanan ke mulut sendiri dan anak-anak serta menulis blog ini (mungkin lambat kerana sebelah tangan sahaja menaip). Maka dengan sejenak saya berfikir itu saya terfikir betapa beruntungnya saya yang mempunyai kedua belah tangan, dan sebagai hamba Allah kita tahu kesemua pancaindera kita adalah anugerah Allah. Jadi sama-sama kita bersyukur di atas nikmat yang tidak terhingga ini. Kita mungkin tidak merasa syukur di atas kurniaan Allah itu sehinggalah ianya dirampas dari kita.



Ok berbalik kepada entry saya kali ini, sebenarnya saya nak bercerita tentang kisah saya dan Shaklee. Agak pelik jika dikatakan saya tiba-tiba sahaja nak buat bisnes Shaklee kerana saya ni sedikitpun tidak minat berniaga. Tapi bagi sesetengah orang, mungkin ada yang join Shaklee at the first place kerana nak berbisnes.

Saya mula mengenali Shaklee pada April 2013. Dalam banyak-banyak customer Shaklee, sayalah agaknya satu-satunya orang yang tidak pernah dengar tentang Shaklee. Pada ketika itu saya mendapat arahan untuk menjalani Program Transformasi Minda (Kursus Induksi) di luar pejabat selama seminggu. Saya mula runsing kerana anak saya Muhamad Reefqy Md. Khusaini baru berumur kira-kira 6 bulan dan masih menyusu badan sepenuhnya. Susu badan saya mula berkurang dan hasil perahan, express breast milk(EBM) tidaklah seberapa. Jadi jika saya berhenti menyusukan badan seketika, pengeluaran susu mungkin menjadi semakin terjejas. Saya mula menyedari yang saya perlukam milk booster. Saya mula melakukan carian "google" dan mendapati rata-rata milk booster yang dicadangkan adalah produk Shaklee. Saya pun mengambil keputusan untuk "mencari" produk Shaklee di farmasi, toko atau stall  ubat, kedai jamu dan juga kedai barangan bayi. Pencarian saya sepanjang tengahari itu hampa belaka.

Kembali ke pejabat saya melakukan carian google kali kedua, kali ini saya gunakan keyword yang lebih jelas iaitu "Shaklee Bangi". Dengan keyword itu saya menemui dibawa ke link ini. Tak lain dan tak bukan blog nenny Shaklee saya Adilah Manaf. Tapi masa tu memang tak kenal Adilah Manaf atau Celikvitamin. Saya cuba menghubungi beberapa pengedar Shaklee yang berada di Bangi (saya rujuk pada gambar map yang disediakan). Panggilan kepada pengedar yang pertama tidak berjawap. Pengedar kedua alhamdulillah mendapat jawapan dan kebetulan beliau ada membawa stok Alfalfa Shaklee ke pejabat. Jadi saya diminta ke pejabat beliau untuk mendapatkan stok tersebut dengan segera. Alhamdulillah itulah pertemuan pertama saya dengan mak Shaklee saya, Ime Maarof.

Nak cerita pula pengalaman saya semasa Program Transformasi Minda di Klana Resorts Port Dickson selama seminggu. Saya membawa anak-anak dan ibu mertua di atas alasan anak masih menyusu badan. Alhamdulillah dengan bantuan milk booster yang saya beli dari Ime Maarof dan dengan izin Allah, saya berjaya menyusukan anak saya seperti biasa. Sempat lagi saya balik ke bilik hotel untuk direct feeding (DF) dan mengumpul stock EBM. Ibu mertua pun tiada masalah menjaga anak saya kerana dia sentiasa kenyang dan EBM ada sebagai back-up ketika saya menghadiri kelas.

