Cara Menyusukan Bayi Pramatang Seawal Jam Pertama Kelahiran

Ramai ibu yang telah sedia maklum bahawa penyusuan seawal jam pertama kelahiran amatlah penting untuk merangsang penghasilan susu ibu dan banyak manfaatnya kepada bayi itu sendiri. Penyusuan susu ibu adalah amat penting untuk semua bayi yang baru lahir, tetapi tahukah anda ia lebih penting jika bayi anda lahir secara pramatang. Ini kerana badan anda secara automatik akan menghasilkan susu yang direka khas untuk bayi pramatang anda, dengan kalori tambahan, vitamin dan protein. Apa lagi, sel-sel hidup yang terdapat dalam susu ibu boleh melindungi bayi daripada jangkitan. Ini menjadikan susu ibu lebih penting untuk bayi pramatang. 


Mari Kita Tontong Pengalaman Puan Hidayah Menyusukan Bayi Pramatang Beliau Yang Lahir Pada Minggu ke-32





Bayi pramatang menghadapi risiko jangkitan yang lebih tinggi kerana sistem imun mereka belum matang sepenuhnya. Anda mungkin akan menjumpai susu formula tiruan dan dan supplemen yang dibuat khas hanya untuk bayi pramatang. Tetapi ia tidak dapat menyediakan antibodi dan faktor pelindung lain seperti yang terdapat di dalam susu badan anda dan begitu bermanfaat kepada bayi pramatang yang agak sensitif atau fragile. Oleh kerana itu, saya simpulkan di sini bahawa susu ibu adalah "ubat" yang paling mujarab untuk bayi pramatang terutamanya yang mempunyai masalah kurang berat badan. Jelaslah di sini bahawa susu anda adalah susu yang paling ideal sekali untuk anak yang anda lahirkan tanpa mengira berapa usia mereka ketika mereka dilahirkan.



Bagaimana Saya Mengetahui Sama Ada Bayi Pramatang Saya Sudah Bersedia Untuk Direct Feeding?


Sama ada bayi anda sudah bersedia atau tidak untuk menyusu secara terus (direct feeding) sebaik sahaja lahir adalah bergantung kepada usia kandungan ketika lahir dan kesihatan secara bayi itu sendiri keseluruhan. Di kebanyakan hospital, adalah menjadi amalan standard untuk memberi susu perahan dari ibu kepada bayi pramatang yang terlalu kecil melalui nasogastric(NG) tiub (juga dikenali sebagai gavage). Ini adalah untuk memastikan bayi mendapat khasiat sebanyak mungkin jika dia terlalu immature(tidak matang) untuk menyusu secara terus dari ibunya atau botol.




Jangan bimbang kerana kakitangan hospital akan membantu memberikan susu perahan(EBM) kepada bayi anda dengan teknik yang betul dan mengawasi penjagaan bayi. Kebanyakan bayi pramatang dengan sendirinya tidak bersedia untuk memulakan penyusuan ibu(direct feeding) di hospital. Bayi ini akan ditahan di hospital sehingga mereka mendapat berat badan yang sepatutnya dari penyusuan susu ibunya(direct feeding) atau EBM menggunakan botol bayi.

Apabila bayi anda boleh mula menyusu pada payudara, bersedia untuk menyusukan secara lebih kerap, walau bagaimanapun bayi pramatang tidak boleh menyusu dalam kuantiti yang banyak pada setiap sesi sehingga mereka lebih dekat dengan tarikh jangkaan lahir. Atas sebab ini, anda perlu mengepam susu selepas setiap sesi penyusuan untuk memastikan pengeluaran susu anda berterusan dan juga memastikan stok susu perahan (EBM) mencukupi apabila bayi anda memerlukan susu. Anda mungkin perlu menggunakan posisi penyusuan yang berbeza untuk memegang bayi pramatang anda. Kakitangan hospital, termasuk Pakar Laktasi boleh membantu apabila anda mula menyusukan bayi anda secara terus.


Apakah Cabaran Yang Saya Akan Hadapi?


Jika bayi anda terlalu tidak matang (immature) untuk menyusu sejurus selepas kelahiran, cabaran awal anda adalah untuk merangsang dan mengekalkan bekalan susu anda. Cara yang paling berkesan dan mudah untuk melakukan ini adalah dengan menggunakan pam gred hospital dengan double pumping. Jururawat hospital atau pakar laktasi akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakannya. 

Anda digalakkan untuk membeli satu pam yang boleh digunakan untuk beberapa minggu pertama di rumah, sehingga anda pasti bayi anda menyusu dengan betul pada payudara anda. Bagi ibu yang berkerjaya, pam susu ada satu pelaburan yang baik bagi menjamin kejayaan penyusuan bayi anda. Mulalah membuat survey dan mencuba pam-pam yang ada di pasaran sejak bayi anda di dalam kandungan lagi. Jadi anda telah bersedia untuk mengumpul stok susu perahan (EBM) semasa berpantang untuk digunakan apabila anda mula berkerja. BAca selanjutnya tentang tips memilih pam susu yang bersesuaian dengan anda.

Apabila bayi anda sudah bersedia untuk beralih kepada direct feeding, mungkin agak sukar untuk bayi anda belajar melekap (latch) yang betul untuk memudahkan penyusuan. Kebanyakan bayi tidak dengan sendirinya menghasilakan refleksi hisap-telan-bernafas sebelum mencapai kira-kira 32 minggu di dalam rahim, Teknik itu penting untuk memudahkan mereka menyusu. Jadi bagi bayi pramatang yang lahir lebih awal dari 32 minggu, mereka mungkin tidak pandai teknik atau refleksi itu. Jika bayi telah terbiasa disusukan secara indirect menggunakan tiub atau botol, agak sukar untuk mengetahui sama ada bayi anda mendapat susu yang cukup apabila bayi menyusu secara direct.



