Cara Menyemak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia Secara Online

Assalamualaikum..


Harini saya nak menulis sedikit tentang jerebu yang agak teruk yang melanda negara kita sekarang. Berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan supaya semua sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup pada 15 September 2015 yang lalu. 




KPM juga meminta pihak sekolah memberhentikan aktiviti luar bilik darjah ketika bacaan IPU melebihi 150. Manakala sekolah-sekolah yang berada di kawasan dengan indeks IPU melebihi 200 diarahkan tutup buat sementara waktu. Sementara itu, pihak KPM juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya mengalami masalah pernafasan dan memaklumkan kepada pihak sekolah.


Tahukah Anda Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Boleh Disemak Secara Online??


Di Malaysia, pencemaran udara atau jerebu dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) / Air Pollutant Index (API) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Semakin besar nilai bacaan IPU, semakin tinggi tahap pencemaran udara atau jerebu. Fahami bacaan IPU di tempat anda berdasarkan jadual di bawah.

                                      Jadual Klasifikasi Tahap IPU dan Kesan Terhadap Kesihatan

Anda boleh menyemak secara online bacaan IPU semasa (real-time) di lokasi atau kawasan berhampiran anda di SINI. Jika kawasan anda tiada pada senarai, sila navigate ke kawasan anda menggunakan peta interaktif yang disediakan. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah. 
Bacaan IPU semasa seluruh Malaysia yang saya capture pada 9.23 malam 20 September 2015

Warna pada bacaan merujuk kepada klasifikasi tahap IPU. Untuk mengetahui tahap bacaan IPU di tempat anda, padankan warna pada bacaan dengan jadual klasifikasi seperti di atas.Klik SINI untuk menyemak bacaan IPU semasa di tempat anda.  

Kesan Jerebu Kepada Kesihatan


Kesan-kesan atau implikasi yang mungkin dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:





  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit di bahagian dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan simptom seperti di atas.


Tips Menghadapi Jerebu


Bagi mengelakkan diri terkesan secara langsung oleh keadaan jerebu, anda boleh cuba tips-tips mudah seperti di bawah. Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada tips-tips tersebut.




  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah/ kelas/bangunan.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan topeng muka (face mask).
  • Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, naikkan cermin tingkap dan gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyak minum air kosong (2 hingga 3 liter sehari)
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti / menghadiri aktiviti luar.
  • Bagi menjaga kesihatan anda di musim jerebu, amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi atau mengambil supplement vitamin C.
  • Bagi
[SUMBER]












Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...