Pulang dari PTM, saya menghubungi Ime Maarof lagi sekali, kali ni saya berkira-kira untuk menambah produk kedua. Permasalahan saya adalah selalu penat dan letih, yelah setelah mempunyai dua orang anak ni lainlah sedikit sibuknya. Balik dari kerja, uruskan anak-anak, makan dan sebagainya saya terus tertidur sambil menidurkan anak. Penyudahnya suami yang pulang kerja malam yang terpaksa bantu menyetelkan kerja-kerja membasuh baju dan sebagainya. Ime mencadangkan ESP Shaklee dan saya bersetuju. Alhamdulillah saya terfikir, saya serasi dengan produk Shaklee, dan insyaAllah akan terus menggunakan produk ini, jadi lebih baik saya terus berdaftar sebagai ahli. Ingat lagi ketika saya bertanya kepada Ime Maarof tentang nak jadi ahli ni, jawapan dia adalah Hahaha..Mak Shaklee saya ni memang sempoi orangnya dan sangat ramah serta mudah mesra. Tak hairanlah kenapa saya atau pelanggan-pelanggan beliau yang lain sangat mudah berkomunikasi dengan beliau. Saya sah berdaftar sebagai Pengedar Shaklee pada 20 April 2013. Ya sekejap sahaja dah 1 tahun berlalu.

Mulanya saya tidak berniat untuk berbisnes, tetapi saya mula berkongsi kebaikan Shaklee bersama rakan-rakan dan adik-beradik serta saudara-mara. Asalnya melalui perbincangan tentang permaslahan penyusuan bersama rakan-rakan yang sama-sam menyusukan anak. Selain itu ada juga yang bertanya tentang perubahan saya setelah mencuba Shaklee. Saya kongsikan seikhlasnya tanpa melakukan tokok tambah. Alhamdulillah setelah mereka mencuba, mereka pun berkongsi kebaikan Shaklee bersama saudara dan rakan-rakan mereka. Di situlah bermulanya penglibatan saya dalam bisnes Shaklee. Saya mula mewujudkan fan page saya di Facebook khas untuk Kedai Shaklee Online saya, saya namakannya Petua Susu Ibu. Beberapa bulan kemudian saya menyedari likers di page saya bukanlah sahaja terdiri dari ibu-ibu yang menyusukan, jadi saya telah tukarkan kepada Kedai Vitamin Ku.

Alhamdulillah saya kemudiannya bertemu dengan nenny Shaklee saya, Adilah Manaf buat pertama kali. Pertemuan santai sahaja di Kompleks PKNS Bangi, tetapi penuh dengan manfaat dan perkongsian dari beliau. Kagum dengan kesungguhan beliau, melalui blog beliau yang kebiasaanya berada di page pertama carian google, saya mula berminat untuk mewujudkan blog saya sendiri. Serba sedikit saya mendapat info tentang Group Bonda E-Dagang di bawah kelolaan beliau. Untungnya saya menyertai group Bonda E-Dagang ni, mereka kerapa berjumpa dan berkumpul. Bukan sahaja untuk sesi coaching yang serius, tetapi juga untuk perjumpaan santai sambil berkenalan dan bertanya khabar. 

Pada Ramadhan 2013, nenny Adilah Manaf dan suaminya Fahmy Suhaimi telah menjemput kami untuk berbuka puasa bersama. Ketika itu mereka turut menjemput Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar sebagai tetamu jemputan. Ketika itu baru beberapa bulan menyertai Shaklee, saya memang tidak faham banyak term yang digunakan seperti SV, SRSV, Master dan saya tak kenal pun susur galur Shaklee di atas saya. Yang saya tahu setakat saya > Ime Maarof > Adilah Manaf. Saya menghadiri majlis berbuka tu bersama suami dan anak-anak. Pertama kali saya tau yang suami-suami memain peranan penting dalam biz Shaklee yang disertai isteri-isteri mereka. Kelakarnya ketika itu saya tidak kenal Master Lyna, serba salah saya nak panggil namanya. Perawakannya sangat lembut dan keibuan(tidak hairanlah kenapa beliau lebih senang dengan panggilan Mommy Lyna), dan yang paling penting beliau sangat sempoi. Siapa sangka beliau ketika itu adalah pemegang rank tertinggi dalam biz Shaklee iaitu Master Coordinator. Ketika itu saya hanya kenal beliau sebagai seorang pengedar Shaklee yang fulltime buat Shaklee. Balik dari pertemuan dengan beliau barulah saya study tentang beliau melalui google search. Barulah saya tahu serba sedikit tentang beliau,pada asalnya beliau ibu yang berkerjaya sebagai jurutera. Beliau telah berjaya mendapat kebebasan memilih dengan menjadi seorang WAHM yang menjalankan biz Shaklee sambil menguruskan anak-anak di rumah. Pada saya beliau adalah seorang ibu yang sangat tabah, anda boleh kenali beliau dengan lebih lanjut di blog beliau.

