Menu Berpantang Mudah Untuk Suami Sediakan Di Rumah
Assalamualikum w.b.t.Esok genap minggu ke 25 untuk pregnancy saya yang ke-3 ni. Oleh kerana morning sickness dan alahan semakin berkurangan, saya dah mula memasak semasa cuti 4 hari baru-baru ni. Cuma masakan saya tu simple sahaja tanpa tumisan bawang dan cili. Versi rebus-rebus sahaja (lebih kurang halal bak kata suami saya). Tapi alhamdulillah, 2 hari saya masak tu mendapat pujian menggunung dari suami. Obviously bukan sebab sedap, tapi dah rindu air tangan isteri katanya.
Tiba-tiba saya terpanggil nak share dengan ibu-ibu yang bakal berpantang tak lama lagi macam saya. Saya nak share resepi mudah yang suami kita boleh sediakan semasa kita berpantang terutamanya jika puan-puan berpantang sendiri. Kompilasi resepi ni saya campur-campur dari resepi mama saya, ibu mentua saya dan ibu saudara suami sediakan semasa saya berpantang anak pertama dan kedua.
Gambar carian google kredit to http://wanie-theatozofmylife.blogspot.com/
Resepi Berpantang 1: Singgam Ikan Tenggiri
Bahan-bahannya
2 keping ikan tenggiri saiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, dihiris dan diketuk (kalau ada halia muda lagi bagus)
1 keping asam gelugor
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Cara Membuatnya
- Masukkan hirisan bawang besar, halia, bawang putih, kunyit hidup dan air ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan asam gelugor, biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
- Tambah ikan dan lada hitam. Masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa. Masak sekejap lagi dan rasa masam dan masinnya. Sedia untuk dimakan.
*kredit kepada resepi Mama
Bonus
Gambar carian google
Resepi Berpantang 2: Lauk Bilis Dan Bawang Garing
Bahan-bahannya
Segenggam ikan bilis yang telah dibuang perutnya, dibersihkan
Segengam bawang merah, dihiris halus-halus (atau dimayang)
1 labu bawang putih, dihiris halus-halus
1 inci halia, dihiris halus-halus (kalau ada halia muda lagi bagus)
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus atau tidak perlu tumbuk jika anda suka mengunyahnya
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuatnya
- Goreng bahan-bahan tadi satu-persatu sehingga garing (kecuali lada hitam). Seeloknya jangan digoreng bersama kerana setiap satu bahan tersebut mengambil masa yang tidak sama untuk garing.
- Setelah siap digoreng, gaulkan semua bahan-bahan tersebut di dalam satu bekas. Taburkan lada hitam. Sedia untuk dimakan.
*kredit kepada resepi Bonda Asmah (ibu mertuaku)
Bonus
Menu ini enak dimakan bersama ulam pegaga (bagus untuk menambah darah dan sebagai milk booster!! bagi ibu-ibu yang menyusukan anak).
Gambar carian google
Resepi Berpantang 3: Masak Lemak Lada Hitam Ikan Haruan
Bahan-bahannya
1 ekor ikan haruan saiz sederhana, dipotong dan dibersihkan
2 keping asam gelugor
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam, ditumbuk halus
1/2 biji santan kelapa
Secekak daun pegaga beserta batangnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 1 cawan)
Cara Membuatnya
- Tumbuk kunyit hidup, lada hitam dan sedikit garam.
- Masukkan potongan ikan, bahan yang ditumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan asam gelugor, biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
- Tambah santan dan masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Apabila ikan semakin lembut, masukkan daun pegaga dan rasa masam serta masinnya. Sedia untuk dimakan.
*kredit kepada resepi Acu Salasiah (ibu saudara suamiku)
Sekian perkongsian 3 resepi yang biasa saya makan semasa berpantang. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan berkongsi resepi-resepi yang puan-puan boleh sediakan sebelum bersalin, untuk dimakan semasa berpantang nanti. Diharap tips-tips ini dapat membantu puan-puan terutamanya yang berpantang sendiri.
SET BERPANTANG SHAKLEE
HARGA SET BERPANTANG SHAKLEE
SET BERPANTANG SHAKLEE
HARGA SET BERPANTANG SHAKLEE
Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
10 comments
Write commentsrindu nak ke zaman berpatang kembali sedang sarat hamil ke sis?
Replyuntung kalau ada suami masakan menu isteri berpantangkan alahai...
ReplyAlhamdulillah..insyaAllah anak ke 3..saya doakan rezeki Suri coming soon insyaAllah..
ReplyTulah untung kan..biasanya kalau dah takde pilihan lain boleh je sebenarnya..
Replyaha goreng ikan bilis lah paling senang
Replyhihi..aku kalau bini dalam pantang mesti mak atau mak mertua yang tolong masakkan...aku x pandai masak...
Replytuuu dia..senang je kan..nanti boleh masak untuk isteri :)
Replymana tau ada bakat terpendam ke..untunglah ibu dan ibu mentua saudara Jamian masih sihat, boleh tolong jaga isteri berpantang..alhamdulillah
Replysis..ikan bilis ngan bwg garing tu org bkn dlm berpantang tengok pun meleleh air liur hehe..tq sis entry yg ohsemm
ReplyRindu plak time ni..
Reply