10 Rahsia Bagi Mencapai Kebahagiaan Dalam Perkahwinan

Setiap individu yang berkahwin samaada lelaki atau wanita pastinya mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna sehingga ke akhirnya. Kalau dahulu kita selalu mendengar ucapan "semoga berbahagia hingga ke anak cucu", kebelangan ini pula, kita sering mendengar ucapan "Love till Jannah". Apapun ucapan yang diterima semuanya mendoakan kebahagiaan pasangan suami isteri itu berkekalan selamanya.




Ramai yang berpendapat pasangan yang berjaya adalah  pasangan yangbijak. Mereka membaca buku, menghadiri seminar, membaca artikel di internet dan mengambil pengajaran daripada pasangan lain yang berjaya. Walau bagaimanapun, pasangan yang berjaya itu sendiri akan memberitahu anda bahawa mereka juga belajar dari pengalaman, seperti perkataan inggeris yang kita sering guna "try and error".


Pendapat Pakar Tentang Perkahwinan


Sheikh Yaser Birjas adalah seorang pakar dalam subjek perkahwinan dan kekeluargaan. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang kaunseling dan bimbingan. Mari sama-sama kita baca apa yang dikupas oleh beliau tentang lima peringkat perkahwinan.


Fasa Pertama


Peringkat pertama daripada hubungan suami isteri yang dikenali sebagai "dilamun cinta". Fasa di mana suami dan isteri mula mengenali antara satu sama lain. Sering kali, fasa ini boleh berlaku semasa pernikahan atau pertunangan.




Fasa Kedua


Fasa kedua hubungan adalah "pengantin baru". Fasa yang bertindak sebagai fasa bulan madu di mana lelaki dan perempuan jatuh cinta antara satu sama lain, kalau boleh mahu menghabiskan masa bersama setiap masa.


Fasa Ketiga


Fasa ketiga dalam hubungan adalah "kekecewaan" fasa di mana suami dan isteri mula melihat kelemahan masing-masing. Sebelah pihak mungkin tidak lagi dapat memenuhi kriteria yang tinggi yang diingini oleh pasangan mereka. Suami dan isteri akan mempunyai perbezaan pendapat dan pertikaian dalam tempoh ini kerana mereka menyedari perbezaan dan kepentingan masing-masing.


Fasa Keempat


Fasa keempat perkahwinan dikenali sebagai "pelarasan" fasa di mana suami dan isteri berusaha menyelesaikan percanggahan pendapat dan perbezaan mereka. Mereka mendirikan sempadan dan mula memahami had pasangan mereka.


Fasa Kelima


Akhir sekali, peringkat kelima hubungan adalah "auto-pilot" peringkat di mana suami dan isteri memahami hubungan mereka. Pada fasa ini pertikaian dan perselisihan faham semakin berkurang dan pasangan itu dapat berfungsi tanpa masalah atau kebimbangan utama.



10 Rahsia Bagi Mencapai Kebahagiaan Dalam Perkahwinan




1) Niat Kerana Allah

Sebagai pasangan yang bercinta dan ingin berkahwin, perkara pertama yang harus disematkan dalam diri adalah niatkan perkahwinan hanya kerana Allah dan untuk mendapat keredhaan Allah. Bukan hanya atas dasar cinta, suka sama suka dan menghalalkan yang haram.Apabila sesebuah perkahwinan diniatkan kerana Allah, in sha Allah kebahagiaan akan menjadi milik pasangan  tersebut.


Dirikan solat secara berjemaah, menunaikan solat di masjid bersama-sama, membaca alquran dan sebagainya. Amalan-amalan ini akan menyuburkan keharmonian sesebuah rumah tangga. Anak-anak juga akan menjadikan ibu dan ayah mereka sebagai ikutan dalam kehidupan mereka.

2) Mendoakan Pasangan

Cara paling berkesan untuk mengikat hati pasangan adalah dengan memohon doa kepadaNya kerana hati-hati kita semua adalah milik Allah. Dia lah yang menggerakkan hati dan mengikat hati seseorang itu. Kudrat fizikal tidak mampu mengawal setiap gerak geri pasangan. Mohon padaNya agar sentiasa ditetapkan hati pasangan untuk sentiasa mengasihi pasangan. Berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga, kehidupan yang harmoni bersama anak-anak dan sebagainya. Berdoa mestilah dengan cara yang spesifik, sebutkan nama pasangan dan pohonkan apa sahaja yang dihajati. Allah Maha Mendengar setiap permintaan hambaNya.


3) Lebihkan Memberi Dari Mengharap

Pernahkah anda tentang " Marriage box". Ya perkahwinana itu seperti kotak yang kosong. Semakin banyak kebaikan yang anda isikan ke dalam kotak tersebut, semakin banyak kebaikan yang anda dapat semula. Dalam perkahwinan, niatkan hati untuk memberi bukannya menerima kerana memberi adalah lebih mulia daripada menerima. Jadikan diri sebagai suami/isteri yang terbaik untuk pasangan anda.


