10 Tanda Bersalin Yang Ibu Hamil Patut Tahu Agar Sempat Ke Hospital

June 04, 2015 10 Comments A+ a-

Tak kira anak pertama, kedua atau ketiga ibu-ibu pasti tertanya-tanya dan ternanti-nanti bilalah bayi dalam perut ini akan keluar. Bagi yang pertama kali pula mesti tertanya-tanya bila akan berlaku, bagaimana rasanya dan lama mana baru bersalin. Sukar hendak diramalkan jawapan soalan-soalan tersebut kerana setiap kehamilan tidak sama. Tetapi waktu bersalin yang hampir tiba boleh boleh diramal melalui beberapa tanda. 





Pre-Labor: 1 Hingga 4 Minggu Sebelum Tarikh EDD (Estimated Delivery Date)


1. Perut Anda Kelihatan  Turun (Lightening)


Beberapa minggu sebelum bersalin, bayi anda akan mula turun ke pinggul anda. Tetapi bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak biasanya proses ini berlaku ketika anda sudah terlalu hampir dengan bersalin. Bayi anda telah berada dalam kedudukan untuk keluar, kepala ke bawah dan rendah. 




Anda mungkin akan berasa seperti anda sukar berjalan, sedikit terkedek-kedek dan mengangkang ketika berjalan. Anda akan kerap membuang air kecil kerana kepala bayi menekan pundi kencing anda. Tetapi berita baiknya pernafasan anda akan lebih lancar dan kurang mengah kerana bayi telah menjauhi paru-paru dan memberi lebih ruang kepada udara pernafasan.



2. Serviks Anda Akan Membuka (Dilates)



Serviks juga sudah mula membuat persediaan untuk kelahiran. Ia akan mula membuka dan menipis pada hari-hari atau minggu sebelum anda bersalin. Semasa rutin checkup,  doktor atau bidan akan memeriksa pembukaan serviks anda. Tetapi tidak semua orang sama, jadi jangan risau jika serviks anda belum membuka pada ketika itu.


3. Lebih Kerap Kejang Dan Sakit Belakang



Terutamanya jika ini bukan kehamilan pertama, anda mungkin merasa sedikit kejang dan sakit di pangkal paha serta belakang. Otot dan sendi anda meregang dan beralih sebagai persediaan untuk kelahiran.


4. Sendi Berasa Longgar


Sepanjang kehamilan anda, hormon relaxin telah melembutkan dan melonggarkan semua ligamen anda. Sebelum anda bersalin, anda mungkin merasa sendi seluruh badan anda berasa lebih longgar. Ia adalah cara semulajadi untuk membuka pelvis anda untuk memberi laluan kepada bayi anda.

5. Cirit-birit


Apabila otot-otot di dalam rahim anda menjadi longgar sebagai persediaan untuk kelahiran, otot-otot lain di dalam badan pun turut sama longgar termasuk otot rektum. Ini boleh menyebabkan anda mungkin mendapat cirit birit. Walaupun seperti menyusahkan, ia adalah satu petanda yang baik!


6. Berat Semakin Berkurang


Penambahan berat badan akan mendatar di akhir kehamilan. Malah, sesetengah ibu mungkin akan kehilangan beberapa kg. Ini adalah perkara biasa dan tidak akan memberi kesan kepada berat lahir bayi anda. Berat badan bayi akan terus bertambah, tetapi berat anda berkurang disebabkan air ketuban semakin  berkurang dan anda lebih kerap membuang air kencing. 

7. Kerap Berasa Letih Dan Mood Mengemas Datang (nesting mood)


Anda akan berasa sangat susah untuk tidur malam pada ketika ini. Perut yang berat menekan pundi kencing menyebabkan anda selalu ke tandas. Jika boleh cuba dapatkan tidur yang cukup di siang hari. 

Tetapi ada juga ibu-ibu hamil yang mempunyai tenaga ekstra semasa mendekati waktu bersalin. Mereka yang mempunyai nesting mood ini sentiasa rasa hendak mengemas dan membersih rumah. Perkara yang sama berlaku kepada saya, saya suka mengemas, mengemop, melipat baju. Ini adalah normal tetapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri. 



Beberapa Jam Sebelum Kelahiran



8. Keputihan (Discharge) Bertukar Warna Dan Semakin Pekat


Pada hari-hari terakhir sebelum bersalin anda akan mendapati vaginal discharge anda semakin kerap dan pekat. Ada juga sesetengah ibu hamil yang keluar mukus plug pada ketika ini. Mukus plug ini berupa segumpal lendir yang sangat pekat dan terdapat sedikit darah di dalamnya. 

Ada juga ibu-ibu yang keluar darah merah jambu atau merah yang sedikit gelap yang dikenali sebagai bloody show atau turun darah. Ini adalah satu petunjuk anda hampir bersalin. Bergantung kepada individu itu, ada yang telah mula merasai kontraksi dan ada yang servikks telah mula dilate. Sebaiknya rujuklah doktor anda.


