10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Kunjungi Di Bangkok

Bangkok ialah ibu negara dan bandar yang paling ramai penduduk Thailand. Dalam bahasa Thailand ia dikenali sebagai Krung Thep Maha Nakhon  yang bermaksud "bandar para bidadari" atau "city of angles". Bandar ini meliputi 1,568.7 kilometer persegi (605,7 batu persegi delta Sungai Chao Phraya di tengah-tengah Thailand. Ia mempunyai penduduk lebih daripada 8 juta, atau 12.6 peratus daripada jumlah penduduk negara. 




Bangkok adalah segala-galanya yang anda harapkan dari sebuah ibu negara. Ia bising, sesak, berwarna-warni, menarik dan mampu membuat anda tersenyum. Terdapat tapak-tapak purba untuk dilawati dan pusat membeli-belah moden dengan suasana mewah. Bangkok boleh dikatakan bandar pengantara antara negara maju dan negara yang sedang membangun.

Bangkok juga berfungsi sebagai pintu masuk ke tempat lain di Thailand. Dari sini, anda boleh menaiki pesawat ke Phuket, Chiang Mai, Koh Samui dan destinasi popular yang lain di Thailand. Anda juga boleh menaiki kereta api atau bas dan melawat khazanah negara seperti Ayutthaya, Lopburi dan lain-lain tarikan negara ini.


10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Kunjungi Di Bangkok



1 Grand Palace





Jika anda bercadang melawat satu sahaja tempat bersejarah di Bangkok, Grand Palace wajib menjadi pilihan anda. Istana diraja dengan struktur yang menakjubkan yang juga rumah Wat Phra Kaeo, yang menempatkan Jade Buddha.

Dibina pada tahun 1782, istana besar adalah kediaman diraja untuk generasi dan masih digunakan untuk upacara penting yang disertai ketua-ketua negara. Pelawat-pelawat dikehendaki berpakaian sopan ketika melawat Grand Palace.

Waktu Melawat: 8:30pagi-03:30petang setiap hari
Kemasukan: 500 baht; tambahan 100 baht untuk panduan audio (dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Mandarin, Rusia, dan Jepun).
Lokasi: Na Phra Lan Road, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon


2 Giant Swing





Di tengah-tengah dataran sibuk di hadapan Wat Suthat berdiri salah satu replika yang paling menarik perhatian dan menjadi tarikan utama di Bangkok. Bingkai kayu jati setinggi 27m yang dikenali sebagai Giant Swing. Ini digunakan untuk majlis keagamaan yang diadakan setiap tahun pada bulan Disember selepas musim menuai padi. Pada zaman dahulu satu pertandingan diadakan di mana sepasukan yang terdiri daripada tiga orang akan bergilir-gilir untuk mengimbangi di atas papan sempit yang berbahaya dan dapat berayun setinggi 25 m atau lebih dari tanah. Diumpamakan oleh mereka seperti berayun tinggi "sehingga ke syurga". Di titik tertinggi itu mereka akan cuba untuk menangkap beg duit syiling perak di gigi mereka. Raja Rama VII mengharamkan peraduan ini pada tahun 1932, berikutan beberapa kemalangan maut.


3 Muzium Negara & Wang Na Palace





Bagi peminat sejarah khususnya sudah tentu mahu menghabiskan sekurang-kurangnya setengah hari bersiar-siar ke muzium negara. Sehingga pertengahan tahun 1970-an, ini adalah satu-satunya muzium di Thailand, dan kerana itulah muzium ini mempunyai koleksi yang begitu banyak. Mujurlah, hampir setiap bahan sejarah yang dipamerkan dilabel dalam bahasa Thai dan Bahasa Inggeris. Anda juga boleh memilih pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris, jadi anda tidak akan terlepas apa-apa tinggalan purba dan sejarah kontemporari di negara ini.

Wang Na Palace asalnya dibina oleh Rama I kekal pada dasarnya kerana ia berdiri sebagai bukti kepada sejarah Thai. Pelawat boleh melihat pakaian, artifak keagamaan, seramik, permainan, senjata, alat muzik dan takhta Viceroy, dan juga koleksi Buddha yang disusun mengikut turutannya.

Lokasi: Na Phra That Road, Bangkok



4 Chatuchak Market




Pasar minggu di Bangkok adalah yang terbesar di dunia. Di sini pembeli boleh membeli segala-galanya dari barangan kemas dan ikon agama kepada haiwan dan makanan yang sedap. Terdapat 15,000 gerai, menawarkan apa sahaja yang anda inginkan. Ini adalah tempat yang terbaik untuk bergaul dengan penduduk tempatan dan melibatkan diri dalam kehidupan sehari-harian Thai. Jika anda ingin mengunjungi pasar ini, pastikan anda tiba awal dan mengongkan jadual anda untuk sepanjang hari.

Lokasi: Bersebelahan dengan Stesen Kamphaengpecth (MRT), kira-kira 5 minit berjalan kaki dari Stesen Skytrain Mochit (BTS) dan Stesen MRT Suan Chatuchak (Taman Chatuchak) 
Laman rasmi: http://www.chatuchak.org/


5 Pasar Terapung Damnoen Saduak





Untuk pengalaman membeli di pasar yang lebih menarik, anda boleh berkunjung ke Damnoen Saduak, pasar terapung terkenal yang terletak di Ratchaburi kira-kira sejam setengah di luar Bangkok. Populariti pasar terapung lnl pernah menyebabkan Bangkok mendapat gelaran "Venice of the East". Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai makanan tempatan yang segar dan lazat dengan harga berpatutan. 