4) Fokus Kepada Kelebihan Pasangan

LIhatlah setiap kebaikan yang pasangan anda lakukan dan kenanglah kebaikan itu. Tutupkan aytau lupakan kekurangan mereka dengan kelebihan yang mereka miliki. Elakkan daripada suka membanding-banding rupa paras, sikap dan fizikal pasangan dengan orang lain. Jadi, waspadalah dalam tutur kata anda dengan pasangan. Mereka memilih anda, maka anda juga perlu menerima mereka seadanya. Jangan terlalu fokus kepada kelemahan mereka seperItu kerana mereka ada kelebihan yang tidak ada pada insan lain.


Setiap insan diciptakan tidak sempurna, masing-masing mempunyai kelemahan dan kekurangan diri masing-masing yang hanya anda ketahui apabila sudah berkahwin. Jika si dia mempunyai kelemahan atau kekurangan, elakkan daripada menceritakan kelemahan mereka kepada rakan-rakan atau saudara-mara. Walaupun ia hanya sebagai gurauan, jagalah aib mereka dengan sebaiknya Jika anda ingin mereka berubah, anda perlu perhatikan diri sendiri terlebih dahulu. Jangan biarkan diri terus mengharap untuk si dia berubah, anda lah yang perlu berubah terlebih dahulu.

5) Melaksanakan Tanggungjawab Masing-masing

Suami/isteri wajib melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Elakkan daripada mengabaikan tanggungjawab yang telah digariskan dalam Islam. Seeloknya, banyakkan perbincangan agar tidak berlaku ungkitan di masa akan datang.
6) Hormati Keluarga Pasangan
Apabila seseorang itu berkahwin, keluarga mertua adalah keluarganya juga. Ibu dan bapa mertua sepatutnya dianggap sama seperti ibu dan bapa kandung. Hormati mereka dan layani mereka dengan adil. Kebelakangan ini, kebanyakan punca penceraian berlaku adalah kerana tiada rasa hormat terhadap keluarga mertua.
7) Elakkan Daripada Bercerita Keburukan Pasangan
Kebaikan dan keburukan pasangan sepatutnya menjadi rahsia suami isteri. Elakkan daripada menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain sama ada teman rapat ataupun ahli keluarga anda. Ini bagi menjaga hubungan baik antara suami dan isteri. Jika anda suka bercerita tentang keburukan pasangan kepada orang lain, ia boleh menjadi punca kepada pertelingkahan di dalam rumah tangga. Jika ada sesuatu yang terpendam di dalam hati, luahkan dan berkongsi cerita dengan pasangan. Pilihlah masa yang sesuai untuk meluahkan bagi mengelakkan pergaduhan.

8) Memohon Maaf

Kadang-kadang akibat keletihan di tempat kerja, terdapat suami/isteri yang tidak sengaja telah memarahi pasangan mereka. Maka, apabila sudah sedar akan kesalahan anda, segeralah meminta maaf. Sekiranya pasangan anda tidak meminta maaf, anda mulakan langkah untuk memohon maaf. Apabila sering meminta maaf dari pasangan anda, anda akan merasa ternang dan hati bersih dari segala kekacauan yang anda rasai sebelumnya. Memohon maaf tidak bererti diri anda bersalah, tetapi juga merupakan cara untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Anda juga mungkin dapat melembutkan hati pasangan anda lalu sama-sama memaafi dan menyedari kesilapan masing-masing.

9) Biasakan Diri Memuji Pasangan 

Biasakanlah memuji pasangan dengan seikhlas hati. Mungkin permulaannya anda berasa agak kekok dan seperti dibuat-buat, lama-kelamaan anda akan terbiasa. Pujian daripada seorang suami atau isteri amat bermakna buat pasangan. Terutama apabila pasangan anda mencuba sesuatu yang baru, berikan sedikit pujian atau hargai apa yang mereka lakukan. Elakkan memberi komen-komen negatif yang mematahkan semangat pasangan.



10) Saling Memberi Teguran

Ucapkan teguran dengan cara berhemah bukannya dengan cara memarahi dan menengking. Ini untuk mengelakkan hati pasangan terguris atau berkecil hati. Sesuaikan juga dengan masa dan keadaan, jangan menegur suami pasangan anda di hadapan orang lain. Anda mungkin menjatuhkan air muka pasangan anda jika berlaku demikian. Jika berlaku ketidaksefahaman, lakukan teguran di mana silapnya dan atasi dengan baik. Teguran yang berhemah boleh menyejukkan keadaan, manakala teguran yang tidak bertempat atau tidak kena caranya mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.
Semoga tips dan perkongsian ini memberi bermanfaat kepada pasangan yang sedang melayari bahtera rumahtangga.



Whatsapp saya untuk sebarang soalan :)






Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

4 comments:

  1. yg paling penting ingat bahawa kita sayangkan pasangan kerana Allah, jika berlaku selisih faham buangkan sifat ego dan berbincanglah, jika masing2 ada minat dan hobi jgn lupakan pasangan dan anak2 hingga terabai, beri ruang dan masa utk sentiasa berkomunikasi dan mencapai kata sepakat, insha allah

    ReplyDelete
  2. Bismillah,

    saya suka semua 10 tips ni. Bila kita sayang dan cinta pasangan kerana Allah insyaAllah Allah lindungi kehidupan kita sekeluarga dunia akhirat. Kasih dan sayang hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  3. semoga kita sentiasa mendoakan kebaikan didunia dan diakhirat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...