Menu Berpantang Mudah Untuk Suami Sediakan Di Rumah

Assalamualikum w.b.t.

Esok genap minggu ke 25 untuk pregnancy saya yang ke-3 ni. Oleh kerana morning sickness dan alahan semakin berkurangan, saya dah mula memasak semasa cuti 4 hari baru-baru ni. Cuma masakan saya tu simple sahaja tanpa tumisan bawang dan cili. Versi rebus-rebus sahaja (lebih kurang halal bak kata suami saya). Tapi alhamdulillah, 2 hari saya masak tu mendapat pujian menggunung dari suami. Obviously bukan sebab sedap, tapi dah rindu air tangan isteri katanya.




Tiba-tiba saya terpanggil nak share dengan ibu-ibu yang bakal berpantang tak lama lagi macam saya. Saya nak share resepi mudah yang suami kita boleh sediakan semasa kita berpantang terutamanya jika puan-puan berpantang sendiri. Kompilasi resepi ni saya campur-campur dari resepi mama saya, ibu mentua saya dan ibu saudara suami sediakan semasa saya berpantang anak pertama dan kedua.


Gambar carian google kredit to http://wanie-theatozofmylife.blogspot.com/


Resepi Berpantang 1: Singgam Ikan Tenggiri 


Bahan-bahannya 
2 keping ikan tenggiri saiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, dihiris dan diketuk (kalau ada halia muda lagi bagus)
1 keping asam gelugor
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)

Cara Membuatnya
  1. Masukkan hirisan bawang besar, halia, bawang putih, kunyit hidup dan air ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan  asam gelugor, biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
  2. Tambah ikan dan lada hitam. Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa. Masak sekejap lagi dan rasa masam dan masinnya. Sedia untuk dimakan.
*kredit kepada resepi Mama

Bonus

Puan-puan juga boleh sediakan 3 hidangan sekaligus dengan memasak 6 keping ikan tenggiri. Singgam ikan tenggiri yang telah dimasak diasingkan untuk 1 hidangan (2-3 ketul mengikut saiz) dalam satu bekas dan dibekukan. Defrost dan panaskan dengan microwave atau dapur. Lauk sejuk beku ini boleh bertahan selam kira-kira 3 bulan. Mudah untuk puan-puan yang berpantang sendiri apabila suami anda telah mula bekerja.


Gambar carian google

Resepi Berpantang 2: Lauk Bilis Dan Bawang Garing


Bahan-bahannya 

Segenggam ikan bilis yang telah dibuang perutnya, dibersihkan
Segengam bawang merah, dihiris halus-halus (atau dimayang)
1 labu bawang putih, dihiris halus-halus
1 inci halia, dihiris halus-halus (kalau ada halia muda lagi bagus)
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus atau tidak perlu tumbuk jika anda suka mengunyahnya
Sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuatnya
  1. Goreng bahan-bahan tadi satu-persatu sehingga garing (kecuali lada hitam). Seeloknya jangan digoreng bersama kerana setiap satu bahan tersebut mengambil masa yang tidak sama untuk garing. 
  2. Setelah siap digoreng, gaulkan semua bahan-bahan tersebut di dalam satu bekas.  Taburkan lada hitam. Sedia untuk dimakan. 
*kredit kepada resepi Bonda Asmah (ibu mertuaku)

Bonus

Menu ini enak dimakan bersama ulam pegaga (bagus untuk menambah darah dan sebagai milk booster!! bagi ibu-ibu yang menyusukan anak).

Gambar carian google

Resepi Berpantang 3: Masak Lemak Lada Hitam Ikan Haruan


Bahan-bahannya 

1 ekor ikan haruan saiz sederhana, dipotong dan dibersihkan
2 keping asam gelugor
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam, ditumbuk halus
1/2 biji santan kelapa
Secekak daun pegaga beserta batangnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 1 cawan)

Cara Membuatnya
  1. Tumbuk kunyit hidup, lada hitam dan sedikit garam.
  2. Masukkan  potongan ikan, bahan yang ditumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan  asam gelugor, biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
  3. Tambah santan dan masak dengan api sederhana hingga ikan masak.  Apabila ikan semakin lembut, masukkan daun pegaga dan rasa masam serta masinnya. Sedia untuk dimakan.
*kredit kepada resepi Acu Salasiah (ibu saudara suamiku)

Sekian perkongsian 3 resepi yang biasa saya makan semasa berpantang. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan berkongsi resepi-resepi yang puan-puan boleh sediakan sebelum bersalin, untuk dimakan semasa berpantang nanti. Diharap tips-tips ini dapat membantu puan-puan terutamanya yang berpantang sendiri.

SET BERPANTANG SHAKLEE

HARGA SET BERPANTANG SHAKLEE


Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

10 comments:

  1. rindu nak ke zaman berpatang kembali sedang sarat hamil ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..insyaAllah anak ke 3..saya doakan rezeki Suri coming soon insyaAllah..

      Delete
  2. untung kalau ada suami masakan menu isteri berpantangkan alahai...

    ReplyDelete
  3. Tulah untung kan..biasanya kalau dah takde pilihan lain boleh je sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. aha goreng ikan bilis lah paling senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuuu dia..senang je kan..nanti boleh masak untuk isteri :)

      Delete
  5. hihi..aku kalau bini dalam pantang mesti mak atau mak mertua yang tolong masakkan...aku x pandai masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau ada bakat terpendam ke..untunglah ibu dan ibu mentua saudara Jamian masih sihat, boleh tolong jaga isteri berpantang..alhamdulillah

      Delete
  6. sis..ikan bilis ngan bwg garing tu org bkn dlm berpantang tengok pun meleleh air liur hehe..tq sis entry yg ohsemm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...