Kencing Kotor Semasa Hamil Dan Kesannya Terhadap Ibu Dan Kandungan
Jangkitan Salur Kencing atau Urinary Tract Infection (UTI) biasanya disebabkan oleh bakteria dari kulit anda, faraj, atau rektum yang memasuki uretra anda. Selalunya, bakteria berhenti di dalam pundi kencing anda dan membiak di sana, menyebabkan keradangan dan mencetuskan simtom-simtom tertentu. Biasanya di Malaysia term yang digunakan adalah kencing kotor.Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan dalam sistem kencing badan. Sistem ini termasuk:
- Buah pinggang
- Ureter (tiub yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing)
- Pundi kencing
- Uretra (tiub pendek yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh)
Jangkitan yang paling kerap berlaku adalah dalam uretra dan pundi kencing. Ia juga boleh merebak dari pundi kencing ke dalam ureter dan buah pinggang.
Apa Yang Menyebabkan Jangkitan Saluran Kencing (UTI)?
Terdapat beberapa cara bakteria memasuki saluran kencing termasuk:
- Penyumbatan sebahagian daripada laluan kencing (sebagai contoh, akibat tekanan uterus)
- Hubungan seks
- Penggunaan cateter (tiub dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkan pundi kencing)
- Najis yang terkena pada vagina selepas membuang air besar
Adakah Wanita Hamil Lebih Mudah Mendapat Jangkitan Saluran Kencing ?
Sesiapa pun boleh mendapat jangkitan saluran kencing, tetapi ia adalah yang paling biasa terjadi di kalangan wanita, terutamanya jika mereka hamil.
Simptom-simptom Jangkitan Saluran Kencing
Anda mungkin dijangkiti Jangkitan Saluran Kencing jika anda mempunyai simptom-simptom seperti di bawah:
- Kerap membuang air kecil dan sentiasa rasa terdesak atau tidak tertahan semasa ingin ke tandas
- Menghadapi kesukaran ketika membuang air kecil
- Rasa pedih dan kejang di bahagian bawah abdomen
- Rasa pedih ketika membuang air kecil
- Air kencing kelihatan berkeladak dan berbau
Apakah Risiko Jangkitan Salur Kencing Kepada Bayi Dalam Kandungan?
Rawatan Jangkitan Saluran Kencing
Jangkitan saluran kencing dirawat dengan antibiotik. Anda perlu mengambil ubat ini untuk 3-7 hari atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Simptom-simptom akan hilang dalam masa tiga hari. Teruskan mengambil antibiotik tersebut seperti yang disarankan oleh doktor anda.
Bagaimana Mencegah Jangkitan Saluran Kencing?
- Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
- Bersihkan kemaluan anda dari depan ke belakang.
- Kosongkan pundi kencing anda sejurus sebelum dan selepas hubungan seks.
- Gunakan pelincir berasaskan air semasa hubungan jika anda berasa kering.
- Elakkan menggunakan pencuci feminin yang kuat atau bersabun.
- Tukar lampin pakai buang anda dengan kerap (pantyliners etc.)
- Basuh kawasan kemaluan dengan air suam sebelum seks.
- Pakai seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas.
- Mandi dengan shower dan bukannya bath tub.
- Elakkan memakai pakaian ketat.
CADANGAN VITAMIN SHAKLEE
Kawasan COD : Bangi - Kajang- Salak Tinggi -Sepang - Nilai
Email : fatimahazzahra05@yahoo.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku
6 comments
Write commentsagak bahaya juga kalau dah terkena gejala kencing kotor
Replybahaya jugalah..tapi boleh dicegah dengan minum banyak air..kalau orang tua2 disuruhnya minum air barli rebus sendiri..
Replypayah juga ibu hamil ini nak jaga pemakanan dan kebersihan dengan betulkan.ia tak sama teliti dg orang tak hamil huu...
Replydoakan yang hamil dalam keadaan baik bersama bayi kandungnya sehingga akhir kelahiran nanti amin
Replyoh..panduan yang baru untuk saya nie..
ReplyInsyaAllah aminnnn..
Reply