Masalah HB Low Semasa Mengandung Dan Risikonya Terhadap Bayi Anda

Kebiasaan saya semasa anak pertama dan kedua, semasa membuat buku merah, Klinik Kesihatan terus labelkan dengan sticker hijau mempunyai faktor risiko iaitu Anemia. Ini berikutan pemeriksaan darah mendapati bacaan Hemoglobin (HB) darah saya di bawah takat normal iaitu 12.00-16.00 g/dl. 

Saya yakin ramai di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah saya mengalami masalah ini sebelum hamil?Ataupun ianya terjadi semasa anda hamil sahaja.




Secara faktanya, keperluan zat besi anda naik dengan ketara apabila anda sedang hamil. Zat besi adalah penting untuk pembentukan hemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel lain. Semasa kehamilan, jumlah darah dalam badan anda bertambah sehingga anda mempunyai hampir 50 peratus lebih daripada biasa. 

Anda  memerlukan lebih banyak zat besi untuk menghasilkan lebih banyak hemoglobin untuk darah yang berlebihan itu. Anda juga memerlukan zat besi tambahan untuk tumbesaran bayi anda dan pembentukan plasenta.


Keperluan zat besi harian wanita semasa pra-kehamilan, hamil dan menyusu

Malangnya, kebanyakan wanita mula hamil tanpa bekalan zat besi yang mencukupi untuk memenuhi permintaan tubuh mereka yang semakin meningkat, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Apabila anda berada di situasi di mana anda tidak lagi mempunyai besi yang mencukupi untuk penghasilan hemoglobin yang anda perlukan, anda disahkan mengalami anemia.

Risiko anda mengidap anemia semasa hamil adalah lebih tinggi jika anda: 

  • mengalami alahan yang teruk sehingga menyebabkan muntah yang kerap.
  • hamil terlalu rapat dengan kehamilan sebelumnya (poor spacing). 
  • sedang hamil dengan lebih daripada seorang bayi (kembar)
  • mengamalkan diet rendah zat besi 
  • aliran haid yang heavy sebelum kehamilan 


Inilah sebabnya mengapa keperluan zat besi anda meningkat semasa mengandung iaitu 20-29 miligram (mg) sehari. Oleh kerana sukar untuk mendapatkan cukup zat besi melalui diet sahaja, doktor anda mungkin mengesyorkan wanita hamil mengambil supplement tambahan harian sebanyak 30 mg zat besi sebagai pencegahan. Kebanyakan supplemen pranatal mengandungi jumlah tersebut.

Kekurangan zat besi adalah punca yang paling biasa menyebabkan anemia dalam kehamilan. Tetapi terdapat juga faktor lain yang menyebabkan anemia semasa hamil. Anda juga boleh mengalami anemia semasa hamil kerana kerana: 

  • kekurangan asid folik dan vitamin B12
  • kehilangan banyak darah
  • disebabkan oleh penyakit tertentu 
  • gangguan darah yang diwarisi seperti penyakit anemia sel sabit

Risiko Anemia Kepada Kesihatan Anda Dan Bayi Anda



Bayi anda sebenarnya dengan sendiri akan mendapat bekalan zat besi daripada apa yang anda makan. Ini bermakna bayi anda lebih diutamakan dalam pembekalan zat besi berbanding anda. Anda mungkin berasa lega dengan fakta ini. Namun, anemia ibu boleh menjejaskan simpanan zat besi bayi ketika lahir, meningkatkan risiko bayi anda mengidap anemia di kemudian hari.

Anemia kekurangan zat besi semasa mengandung dikaitkan juga dengan peningkatan risiko kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah. Ia juga dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi kematian semasa lahir (stillbirth) atau kematian selepas baru lahir (newborn death). Jadi masalah anemia akibat kekurangan zat besi sewajarnya dipandang serius oleh ibu-ibu hamil sekalian.

Anemia kekurangan zat besi memberi kesan kepada kesihatan anda juga. Ia boleh mengurangkan tenaga anda dan melemahkan sistem imun badan anda untuk melawan penyakit. Dan jika anda mengalami anemia di akhir kehamilan, anda akan lebih cenderung mengalami komplikasi jika anda kehilangan banyak darah ketika bersalin. 

Anda mungkin merasa pening, mempunyai kadar jantung yang cepat, atau mempunyai gejala-gejala lain yang memerlukan anda tinggal di hospital lebih sehari atau dua. Anda juga lebih cenderung untuk memerlukan pemindahan darah. Dan ada kajian yang menunjukkan bahawa anemia juga boleh meningkatkan risiko kemurungan selepas bersalin.

Pengalaman saya sendiri ketika mengandungkan anak kedua, bacaan HB saya di bawah takat normal iaitu 11g/dl. Semasa melahirkan anak, saya telah mengalami pitam dan terpaksa direhatkan selama 2 hari. Tidak berupaya untuk bangun ke tandas selama 2 hari walaupun bersalin secara normal. Saya telah ditahan di hospital selama 3 hari sehinggalah keadaan saya semakin pulih. 


Jom Tonton Perkongsian Pengalaman Puan Aya Chalo Yang Mengalami Anemia Yang Teruk Dalam Ketiga-tiga Kehamilan Beliau Sehingga Terpaksa Ditahan Di Wad




Apakah Supplement Shaklee yang Boleh Membantu?





VitaLea Iron Formula

Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi.Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.



Sustained Released Vita-C 500mg 

Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi. Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak boleh dapat disimpan oleh tubuh dalam kuantiti yang bayak pada sesuatu masa. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.



B Complex

Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.

Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.


Cegah anemia seawal kehamilan anda bagi mengelakkan berlakunya komplikasi terhadap ibu dan bayi di dalam kandungan.

BELI SET HAMIL SEKARANG!!










Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi -Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku



2 comments:

  1. buat yang terbaik untuk diri sepanjang kehamilan utk diri dna bayi moga urusan mpm akan permudahkan hendaknya.amin

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah aminnn..dah menjadi kebiasaan ibu-ibu memang berusaha sebaiknya untuk kesihatan bayi dalam kandungan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...