InsyaAllah saya sedang berusaha untuk mencapai rank yang pertama dalam Shaklee iaitu Supervisor (SV). Semoga dengan izin Allah saya dapat membantu lebih ramai pengguna di luar sana yang memerlukan produk Shaklee untuk membantu menyelesaikan permasalahan mereka. Di samping itu saya berniat untuk membantu menambah nilai hidup mereka yang ingin menjana pendapatan melalui Shaklee. Perasaan gembira apabila mendapat pendapatan Shaklee, tidak setanding dengan perasaan gembira apabila customer menceritakan kesan positif yang mereka perolehi selepas mencuba Shaklee. Tidak sama juga dengan perasaan gembira dan bersyukur melihat anak-anak Shaklee di bawah saya berjaya menjana pendapatan Shaklee setiap bulan. Semoga saya dan anak-anak Shaklee saya mendapat kebebasan memilih yang masing-masing idamkan. Aminnn.

*********************************************************************************************************

Amin, aminn ya rabbal alaminnn..sesungguhnya Allah yang memperkenankan segala permintaan kita dan Allah jualah yang maha pemurah dan Pengasih memberi segala rezeki kepada kita..


Alhamdulillah hari ini 15 Oktober 2016, saya telah menaiki tiga ranking Shaklee dan bergelar Coordinator Shaklee dengan 3 orang leader di bawah saya dengan ranking Supervisor. Alhamdulillah telah berjaya meraih pendaptan 4 angka dan 5 angka dengan Shaklee. Jom  sertai saya jana pendapatan. InshaAllah saya akan bimbing anda untuk berjaya seperti saya dan leader2 di bawah saya.


Kelebihan Berdaftar Dengan Kami



1. Sebagai Shaklee Independent Distributor anda mendapat diskaun 15-20% dari harga runcit untuk belian anda. Anda ada akses ke sistem online untuk memudahkan anda membuat pesanan dan mengetahui info-info penting dari pihak pengurusan Shaklee. Anda juga akan mendapat info tentang promosi khas dan promosi bulanan Shaklee, khas untuk ahli-ahli Shaklee sahaja.

2. Anda boleh mendapatkan stock secara terus dari kami beserta konsultasi premium.

3. Bagi anda yang serius ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, kami mengadakan bimbingan untuk Cara Marketing Online melalui Blog, Facebook dan Instagram, Rahsia Berjaya Dalam Bisnes Online, Product Knowledge, Teknik Close Sale, Teknik Konsultasi Pelanggan dan Aspek Teknikal Dalam Mengendalikan Blog, FB dan Instagram.

4. Kami beri anda Akses untuk menyertai group rahsia kami di Facebook, Whatsapp dan Telegram. Di dalam group ini kami kongsikan cara berbisnes, tools untuk promosi bisnes dan segala ilmu yang anda perlukan untuk mulakan bisnes anda.

