Tips Berpuasa Dengan Sihat Dan Bertenaga Bagi Ibu Menyusu

Adakah anda seorang ibu yang sedang berpuasa dan menyusukan bayi ? 

Adakah anda juga ibu berkerjaya yang mengepam susu semasa berpuasa ?

Pasti anda merasa risau sama ada anda mampu meneruskan penyusuan anda sepanjang Bulan Ramadhan ini. Saya mempunyai pengalaman yang sama ketika menyusukan anak pertama yang baharu berumur 3 bulan pada Bulan Ramadhan tahun 2010. Mari kita lihat apakah persoalan sebenar yang bermain di fikiran ibu-ibu yang berpuasa dan menyusu ini.


Adakah Berpuasa Sambil Menyusu Membahayakan Bayi Saya ?


Bayi anda tidak akan terjejas kerana badan anda teurs menghasilkan susu ibu semasa anda berpuasa. Mengurangkan sedikit kalori selama beberapa jam tidak akan memberi perbezaan kepada jumlah susu yang anda hasilkan.

Badan anda akan menyesuaikan diri dengan mengubah cara ia menggunakan kalori yang ada. Badan anda akan mengunakan tenaga yang ada dengan lebih efektif dan cuba meningkatkan penghasilan susu anda.

Malah, jika anda tidak makan apa-apa selama 24 jam, ini tidak akan memberi kesan kepada kuantiti susu yang dihasilkan atau khasiat susu yang anda hasilkan. Walau bagaimanapun jika anda mula merasai badan anda terjejas akibat puasa, anda perlu berhenti sebelum ia menjejaskan penghasilan susu anda. 

Adakah Bayi Saya Terjejas Dengan Perubahan Kandungan Susu Yang Saya Hasilkan ?


Bayi anda tidak mungkin akan terjejas. Berat atau kadar pertumbuhan bayi anda tidak akan terjejas kerana ibunya yang berpuasa Ramadhan.

Bayi anda akan menyesuaikan diri dengan perubahan kandungan susu berdasarkan apa yang anda makan dan berapa banyak susu yang dia perlukan. Jika anda kurang makan dan mula mengalami penurunan berat badan, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlah lemak tetap sama. Payudara sendiri dipercayai dapat membuat beberapa lemak susu. Lemak-lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak yang tersimpan dalam badan anda

Adakah Berpuasa Semasa Menyusukan Membahayakan Saya?


Badan anda mungkin beradaptasi dengan baik semasa berpuasa. Dalam satu kajian, keseimbangan kimia dalam darah ibu menyusu yang berpuasa adalah hampir sama dengan mereka yang berpuasa tetapi tidak menyusukan anak.

Walau bagaimanapun, hati-hati dengan masalah dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan anda. Tanda-tanda dehidrasi yang patut anda beri perhatian:

  • berasa sangat dahaga
  • air kencing berwarna gelap dan berbau kuat
  • rasa hendak pitam, pening, lemah atau letih
  • sakit kepala atau sakit-sakit lain

Jika anda mula perasan mana-mana tanda-tanda ini, anda harus berbuka puasa dengan sedikit air. Sebaik-baiknya tambah gula dan garam ke dalam air tersebut. Atau  anda boleh mengambil garam rehidrasi atau minuman isotonik. Tapi hati-hati ya dengan minuman isotonik di pasaran yang terlalu banyak kandungan gula.

Tips Berpuasa Dengan Sihat Bertenaga


Persediaan awal sebelum berpuasa mungkin boleh membantu anda:

  • Menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan tenaga tambahan sebelum anda mula berpuasa. Contohnya jika anda perlu berpindah rumah atau membeli barang keperluan.
  • Sediakan diari atau jadual makan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum cukup pada waktu malam.
  • Banyakkan berehat di siang hari.
  • Jangan skip sahur, pastikan jam loceng anda berfungsi dengan baik.
  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fi zikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
  • Ambil supplement penyusuan yang bersesuaian

    Satu kajian menunjukkan bahawa tahap beberapa nutrien dalam susu ibu (zink, magnesium dan kalium) menurun semasa berpuasa. 

    Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpuasa

  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Kurangkan makanan tinggi gula.
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.


Supplement Shaklee Yang Boleh Membantu


Cubalah MIGHTY 3 GEMS Shaklee. Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink(perasa oren). Ketiga-tiganya adalah dalam bentuk serbuk, hanya campurkan ketiga-tiganya dengan air, digoncang dan sedia untuk diminum.

Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak sempat bersahur atau terbangun lewat. Hanya 10 minit diperlukan untuk penyediaan dan minum.







Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

8 comments:

  1. itu tuh jagn sampai terlewat sahur.

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa admin ...semoga sihat hendaknya sekeluarga..

    satu cabaran kalau ibu susukan bayi sepnunnyakan

    ReplyDelete
  3. kalau begini siapkan stok susu dan pam susu pas berbuka atau pas sahur agaknya ya

    ReplyDelete
  4. Tak effect semua orang. Dehydrated. Tapi nice tips.

    ReplyDelete
  5. Tak effect semua orang. Dehydrated. Tapi nice tips.

    ReplyDelete
  6. ya
    ibu2 yg sedang menyusukan bayi
    memang kena jaga kesihatan

    ibu sihat, bayi juga sihat

    ReplyDelete
  7. Mighty 3 Gems dan kurma penting sebagai pengganti di kala hujung-hujung masa untuk bersahur.
    Lebih-lebih lagi bagi ubu yang menyusukan anak supaya tidak flat di siang hari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...