5 Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Yang Sedang Anda Jalankan

Bukan mudah untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Jika anda sedang menjalankan sesuatu perniagaan atau sedang merancang untuk menjadi seorang ahli perniagaan sepenuh masa, tentunya anda tertanya-tanya bagaimana seseorang boleh berjaya dalam perniagaan yang mereka jalankan sedangkan masih ramai lagi yang gagal. Adakah bakat berniaga tu diwarisi oleh seseorang itu secara turun-temurun?




Sebelum Saya Berkongsi Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Yang Anda Jalankan, Jom Kita Dengar Perkongsian Tips Dari Puan Lyna Noh Tentang Bagaimana Menjadi Seseorang Yang Berbakat 




5 Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan


1. Mulakan Sekarang




Faktor utama yang sewajarnya diambil kira terlebih dahulu adalah bertindak. Kebanyakan orang terlepas mencapai potensi penuh mereka kerana mereka tidak pernah bermula. Mereka sentiasa menyediakan, merancang dan menunggu masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu perniagaan. Jika anda menunggu sehingga anda bersedia, anda akan mendapati banyak perkara yang anda belum bersedia. Anda tidak bersedia meneraju perniagaan anda, tidak sedia dengan laman web, blog dan lain-lain. Jika anda masih menunggu waktu di mana anda bersedia untuk memulakan sesuatu perniagaan, berhenti membaca post ini dan mulakannya sekarang. 


2. Menambah Nilai


Menambah nilai ini adalah satu tajuk yang sangat luas dalam usaha seseorang itu untuk berjaya. Jadi mari kita mulakan dengan menambah nilai pada diri kiita sendiri dan orang di sekeliling kita. Mulakan dengan menambah ilmu dalam diri kita, kita mungkin boleh membeli buku-buku rujukan ataupun biografi sesorang yang berjaya. Dengan pembacaan kita mungkin boleh menambah maklumat yang sedia ada dan menambah motivasi ataupun keyakinan dalam diri kita. Bagi menambah nilai orang di sekeliling kita pula, mungkin kita boleh meletakkan satu misi di mana sambil kita cuba menjadi seseorang yang berjaya dalam bisnes, kita akan membantu seseorang di sekeliling kita menambah nilai dalam kehidupan mereka. Jika tidak menambah nilai mereka dari segi pendapatan mereka, mungkin  anda boleh menambah nilai dari segi bagaimana mereka berfikir dan menjalani kehidupan.


3. Ikut Minat Atau Passion Anda




Membaca tajuk ini mungkin membuatkan anda terfikir, saya tidak berminat dengan bisnes, jadi bagaimana saya boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sebenarnya anda boleh terapkan minat dalam sesuatu perniagaan yang anda sedang jalankan. Pelajari, dalami dan cintai perniagaan yang anda sedang jalankan. Lama-kelamaan anda akan jatuh cita dengan apa yang anda lakukan, anda akan sedar anda melakukannya bukan kerana pendaptan, pangkat atau kedudukan. Bagi mereka yang tidak menerapkan semangat cintakan perniagaan mereka, kebanyakan mereka tidak akan secara konsisten untuk mencapai sesuatu matlamat. Ini adalah salah satu sebab utama mengapa orang tidak mencapai matlamat mereka.

4. Jadi Luar Biasa


Jika anda melakukan perkara yang sama seperti orang lain, mungkin anda sukar untuk berjaya. Adalah penting untuk mencari kelebihan dalam diri anda dan serlahkannya. Dengan cara itulah bagaimana anda menjadi perhatian dan mendapat apa yang anda mahu. Contohnya jika anda membuka gerai nasi lemak di tengah-tengah 2 buah gerai nasi lemak. Tetapi konsep anda sama sahaja, nasi lemak panas yang siap dibuskus bersama sambal, timun dan telur rebus. Apabila seorang pelanggan baru singgah, kebarangkalian untuk dia membeli di kedai anda adalah satu per tiga iaitu 33.33%. Jadi bagaimana anda boleh meningkatkan peratusan tersebut dengan menjadi luar biasa. Mungkin anda boleh bertukar kepada konsep nasi lemak ayam goreng panas. Jadi apabila pelanggan baru yang datang terlihat banner anda, kebarangkalian untuk mereka singgah di kedai anda lebih tinggi.

5. Dapatkan Mentor Yang Bagus



Sebenarnya anda mungkin telah mempunyai seorang mentor yang bagus, tetapi anda tidak menyedarinya. Anda mungkin tidak menggunakan mentor anda sepenuhnya. Mentor anda tidak akan tahu apa yang anda perlukan sekiranya anda tidak bertanya kepada mereka dan tidak menceritakan permasalahan atau keperluan anda. Jadi dekatkanlah diri anda kepada mentor anda. Tiru apa yang mereka lakukan, malah gandakan usaha anda untuk melakukan perkara yang lebih baik dan luar biasa berbanding mentor anda.

Adakah anda mempunyai mentor dalam kehidupan anda sekarang? Jika tidak, tanya diri anda apa halangan menghalang anda daripada mencari atau mewujudkan hubungan mentor anda. Jika anda telah mempunyai mentor, adakah anda telah menggunakan peluang yang diberikan oleh mentor anda untuk berjaya?

Penting sangat kuasa fokus dalam sesuatu bisnes tu. Sebelum saya akhiri entry saya ini mari saya kongsikan  kenapa bila saya mula dengan Shaklee saya tidak lagi mendang ke belakang.


Shaklee Memberi Nilai Dalam Hidup Saya. Dan Kini Saya Ingin Bantu Menambah Nilai Hidup Anda




Mulakan Bisnes Anda Hari Ini !!


Kelebihan Berdaftar Sebagai Ahli Shaklee





Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan


Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)










Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

9 comments:

  1. Tips yang sangat berguna kepada mereka yang ingin menjalankan perniagaan. Thanks atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. saya nak jadi luarbiasa..orang tak sanggup buat..saya sanggup buat

    ReplyDelete
  3. cahayacinta.com

    berusahalah untuk tonjolkan kemampuan diri cari minat moga urusan akan mudahkan ya

    ReplyDelete
  4. kalau nak berjaya mesti buat sesuatu yang memberi impak positif..

    ReplyDelete
  5. cahayacinta.com

    alahai panjang jalan tu berlekuk pula heee..moga berjaya akan ikut jalan lurus baru jumpa kejayaan raih nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejayaan tu biasalah banyak liku-likunya..sesiapa yang kurang liku dalam kejayaan tu memang sangat beruntung

      Delete
  6. Terima kasih kongsikan.. Nak jadi luar biasa tu Susah.. Nak kena usaha lebih agi ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...