5. Kami menyediakan cara yang mudah dan fleksibel untuk coaching iaitu melalu Whatsapp, Telegram dan Webinar. Anda tidak perlu meninggalkan "comfort of your home" untuk menyertai kelas online kami. Jimat masa, tenaga dan wang anda dan kami. Hanya perlukan jaringan internet dan telefon pintar anda boleh menyertai kelas interaktif kami dengan two way conversation sambil melipat baju atau melayan anak-anak di rumah. Best kan?


6. Selain itu kami sentiasa mengalu-ngalukan anda yang memerlukan personal coaching, untuk sama-sama sit down dan berbincang dengan kami. Kami juga mengadakan kelas secara berkumpulan dari masa ke semasa atas permintaan dan keperluan organisai kami. Selain itu anda berpeluang menyertai kelas-kelas Shaklee antaranya ialah Bengkel Nutrisi dan juga Health and Wellness Talk (Percuma) yang diadakan setiap bulan di beberapa lokasi berhampiran anda.






Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan






Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

14 comments:

  1. semoga apa impikan menjadi nyata ya sahabatku. kalau ada rakan memeh bersemangat nak up kerajinan itu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Suri, alhamdulillah setakat mendapat support yang banyak sekali dari rakan-rakan..yang penting sekali dapat lebih ramai kenalan :)

      Delete
  2. selamat hari raya sis..

    saya kes dulu beli epo serik sebab dah beli under budak itu dia tak ada up cerita2 baru pada saya. cuma terkilan bila dia kata nak habiskan stok bagai pandai pula pm saya fb dan hp. kecewa sungguh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Suri..ada juga yang datang kepada saya kerana kes yang hampir sama dengan Suri..tidak mendapat guidance dan konsultasi sewajarnya..itu adalah tanggungjawab dealer itu sendiri..Alhamdulillah dalam group ini konsep follow up dengan customer sentiasa ditekankan, biz apa pun customer comes first betul tak?

      Delete
    2. tunjuk ajar dan kongsi ilmu zara sungguh bagus.

      Delete
  3. ya. masa tu produk ini tak popular lagi.skrg dah dikenali.tapi walaupun saya bukan tegar gunanya tapi rasa kesal tetap ada. tak kira apa brg kita nak jual mesti ada dua hala komunikasikan.dri situ org percaya dan akan secara automatik pelanggan akan bertambahkan.dan kita tak akan rugi.hanya pendapat sahaja :)

    ReplyDelete
  4. Bismillah...
    inilah mak Shaklee saya yang sangat konsisten dan istiqamah. sungguh sabar memberi kata-kata semangat kepada saya setiap masa setiap saat.
    moga menjadi Master dalam masa terdekat, insyaAllah.
    Jom singgah baca artikal saya:
    http://carehappytips.blogspot.com/2014/07/kisah-saya-dengan-shaklee.html

    ReplyDelete
  5. Selalunya mmg begitu dengan perniagaan begini. Ia bermula dengan kita mencari produk sesuai buat diri sendiri dan keluarga. Bila dah jumpa, alang2 promote terus lah kan? Kalau kita ok, sure ramai yang boleh dapat faedah yg sama juga. Ada ramai kawan kawe yg berjaya dgn Shaklee ni. So, ia pastinya produk yang baik juga. Kawe doakan anda terus sukses dgn Shaklee.

    ReplyDelete
  6. menarik baca kisah perkongsian Zara ni...semoga terus berjaya dengan biz shaklee ni ye :)

    ReplyDelete
  7. semoga sukses ya. biar apa orang kata, janji kita tahu apa kita buat tak salah

    ReplyDelete
  8. lepas ini bisa belanja saya pula heeee

    ReplyDelete
  9. Bila dah kenal dengan Shaklee terus jatuh cinta kan.. ;)

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah...selamat maju jaya bersama shaklee yer..hehe

    ReplyDelete
  11. Bila kita guna sendiri produk Shaklee ni, rasa lebih yakin nak share kebaikkannya. Tak kenal maka tak cinta :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...