Satu peraturan biasa dalam menjaga bayi pramatang adalah untuk menghadkan berapa banyak mereka menangis. Ini adalah berdasarkan teori tenaga yang berharga itu lebih baik digunakan untuk tumbesaran bayi dari dibazirkan melalui menangis. Walau bagaimanapun sudah tentu, adalah lebih sukar menjaga bayi apabila anda tidak boleh menunggu untuk dia mengatakan dia lapar atau tidak selesa. Anda akan perlu belajar untuk mengagak bila bayi anda lapar , tetapi ini akan yang mengambil masa.


Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?


Anda boleh mulakan dengan memahami isyarat atau cues yang anak anda berikan. Untuk mengurangkan menangis dan memaksimumkan penyusuan, anda perlu mengetahui bila bayi anda mahu disusukan dan bila dia akan bersedia untuk sesi penyusuan seterusnya. Ini agak mencabar bagi ibu-ibu kerana bayi pramatang cenderung untuk menjadi lebih tenang (senyap) apabila ingin menyusu berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan (full term). Terjaga mungkin satu-satunya petunjuk bahawa dia perlu menyusu, bukan menangis sekuat-kuatnya seperti yang kita selalu dengar di nursery-nursery di wad bersalin.



Cubalah semampunya untuk menyusukan bayi anda sekurang-kurangnya setiap tiga jam atau lebih, iaitu kira-kira lapan penyusuan setiap 24 jam. Jadual ini adalah fleksibel, dan jika dia kelihatan lapar hanya dua jam selepas makan, cubalah susukan bayi anda. Adalah baik untuk membangunkan bayi anda untuk menyusu walaupun dia tidak bangun untuk menyusu. Malah, mengganggu tidur sebenarnya boleh mencetuskan naluri ingin menyusu atau suckling instinc.

Kehidupan seorang bayi pramatang adalah lebih kepada makan dan tidur sahaja. Apabila bayi anda tidak menyusu dan asyik tidur, anda perlu memikirkan bagaimana untuk menggalakkan dia menyusu. Sebagai contoh, bukakan bedungnya atau tanggalkan pakaiannya untuk merangsang keperluannya untuk keselesaan (comfort). Untuk mendapatkan "comfort" tu bayi anda akan meminta untuk disusukan.


Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Bantuan Berkaitan Masalah Penyusuan?



Anda boleh mengupah berjumpa atau menelefon perunding laktasi untuk membantu anda melalui minggu-minggu awal kelahiran bayi anda. Doktor dan jururawat di hospital juga pasti  menjawab kebanyakan persoalan anda, tetapi anda mungkin memerlukan lebih bantuan secara hands-on. Dapatkan bantuan dari suami dan keluarga terdekat . Selain itu anda boleh dapatkan buku-buku dan sumber-sumber lain seperti dari laman web untuk mendapatkan info-info dan panduan berkenaan bayi pramatang.


Sediakan Diri Anda Dengan Supplement Yang Bagus Agar Anda Sihat Dan Segar Untuk Menjaga Bayi Pramatang Anda Yang Fragile




Kawasan COD : Bangi - Kajang- Salak Tinggi - Sepang - Nilai



CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

10 comments:

  1. rasa teruju makin menjadi harap hajat cahayacinta akan jadi kenyataan amin

    ReplyDelete
  2. informasi yang amat meanrik..semoga ianya bermanfaat kepada para ibu yang ada menghadapi situasi ini..

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat bagus dan bermakna. Baby pramatang sebenarnya amat-amat memerlukan khasiat susu ibu. Jadi ibu-ibu janganlah give up dan cuba lah memberi yang terbaik untuk anak-anak kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tetapi memang mencabar nak jaga bayi pramatang ni..perlu dapat support dari ahli keluarga yang lain terutamanya suami.

      Selangor Mencatatkan Kes Tertinggi Demam Denggi?

      Delete
  4. Info yg sangat2 bagus.Baru2 ini kakak ipar Eyda baru sahaja melahirkan bayi pramatang (35weeks) .Namun sayang,kerana beliau giveup awal dengan memberi bayinya susu formula utk bayi pramatang,dengan alasan susu badannya tidak memcukupi dan untuk cepatkan naik berat badan bayinya.Sayangnya kerana saya telah berusaha sedaya upaya support dan memberi banyak tips2 dan ilmu untuk beliau namun tidak diambil perhatian sangat.Semoga selepas ini lebih ramai ibu2 diluar sana teruskan usaha,tak kenal putus asa dalam usaha menyusukan bayi mereka secara eksklusif dengan susu ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..kita doakan kakak saudari kembali menyusukan bayinya dan doakan agar ibu2 bayi pramatang yang lain berjaya menyusukan bayi mereka..sebenarnya tiada istilah tidak cukup susu badan kerana perut bayi hanyalah sebesar guli ketika lahir..bayi premie mungkin lebih kecil..jadi tidak banyak susu diperlukan untuk mereka kenyang..walaubagaimanapun semuanya dengan rezeki dan izin Alah..kebanyakan ibu pramatang mungkin agak tertekan kerana risaukan kesihatan bayi mereka..dan dengan keadaan kesihatan ibu sendiri yang masih belum sembuh sepenuhnya..berikan mereka sokongan dan bantuan..

      Delete
  5. Baby pramatang memang perlu pemantauan yang rapi dan teliti,terutama sekali bab penyusuan. Bila anda mempunyaibayi pramatang,jangan putus asa..teruskan penyusuan dan minta bantuan pakar untuk menolong anda. Macam adik ipar saya bayi dia pramatang, alhamdulillah berkat penyusuan yang betul bayi cepat naik berat badan dan tumbuh sihat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...