Risiko Fibroid Semasa Hamil Dan Ancamannya Terhadap Bayi Di Dalam Kandungan Anda

Apakah Fibroid?


Pernahkah semasa anda menjalani imbasan ultrasound, anda diberitahu oleh doktor bahawa anda mempunyai fibroid? Walhal sebelum hamil anda tidak pernah tahu yang anda mempunyai fibroid dan anda tidak merasakan sebarang perbezaan pada sisitem reproduktif anda sehinggalah anda berjumpa doktor untuk ultrasound bagi memantau perkembangan bayi anda. 




Adakah anda merasa bimbang mengenai komplikasi atau ancamannya kepada anda dan bayi anda? Adakah anda terfikir apakah yang anda patut lakukan pada ketika itu, adakah rawtan yang boleh anda ambil tanpa mengancam bayi di dalam kandungan anda. Ketahui fakta-fakta yang anda patut tahu tentang fibroid dan ancamannya kepada bayi di dalam kandungan anda.

Fibroid juga dikenali sebagai leiomyoma atau myoma. Ianya adalah jisim otot yang dipadatkan dan tisu berserat yang tumbuh pada dinding uterus atau kadang-kadang di luar uterus. Ia boleh menjadi sekecil kacang atau sebesar limau. Ketumbuhan fibroid berlaku dalam 50 hingga 80 peratus daripada wanita di seluruh dunia.




Simptom-simptom tumor fibroid adalah:


  • Pendarahan faraj yang teruk
  • Sakit perut (abdominal pain)
  • Tekanan pelvik (pelvic pressure)
  • Kerap membuang air kencing
  • Sembelit


Jika akan mengalami sakit perut atau pendarahan faraj, pastikan anda memaklumkan kepada doktor anda dengan segera.


Adakah Fibroid Memberi Komplikasi Kepada Ibu Dan Bayi?


Fibroid biasanya terbentuk sebelum kehamilan. Tetapi kebanyakan wanita tidak tahu yang mereka mempunyai fibroid sehinggalah mereka menjalani ultrasound untuk pemeriksaan rutin perkembangan bayi. Ada juga sesetengah kes di mana fibroid dikesan semasa pemeriksaan pelvik di mana doktor menyentuh bahagian abdomen anda. Jika sekiranya sebelum kehamilan anda telah mengetahui yang anda mempunyai fibroid, tanya doktor anda sama ada saiz atau kedudukan fibroid tersebut boleh menyebabkan masalah dan yang gejala yang patut dipantau. Dalam sesetengah kes wanita yang tidak hamil yang mempunyai fibroid, kedudukan dan saiz fibroid mungkin mengurangkan peluang wanita tersebut untuk hamil.

Kebanyakan wanita yang yang hamil yang mempunyai fibroid tidak mengalami komplikasi kehamilan akibat daripada fibroid yang turut sama terbentuk di dalam rahim mereka. Walaupun begitu terdapat 10 hingga 30 peratus daripada wanita mengandung dengan fibroid yang mempunyai komplikasi. Komplikasi yang paling biasa adalah sakit perut, yang kadang-kadang boleh disertai dengan sedikit pendarahan pada faraj. Bayi di dalam kandungan jarang terjejas melainkan pendarahan faraj adalah terlalu teruk sehingga menyebabkan kekurangan darah pada ibu.

Walaupun anda mengalami gejala, mereka kemungkinan besar tidak akan memberi kesan kepada bayi. Walau bagaimanapun, risiko keguguran dan kelahiran pra-matang tidak meningkat jika anda mempunyai fibroid. Fibroid kadang-kadang boleh menyebabkan bayi anda berada dalam kedudukan tidak normal untuk proses kelahiran. Fibroid juga boleh menghalang atau menyekat laluan bayi jika ianya berada di dalam atau berhampiran pembukaan serviks. Semua kes ini agak jarang berlaku, tetapi boleh meningkatkan kemungkinan kelahiran bayi anda secara cesarean.


Bagaimana Fibroid Dirawat?



Fibroid Sakit biasanya dirawat dengan memperbanyakkan rehat (bed rest), pek ais, dan ubat (apabila perlu sahaja). Doktor anda akan mengesyorkan rawatan yang paling selamat untuk anda. Simptom biasanya reda dalam masa beberapa hari.



Fibroid kadangkala tumbuh lebih besar semasa mengandung, sebahagiannya disebabkan oleh hormon kehamilan. Atas sebab-sebab yang tidak difahami, fibroid juga boleh menjadi lebih kecil semasa mengandung. Doktor anda mungkin mengesyorkan pemeriksaan ultrasound secara berkala untuk mmantau sama ada fibroid anda berkembang atau mungkin menyebabkan komplikasi.

Semua penerangan di sini, termasuk nasihat daripada doktor dan profesional kesihatan yang lain, hendaklah dianggap sebagai pendapat sahaja. Dapatkan nasihat terus daripada doktor anda sendiri berhubung dengan mana-mana soalan atau isu-isu yang anda ada berhubung kesihatan anda.


Jom Tonton Sharing Dua Beradik Ini. Si Adik Mengalamai Anemia Yang Teruk Semasa Hamil Sehingga Terpaksa Diwarded,  Mujurlah Si Kakak Ada Solusinya.




Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

9 comments:

  1. salam jumaat sis...

    bahaya tapi harap bayi dan mom akan dalam keadaan baik lindungi Allah selalu

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu untuk hujung minggu nie ;)

    ReplyDelete
  3. Memang kena amek ilmu ni untuk wanita2 yang mengandung..

    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..lelaki2 juga harus ambil tahu..terutamanya seorang suami, ayah dan anak kepada seorang wanita :)

      Delete
  4. Replies
    1. takut tapi kes fibroid semakin biasa menyerang..50%-80% wanita di dunia mempunyai fibroid..

      Delete
  5. Gerun pulak baca menda ni..terima kasih kongsikan..

    ReplyDelete
  6. benda kena ambil tahukan..nak bila kita jenis suka makan makanan segera tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...