Tips Membeli Breast Pump Yang Terbaik Dan Berbaloi Untuk Wang Anda

Sama ada anda sedang bersiap sedia untuk kembali bekerja selepas cuti berpantang atau anda hanya ingin mendapatkan rehat atau keluar, menggunakan breast pump bermakna bahawa bayi anda boleh mendapat manfaat daripada susu anda walaupun anda tidak ada bersamanya.




Terdapat beberapa jenis breast pump untuk dipilih. Membuat pilihan yang tepat akan membantu pengaliran susu anda dan mencegah penyumbatan atau jangkitan pada payudara anda. Apa-apa pun pam anda pilih, adalah terbaik untuk mendapatkannya sebelum anda kembali bekerja atau sebelum anda mula meninggalkan bayi anda dengan pengasuh.

Lagi bagus sekiranya anda mula mengepam dan mula memberikan susu perahan (EBM) semasa masih berpantang, ketika bayi anda berumur 3 atau 4 minggu. Kebanyakan bayi akan menolak susu perahan jika ia diperkenalkan terlalu lewat. Ini akan menyukarkan proses penukaran dari direct feeding kepada pemberian susu perahan (EBM). Sebagai persediaan kepada bayi anda untuk belajar minum susu perahan (EBM), anda perlu memberikan 1 atau 2 auns susu perahan (EBM) selama sekurang-kurangnya 3-4 hari.


Jenis-jenis Breast Pump


Terdapat banyak jenis dan model breast pump, tetapi ia terbahagi kepada dua kategori utama: 

1. Elektrik / bateri 
2. Manual  

Bagi memudahkan anda membuat pilihan, berikut adalah beberapa perkara yang anda patu ambil kira:


Bagi Ibu-ibu Yang Mempunyai Masalah Penyusuan: Breast Pump Elektrik Gred Hospital 



Jika anda menghadapi masalah menyusukan bayi anda semasa beberapa minggu pertama selepas bersalin atau bayi anda tidak mahu direct feeding, pam jenis ini adalah bersesuaian untuk anda . Pam ini mungkin juga sesuai dengan anda jika bayi anda lahir pramatang atau terpaksa ditempatkan  di NICU, juga jika anda menjalani rawatan yang mempengaruhi berapa banyak susu yang anda hasilkan.

Pam jenis ini biasanya heavy duty dengan double pump mempunyai kitaran sedutaan dan lepas yang hampir sama seperti bayi yang menyusu. Double pump bermakna anda boleh mengepam kedua-dua payudara pada satu masa, ini boleh menjimatkan masa anda.


Bagi Ibu-ibu Yang Perlu Mengepam Lebih Dari Sekali Sehari: Pam Elektrik Peribadi


Pam jenis ini biasanya lebih portable dan mudah dibawa ke mana-mana. Kecekapannya sama seperti pam gred hospital dan ia adalah pilihan yang popular untuk ibu yang kembali bekerja sepenuh masa dan yang tidak dapat menyusukan bayinya sepanjang masa.

Pam ini adalah automatik sepenuhnya, dengan tahap sedutan yang boleh dilaras (untuk membantu anda mengelakkan ketidakselesaan pada puting), dan double pump. Sangat sesuai untuk wanita yang mempunyai bekalan susu yang banyak. Sesetengah model direka untuk meniru corak hisapan bayi. Fungsi membolehkan anda mengepam dengan lebih selesa dan kurang sakit.

Secara umumnya berat pump ini kira-kira 2 kg atau kurang. Pam ini biasanya dijual bersama bag penyejuk, ice pack, botol untuk pengumpulan susu dan beberapa alat ganti pakai yang lain. Kebanyakan pam jenis ini dibekalkan bersama pek bateri yang membolehkan anda pump on the go atau bermasalah mencari power plug.


Untuk Ibu Yang Mengepam Sekali Sehari Atau Kurang: Pam Manual Yang Murah Dan Pam Elektrik Atau Bateri Sederhana


Pam ini terbaik untuk ibu yang mahu meninggalkan bayinya dengan pengasuh untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan tidak mahu menambah susu formula. Pam ini adalah lebih mudah alih (biasanya mempunya berat kurang dari 1 kg) dan lebih murah daripada model high-end. Kurang memuaskan, mereka secara amnya mengambil lebih lama berbanding pam elektrik high end.