9. Contraction Semakin Kuat Dan Kerap



Contraction adalah satu tanda awal kelahiran. Tetapi anda boleh mengalami kontraksi Braxton Hicks selama beberapa minggu dan juga bulan sebelum bersalin. Anda akan merasa seperti otot rahim mengeras sebagai persediaan untuk menolak bayi keluar. 

Bagaimana membezakan contraction sebenar dan palsu:


  • Jika anda aktif, contraction semakin kuat dan bukannya mengurang.
  • Jika anda menukar kedudukan, contraction tidak hilang.
  • Kesakitan contraction bermula di belakang, bergerak ke bahagian bawah abdomen anda, dan mungkin kaki anda.
  • Contraction sebenar akan menjadi semakin kerap dan sakit, tetapi kemudiannya ia akan kembali kepada sediakala



10. Pecah Air Ketuban



Pecah air ketuban sebenarnya adalah salah satu daripada tanda-tanda akhir bersalin. Ia sebenarnya sangat jarang berlaku iaitu kurang daripada 15% kelahiran. Jadi tidak hairanlah jika anda mungkin tidak merasai air ketuban pecah dengan sendirinya sebelum bersalin.




Di minggu-minggu terakhir kehamilan anda akan lebih kerap berjumpa dengan doktor anda. Mereka akan mebantu anda mengesan tanda-tanda kelahiran tersebut.


Bilakah Anda Patut Ke Hospital


Di hujung kehamilan, doktor atau bidan anda akan mengingatkan anda tentang tanda-tanda di mana anda patut terus datang ke hospital. Contohnya sekitanya contraction anda berlaku setiap sela 5 minit selama 1 jam. 

Tidak semua contraction akan datang dengan kerap, tetapi jika is telah konsisten, sudah tiba masanya anda harus ke hospital. Jika anda rasa kurang pasti sama  ada anda patut ke hospital atau tidak, telefon doktor atau hospital untuk bertanya. Jangan merasa malu atau bimbang untuk menelefon di luar waktu pejabat.

Anda harus menelefon doktor anda sekiranya:


  • Anda mengalami sebarang pendarahan atau discharge berwarna merah terang
  • Pecah Air ketuban terutamanya jika air ketuban berwarna hijau atau coklat; ini boleh menjadi tanda bahawa meconium (najis pertama bayi) hadir. Ini merbahaya jika bayi tersedut atau tertelan. 
  • Anda mengalami maslah penglihatan, sakit kepala, atau bengkak secara tiba-tiba atau teruk. Ini boleh menjadi tanda-tanda preeclampsia atau tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan.

SET BERPANTANG SHAKLEE

HARGA SET BERPANTANG SHAKLEE




Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

10 comments

Write comments
Dila Gebu
AUTHOR
June 8, 2015 at 2:10 PM delete


info yang bermanfaat dari blog saudari. memang best

Reply
avatar
June 8, 2015 at 3:38 PM delete

ho..ho..betapa sulitnya isteri saya mengandung anak saya..tak sanggup nak ada anak kecil lagi..

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
June 8, 2015 at 5:59 PM delete

Itulah pengorbanan seorang ibu..hargai isteri dan ibu anda :)

Reply
avatar
Zara Ismail
AUTHOR
June 8, 2015 at 6:00 PM delete

Alhamdulillah..semoga memberi manfaat kepada pembaca semua..

Reply
avatar
Sunny Yunus
AUTHOR
June 9, 2015 at 5:50 AM delete

Allhamdulillah, sudah ada 5 orang anak jadi adalah pengalaman sikit..

Reply
avatar
cahaya
AUTHOR
June 10, 2015 at 10:06 PM delete

makin risau bila baca tapi inilah ilu harus para bakal ibu ketahuinya selalu

Reply
avatar
Hairul Hissam
AUTHOR
June 16, 2015 at 9:15 AM delete

Ibu2 yg first time bersalin, mmg wajib baca artikel nie... sungguh bermanfaat...

Reply
avatar
cahaya
AUTHOR
June 24, 2015 at 8:44 PM delete

indah masa detik ini berlaku tapi hati hati jaga diri hendaknya ya..

Reply
avatar
cahaya
AUTHOR
June 24, 2015 at 8:45 PM delete

betapa indahnya melalui proses hamil, bersalin melahirkan semua nikmat dugaan Allah beri pada kaum hawa

Reply
avatar
Daud Mohamad
AUTHOR
August 4, 2015 at 5:11 PM delete

mmg bagus tip ni utk bakal ibu dan ayah.

Reply
avatar

Tips Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan

Stress kan bila ada parut jerawat yang degil. Lagi-lagi yang jenis berlubang, habis lekuk-lekuk muka kita dibuatnya. Jadi saya nak share p...