Resepi Pulut Mempelam Harum Manis Yang Mudah Dan Sedap
Baru-baru ini kita selalu dengar di sana sini mengatakan kesedapan mempelam Harum Manis produk keluaran negeri Perlis. Uniknya mempelam ini hanya boleh didapati di negeri Perlis, malah ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa pokok mempelam Harum Manis ini jika ditanam di tanah asing selain tanah Perlis, tidak akan berbuah. Wallahualam.Saya pun tidak ketinggalan nak merasa kemanisan dan keenakan mempelam Harum mManis ni. Survey punya survey terkejut saya mendapat tahu harga mempelam Harum Manis ni tersangatlah mahal. Kalau dicongak-congak sekilo Harum Manis ni hampir sama dengan harga sekilo mempelam biasa yang kita beli di pasar malam atau di hypermarket. Itu belum masuk kos pos dari Perlis ke rumah anda ya. Untuk harga semasa Harum Manis boleh rujuk gambar di bawah.
Alhamdulillah kebetulan abang ipar saya dari Perlis ada mesyuarat di Putrajaya pada minggu lepas. Dia belikan saya sekotak 3kg mempelam Harum Manis terus dihantar kepada saya di Bangi. Unik sungguh kotaknya, siap ada tarikh bila kotak boleh dibuka. TErdapat juga arahan untuk menyimpan mempelam yang telah masak ke dalam peti sejuk selepas 8 jam kotak dibuka. Di dalam kotak ini ada 7 biji mempelam yang dibungkus dengan surat khabar dan terdapat sedikit karbaid untuk memeram mangga ini supaya masak.
Bahan-bahannya
2 biji mempelam harum manis yang telah masak
2 cawan beras pulut
2 cawan air
Bahan-bahan Untuk Kuah Santan
Sebiji santan pekat (kalau nak sedap dan fresh perah sendiri)
Secubit garam
Beberapa sudu gula (mengikut berapa hidangan yang disediakan)
*nak sedap lagi guna gula merah atau gula melaka
Cara-cara Membuatnya
1. Basuh beras pulut dan masukkan ke dalam periuk. Terpulang sama ada nak masak atas dapur atau menggunaka periuk elektrik (saya masak atas dapur).
2. Masukkan 2 cawan air. Masak dengan api sederhana dan periuk bertutup. Setelah mendidih dan mengering, sekali sekala kacau pulut supaya masak sekata. Kecilkan api dan masak lagi selama kira-kira 10 minit dan padamkan api.
3. Untuk kuah santan, saya perah santan dengan air panas yang telah masak. Tambahkan secubit garam dan sedia untuk dimakan. Kalau nak buat versi masak punya pun boleh, lebih tahan lama kuahnya. Saya ikut resepi mak saya santan tidak dimasak.
4. Makan pulut bersama hirisan mangga, sesudu gula (ikut suka) dan santan.

11 comments
Write commentsTeringat-ingat nikmat merasai mangga harum manis ini. :)
Replymahal gak harganya hu..ni kalau suka beli terus ya dak
Replyini kalau dapat hadpa sornag pun voleh jadi gak heeeee
Replyalhamdulillah dapat beli 1kg aritu sbb umi den mengidam nak mkn
ReplyOhhh tak pernah makan lagi ni..sedap ke? Biasa makan ngn durian jer..
Replyaduhhhh... meleleh plak air liur tengok pulut mempelam harum manis inih
ReplyAmboi sedapnya pulut makan dengan harum manis...
Replynampak macam sedap aje mangga nih..
Replyhu..hu..sedapnya..makan dengan pulut lagi tu..terbaikla kalau macam tu.
Replyitulah kalau dah teringin kene pejam mata je :)
ReplyBestnyer....
Replyterliur tengok ;)