Waktu: 6 am-tengahari setiap hari
Laman rasmi: http://www.tourismthailand.org/See-and-Do/Sights-and-Attractions-Detail/Damnoen-Saduak-Floating-Market--989


6 Khao San Road






Ini adalah kawasan tumpuan "backpackers" di Bangkok, kawasan kejiranan yang sesak dengan rumah tumpangan, penjual makanan, gerai pakaian dan pelancong dari seluruh dunia. Walaupun pasar ini agak sesak dan bising, ramai pengunjung gemar ke sini kerana anda dapat melihat sendiri makanan yang mungkin tidak dijumpai di tempat lain, selain pakaian dan barang perhiasan yang dijual ddengan harga yang sangat murah.


7 Jim Thompson House






Rumah bersejarah seorang usahawan Amerika yang hilang semasa dalam mengembara di Malaysia kini berdiri sebagai tinggalan sejarah masa lalu di Bangkok. Jim Thompson menetap di Thailand setelah berkhidmat di sana sekitar akhir Perang Dunia Kedua. Beliau adalah seorang tokoh yang terkenal dalam industri sutera Thai dan telah dianugerahkan gelaran "Order of Gajah Putih", satu penghormatan yang besar diberikan kepada warga asing yang telah membuat sumbangan kepada Thailand. Rumah Thompson telah bertukar menjadi sebuah muzium yang memperlihatkan sejarah hidup beliau, sejarah Bangkok dan  industri sutera Thai.

Waktu: 09:00-17:00 setiap hari
Kemasukan: Dewasa 100 baht; Pelajar 50 baht
Alamat: 6 Soi Kasemsan 2, Rama 1 Road
Laman rasmi: http://www.jimthompsonhouse.com/life/index.asp


8 Lumpini Park






Lumpini Park menyediakan pengunjung dengan kehijauan di tengah-tengah lalu lintas dan keadaan sibuk kota Bangkok. Anda boleh bersantai di kawasan rumput, menikmati naungan sebuah pagoda Cina, atau mengambil bot di tasik. Lumpini Park adalah tempat yang hebat untuk menghabiskan waktu petang menikmati taman yang tenang berlatarbelakang bangunan pencakar langit. Taman ini pernah menjadi tempat perhimpunan anti kerajaan satu masa dahulu.

Waktu: 05:00 petang-9:00 malam
Kemasukan: Percuma
Lokasi: Rama IV Road, antara Jalan Ratchadamri dan Jalan Witthayu 


9 Terminal 21





Terminal 21 adalah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Bangkok. Ia berbeza daripada pusat membeli-belah yang lain kerana setiap tingkat pusat membeli-belah telah bertemakan sebuah kota antarabangsa yang berbeza. Anda akan merasakan seperti anda berada di Paris, Tokyo; di tingkat lain pula terdapat pondok telefon merah seperti di London.Terdapat juga tema Caribbean, San Francisco dan Istanbul.

Nota: Pusat membeli-lain yang anda boleh kunjungi termasuk Siam Paragon dan Siam Discovery, yang menawarkan barangan dengan harga yang lebih berpatutan.


10 Street Food Stalls





Tidak lengkap sesuatu lawatan itu jika anda tidak mencuba makanan yang terkenal di situ. Anda tidak akan bermasalah mencari tempat yang menyediakan makanan lazat seperti daging dan ikan panggang, sup, buah-buahan segar dan pelbagai hidangan lain.


Shaklee Star Asia Trip Bangkok 2016




Baru-baru ini Shaklee mengumumkan tentang "Shaklee Star Asia Trip Bangkok 2016" iaitu tajaan percutian selama 4D3N (4 hari 3 malam) ke Bangkok. Ianya adalah percutian yang ditaja dan segalanya adalah percuma. Sambil meninjau tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi di Bangkok, jom kita berangan-angan secara percuma ke Bangkok :)








Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

11 comments:

  1. Bismillah,

    Bestnya 10 tempat menarik boleh di lawati di Bangkok nie.
    Saya suka peniaga gigih berniaga di sini Pasar Terapung Damnoen Saduak.

    Macam tak sabar nak menikmati sendiri keindahan ini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak ke bangkok bulan march 2017, mane suggestion hotel yg ok?

      Delete
  2. memang nak sangat jalan2 makan angin, tunggu baby besar dulu ;), mau 2/3 tahun jugak ni

    ReplyDelete
  3. wah, seronok tu dapat ke bangkok dengan percuma

    ReplyDelete
  4. Suatu hari nanti, saya nak Bangkok. Buat masa sekarang, kumpul duit je dulu.. Hehe..
    ringantangan

    ReplyDelete
  5. Saya akan ke sana 16 sep 2016. Nak tau hotel Prince Palace terletak di old town bangkok mudah ke utk dapatkan makanan halal di sekitar hotel?

    ReplyDelete
  6. Saya akan ke sana 16 sep 2016. Nak tau hotel Prince Palace terletak di old town bangkok mudah ke utk dapatkan makanan halal di sekitar hotel?

    ReplyDelete
  7. Syahzila..sangat mudah..jalan kaki berdekatan maajid mahanak..

    ReplyDelete
  8. Syahzila..sangat mudah..jalan kaki berdekatan maajid mahanak..

    ReplyDelete
  9. bestnyer k.zara.....nak kena usaha lebih ni...4D3N oliday freeeeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..tahun depan regional trip ke bangkok juga..jom2 grab peluang ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...