Secara amnya pam ini membolehkan anda untuk mengepam hanya satu payudara pada satu masa dan mengambil dua kali lebih masa untuk mengepam. Walaupun ada beberapa double pump dalam kategori ini, motornya tidak boleh bertahan seperti model yang lebih mahal. Jika pam berkuasa bateri, bateri mungkin perlu diganti atau dicas semula.

Walaupun kebanyakan ibu-ibu yang memerlukan pam kerap memilih model elektrik yang lebih cekap, sesetengah ibu lebih gemar menggunakan pam manual yang kecil. Ramai juga yang mengatakan bahawa beberapa pam manual berasa lebih semula jadi dan lebih menyerupai cara bayi menghisap bayi. Mereka lebih selesa kerana dapat mengawal kelajuan pam dengan tangan. Jika nak cepat dan tidak berasa sakit mereka akan pam dengan laju dan sebaliknya.

Pam tangan secara umumnya lebih murah, lebih kecil, lebih ringan dan lebih low maintenance berbanding pam elektrik. Dan jika anda suka untuk mengepam di satu bahagian payudara manakala bayi anda menyusus dia satu lagi payudara, anda mungkin boleh mempertimbangkan membeli pam manual. 



Lagi satu kelebihan pam manual adalah ia susah rosak dan jika rosak cuma perlu gantikan spare parts yang rosak. Bagi pam elektrik, kerosakan mungkin berlaku kepada motor yang memerlukan anda menghantarnya kepada pakar untuk dibaiki. Ini mungkin memakan masa beberapa hari dan minggu. Jadi anda perlu juga mempunyai pam lain sebagai backup. Dalam kes sebegini warranty dan after sales servis sangat perlu diambil perhatian sebelum anda membeli pam yang sesuai.


Nota-nota Keselamatan Penting Bagi Pengguna Breast Pump



  • Walaupun ia mungkin menarik untuk berkongsi atau meminjam pam payudara seorang kawan, atau membeli pam terpakai (prelove), FDA dan pakar-pakar penyusuan umumnya memberi amaran terhadapnya. Susu ibu boleh membawa bakteria dan virus - termasuk hepatitis, HIV, dan cytomegalovirus yang boleh mencemarkan pam ini dan membawa jangkitan untuk anda dan bayi anda.
  • Kerana titisan susu boleh masuk ke dalam bahagian-bahagian dalaman pam ini, pam yang terpakai atau dikongsi mungkin membawa bahaya kepada anda dan bayi anda. Tetapi pam yang direka untuk lebih dari seorang pengguna, seperti pam sewa dan pam hospital, tidak mempunyai masalah ini. Mereka direka untuk mengelakkan susu ibu daripada tersekat di dalam pam. Jadi selama anda menggunakannya dengan sendiri kit koleksi peribadi anda, mereka akan selamat.
  • Untuk mengetahui sama ada pam boleh digunakan secara berkongsi, semak info pada kotak atau hubungi pengeluar. Jika ia ditulis "single-user", hanya satu orang bolehmenggunakannya.
  • Apabila menggunakan hanya satu bahagian pam dua, pastikan untuk menutup bahagian yang anda tidak menggunakan. Jika tidak berbuat demikian, ini akan mengurangkan kuasa sedutan pada bahagian yang anda gunakan. Akhirnya akan menyebabkan pengurangan pengeluaran susu ibu.
  • Pilih pump shield dengan saiz yang betul supaya apabila anda mengepam, puting anda tidak dengan tepi pump shield, yang boleh mencederakan payudara anda.
  • Jika anda tidak akan mengepam sekali lagi dalam tempoh beberapa jam, bersihkan bahagian-bahagian pam anda dengan sabun khas dan air panas.
  • Jika anda melihat saki-baki susu dalam tiub,bersihkannya mengikut arahan pengeluar. Anda boleh menggunakan air panas dan sabun khas untuk membersihkannya. Pastikan anda mengeringkan tiub sepenuhnya sebelum meletakkan mereka kembali ke pam.








Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

4 comments:

  1. suka pam elektrik yang ada kabel dan power bank..murah dan berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak tu suri..time xde letrik boleh jugak gune batteri yer..

      Delete
  2. Breast pump pilihan Mek ila ialah Medela Free Style. Alhamdulillah dah berkhidmat 4 tahun lebih untuk 2 orang hero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. medela free style idaman saya tu..so far pakai rumble tuff duo..tp medela memang terbaik..pam pertama saya medela harmony..still simpan as backup..sayang sgt..banyak memori..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...