Tips Kekal Sihat Dan Bertenaga Semasa Menunaikan Ibadah Haji

Musim haji kali ini kita dikejutkan dengan 2 kejadian yang meragut banyak nyawa jemaah-jemaah haji di tanah suci. Yang pertama adalah kejadian ribut pasir di Mekah yang meragut nyawa serta mencederakan ramai jemaah yang sedang mengerjakan ibadah saie. Yang kedua adalah kejadian rempuhan di Mina yang berlaku berikutan jemaah yang berebut-rebut hendak melontar Jamrah pada waktu yang paling mustajab ketika itu. 



Apa pun yang berlaku semuanya adalah dengan kuasa dan ketentuan Allah. Selain dari peristiwa -peristiwa tersebut, kita sedia maklum yang jemaah-jemaah biasanya akan mengalami sedikit kesan daripada peubahan cuaca yang tidak sama di tempat kita dan cuaca di tanah suci. Tambahan pula musim haji adalah masa di mana jemaah dari seluruh dunia datang ke tanah suci, Jadi ketika menunaikan ibadah haji kita perlulah memastikan diri kita sentiasa sihat dan bertenaga agar dapat menjalankan ibadah dengan sempurna.


Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa di Tanah Suci




  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca di tanah suci sama ada cuaca sejuk atau panas.
  • Tutup mulut dan hidung dengan topeng muka (face mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan yang berdebu.
  • Minum air kosong atau air zam-zam setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Amalkan minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
  • Makan makanan yang berzat dan seimbang untuk memberi anda tenaga secukupnya bagi menyempurnakan ibadah haji.
  • Setiasa menjaga kebersihan diri, sentiasa basuh tangah agar tidak mudah dijangkiti penyakit berjangkit.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan pengambilan supplement yang dapat membantu anda kekal sihat dan bertenaga.
  • Jika anda mengalami batuk dan selesema berterusan selama 24 jam, anda dinasihatkan untuk segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.


Tips Untuk Jemaah Haji


Dalam Perjalanan Antara Jeddah / Madinah / Makkah

Perjalanan di antara Jeddah ke Madinah mengambil msa kira-kira 8-10 jam, manakala Jeddah ke Makkah 2 jam (ketika menaiki bas).



  • Jemaah haji dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan/minuman yang mencukupi bersama ketika dalam perjalanan bas ini.
  • Makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Madinah atau ke Makkah
  • Jika jatuh sakit dalam perjalanan, beritahu pemandu untuk ke klinik yang berdekatan.
  • Pihak waris/sahabat yang ikut sama diminta melaporkan dengan SEGERA kepada Dalil atau Pegawai Muassasah atau Pegawai Tabung Haji atau Klinik Malaysia di Madinah / Makkah jika terdapat Jemaah haji yang sakit teruk, dimasukkan ke Hospital Arab/Pusat Kesihatan atau meninggal dunia dalam perjalanan.


Di Madinah



  • Jangan dedahkan diri kepada cuaca yang panas atau sejuk begitu lama. Pilih masa yang sesuai untuk keluar.
  • Jangan kerap/selalu mandi apabila badan sedang panas.
  • Bawa baju tebal (baju sejuk) untuk kegunaan di Madinah kerana cuaca sebelum wukuf adalah sejuk.
  • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
  • Jagalah kesihatan semasa berada di Madinah. Jika sakit, hubungilah Klinik Malaysia.
  • Bagi memudahkan jemaah mendapat rawatan, pihak Lembaga Tabung Haji telah menyediakan klinik zon di salah sebuah bangunan rumah jemaah haji di Madinah. Alamat-alamat klinik zon ini akan diberitahu kepada jemaah haji apabila mereka sampai di Madinah.


Di Mekah


  • Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mudah didapati.
  • Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Makan dalam tempoh 2 jam setelah dibekalkan.
  • Jangan makan makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
  • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari. Badan akan kehilangan banyak air kerana keadaan cuaca yang panas dan sentiasa berpeluh
  • Kurangkan aktivti yang menggunakan tenaga di dalam cuaca yang panas.
  • Jangan dedahkan diri terlalu lama dalam cuaca panas. Ini boleh menyebabkan badan kekurangan air/garam yang boleh membawa kepada kejutan panas (heat stroke) dan membawa maut.
  • Lapkan badan dengan tuala basah dan tidak perlu mandi di waktu tengahari.
  • Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
  • Terdapat Klinik Maktab dikediaman jemaah haji. Jemaah akan dimaklumkan oleh Petugas Kebajikan dan Perubatan Tabung Haji lokasi Klinik Perubatan Malaysia.


Di Arafah Dan Mina



  • Jemaah Haji dinasihatkan membuat persiapan awal menjaga kesihatan. Pihak Berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan semua Rombongan Perubatan luar negara membuka hospital dan klinik di Arafah dan Mina.
  • Pesakit-pesakit yang kritikal dan memerlukan oksigen berterusan dan 1/V Drips akan di bawa dengan ambulans dan bas Nagabah pada 9 Zulhijjah iaitu hanya untuk berwukuf, kemudian dimasukkan ke hospital semula dengan diiringi Petugas Perubatan.
  • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.

Bagaimana Mendapatkan Rawatan Sekiranya Sakit


  • Beritahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah / rakan sebilik atau saudara mara supaya menghantar ke Klinik Maktab/Zon untuk menerima rawatan.
  • Panggil doktor ke bilik bagi rawatan kecemasan.
  • Pergi ke Klinik Maktab/Zon yang disediakan di tempat penginapan.
  • Jika berlaku kecemasan di luar tempat penginapan segera ke Klinik Maktab Malaysia yang berhampiran.

Waktu Rawatan Di Klinik Maktab / Zon

(Waktu rawatan tertakluk kepada pindaan semasa di Tanah Suci)

Rawatan kecemasan - 24 jam
Pagi - 7.00pagi - 12.00 tengahari
Petang - 5.00petang - 10.00 malam
[SUMBER]







Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku


5 comments:

  1. Ya Allah terpanggil-panggil nak kesini untuk menunaikan haji dan umrah.

    Terima kasih zara...pengisian yang cukup bagus.

    ReplyDelete
  2. moga2 mereka sentiasa sihat sejahtera selamanya

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka-mereka selamat kembali ke Malaysia.

    ReplyDelete
  4. cahayacinta rasa musim panas buat kita hilang tenaga kena banyk minum air ya

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tips. Sangat membantu mereka yang hendak ke sana :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...