Cegah Kecacatan Tiub Neural Bayi Dengan Pengambilan Asid Folik
Apakah Kecacatan Tiub Neural
Kecacatan tiub neural adalah kecacatan otak, tulang belakang atau saraf tunjang. Ia berlaku pada bulan pertama kehamilan, biasanya berlaku sebelum wanita itu mengetahui dia telah hamil. Kedua-dua kecacatan tiub neural yang paling biasa ialah spina bifida dan anencephaly.
Dalam spina bifida, tulang belakang janin tidak menutup sepenuhnya. Ini biasanya boleh menyebabkan kerosakan saraf yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lumpuh salah satu atau kedua-dua kaki.
Contoh kecacatan tiub neural pada bayi
Dalam anencephaly, sebahagian besar otak dan tengkorak tidak berkembang. Bayi anencephaly biasanya sama ada meninggal semasa lahir (still birth) atau meninggal sebaik sahaja selepas lahir. Satu lagi jenis kecacatan ialah kecacatan Chiari yang menyebabkan tisu otak bersambung ke tulang belakang.
Faktor Risisko Kecacatan Tiub Neural
Kebarangkalian kehamilan yang akan terjejas oleh kecacatan tiub neural adalah kira-kira satu dalam 500. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang akan meningkatkan risiko ini. Yang utama adalah sejarah ahli keluarga terdekat yang pernah mengalami kecacatan tiub neural.
Punca sebenar kecacatan tiub neural adalah tidak diketahui. Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi mempunyai bayi dengan kecacatan tiub neural sekiranya anda:
- Obes
- Mengalami diabetes yang tidak terkawal (bukan diabetes semasa hamil)
- Mengambil ubat-ubatan tertentu anti-epileptik, terutamanya yang mengandungi sodium valproate atau asid valproic
Pencegahan Dengan Pengambilan Asid Folik Dengan Dos Yang Betul
Kajian klinikal menunjukkan bahawa 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari boleh mengurangkan kecacatan tiub neural kira-kira 40 peratus, 1000 mikrogram (mcg) setiap hari boleh mengurangkan kecacatan kelahiran kira-kira 50 peratus.
Sumber : H&W Talk Shaklee : Nutrisi Prenatal dan Posnatal
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Selain mengambil supplemen yang mengandungi asid folik, anda juga digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan folat seperti bayam, bendi, asparagus, brokoli, oren, betik, brussels sprouts dan banyak lagi.
Kenapa B-Complex Shaklee Boleh Memenuhi Keperluan Asid Folik Anda?
Ia adalah tempoh pembentukan tiub neural berlaku. Oleh kerana kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa mereka hamil, ia adalah penting bahawa semua wanita dalam usia melahirkan anak memastikan bahawa mereka mengambil folat atau asid folik yang mencukupi.
B-Complex Shaklee lengkap dengan kesemua 8 vitamin B penting iaitu:
- B1
- B2
- B3
- B6
- B12
- Biotin
- Asid Pantotenik
- Asid Folik
B-Complex Shaklee diformulasi dengan Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten. Ia membekalkan 200 mikrogram (mcg) asid folik dalam setiap sajian. Bagi ibu yang merancang untuk hamil dan ibu yang sedang hamil disarankan mengambil 2 tablet B-Complex Shaklee setiap hari.
Bagi ibu berpantang pula, asid folik membekalkan tenaga dan menyokong pemulihan selepas bersalin. Asid folik juga mengurangkan risiko tekanan perasaan (postpartum depression). Bagi bayi anda pula, asid folik meningkan motor sensor bayi dan perkembangan otak bayi. Jadi disarankan ibu hamil meneruskan pengambilan B-Complex Shaklee setelah bersalin dan menyusukan bayi.
Kawasan COD : Bangi - Kajang- Salak Tinggi -Sepang - Nilai
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
8 comments
Write commentsBest kan B-complex shaklee ni, lengkap!
Replymencegah lebih baik dari mengubati..betul kan!
ReplyBetul tu..sebenarnya kecacatan neural tube ni tidak boleh dirawat..boleh dikesan sejak awal kehamilan..seawal antara 1 hingga 2 bulan..doktor akan berbincang dengan ibu tindakan seterusnya..sebab itu penting ibu2 mengambil asid folik secukupnya seawal merancang untuk hamil..
Replybetul3..setuju!!
Replyya..infomasi yang cukup lengkap..
ReplyAlhamdulillah, ada sorang customer pun lega baby dia tiada masalah spina bifida
Replysekarang ni banyaksangat kes bayi yang ada masalah kesihatan yang teruk, mungkin jugak kerana masalah permakanan ibunya
ReplyBahayanye.. kecacatan spina bifida berlaku sblm kita tahu kita pregnant lagi. Mereka yg merancang utk hamil baik ambil B-complex ni. Baik cegah kan
Reply