5 Destinasi Honeymoon Yang Saya Teringin Nak Pergi

Alhamdulillah tahniah kepada anda yang baru mendirikan rumahtangga. Masa nilah paling mudah nak berbulan madu atau honeymoon orang kata. Masa masih belum ada anak kecil dan belum banyak komitmen lagi yang patut didahulukan. Semestinya anda mengidamkan untuk pergi ke destinasi honeymoon yang romantik untuk anda dan pasangan menghabiskan masa bersama-sama. Bagi saya pula, walaupun "baru" tujuh tahun mendirikan rumahtangga dan telah dikurniakan 3 orang cahayamata, saya masih lagi memasang hajat untuk honeymoon berlima. Sudah semestinya bersama suami dan anak-anak tersayang. Jom saya kongsikan 5 destinasi honeymoon yang saya teringin nak pergi.





1. Mekah

Mungkin anda hairan ada ke orang pergi honeymoon di Mekah. Sebenarnya ia berdasarkan pengertian honeymoon kepada individu itu tersendiri. Pada saya, pada waktu dan ketika ini, honeymoon adalah memanfaatkan masa bersama keluarga kecil saya. Alangkah indahnya jika dapat menunaikan ibadah haji dan umrah bersama-sama suami dan anak-anak. Sama-sama menunaikan ibadah dan menghayati setiap satu rukun-rukun dalam ibadah haji dan umrah bersama-sama. Jom tengok gambar di bawah sambil membayangkan si kecil anda yang sedang berpakaian ihram tu. Saya sudah tentu membayangkan putera bongsu saya Muhammad Rafeef yang sedang berpakaian ihram sambil tersenyum manis. Comel kan!!




2. Verona Italy




Ok lokasi kedua ni sebenarnya adalah tempat penggambaran filem kegemaran saya "Letters to Juliet". Saya yang belum berpeluang sampai ke negara Italy ni, hanya melihat Verona di dalam filem ini. Salah satu tempat menarik Verona yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah Juliet's House (Casa de Giulietta).Verona juga terkenal dengan pemuitis William Shakespere dengan kisahnya "Romeo and Juliet". Dengan itulah Verona dikenali sebagai kota romantis. Selain itu Verona terletak berhampiran dengan Milan dan Venice iaitu kira-kira 2 jam perjalanan. Jadi bagi yang memilih Verona sebagai destinasi honeymoon, anda boleh juga meneruskan perjalan anda ke Milan dan Venice.

3. Maldives




Saya memilih Maldives sebagai salah satu destinasi honeymoon saya kerana saya seorang yang sukakan pantai dan lautan. Pantainya dengan pasir putih dan lautnya yang biru kehijauan beserta tiupan angin pantai pastinya mendamaikan setiap individu yang berkunjung ke sana. Airnya sangat jernih sehingga boleh melihat hidupan laut dan terumbu karam dengan jelas. Oh ya sangat sesuai bagi yang minat scuba diving. Bolehla berangan menyelam bersama-sama dengan suami tercinta sambil berpegangan tangan. Eh eh tidak lupa juga pegang tangan anak-anak anda ye, bagi yang bawa anak-anaklah.

4. Krabi




Saya teringin berbulan madu di Krabi kerana alasan yang sama dengan destinasi ketiga. Krabi yang terkenal dengan pantai yang cantik dengan lagun yang menghijau sudah tentunya menjadi destinasi pilihan pencinta laut seperti saya. Sebenarnya suami saya kurang suka aktiviti yang berkaitan air ni, tapi jangan ingat Krabi ni ada laut sahaja ya. Anda boleh cuba skill menembak anda di Krabi Shooting Range ataupun mengeluarkan peluh dengan aktiviti lasak di Krabi Fun Park. Yang berhati kering dan berani, boleh cuba bawa pasangan anda mencuba aktiviti water rafting sejauh 5-9km. Bagi saya yang cintakan laut sudah tentu memilih aktiviti menyelam di dasar laut dan melawat ke Pulau Phi Phi. Bezanya antara Krabi dan Maldives, anda boleh membeli-belah di Krabi iaitu di pekan kecil Ao Nang yang mempunyai puluhan kedai cenderahati, pakaian dan makanan.

5. Bali




Saya harap anda tidak bosan membaca tentang destinasi pilihan saya kerana destinasi kelima ini saya pilih dengan alasan yang sama iaitu saya yang cintakan pantai dan lautan. Apabila saya sebut pantai dan Bali memang rata-rata orang yang ke sana menceritakan pantainya sangat cantik terutamanaya Pantai Kuta, Nusa Dua dan Seminyak. Pantai-pantai ini sangat sesuai untuk aktiviti surfing tetapi kurang sesuai untuk anak-anak kecil kerana ombaknya yang kuat dan angin yang bertiup kencang. Jadi mungkin anda boleh limitkan aktiviti dengan membeli-belah di deretan kedai dan butik yang menjual pelbagai barangan dari Indonesia dan luar negara. bagi ibu-ibu dan isteri-isteri bolehlah mencuba urutan badan dan berspa dengan harga yang murah.

Apa-apa yang kita impikan jika ditulis dan selalu membayangkannya, inshaAllah suatu hari nanti akan tercapai. Jadi marilah berangan-angan untuk melancong ke destinasi pilihan anda. Berangan itu PERCUMA!!








Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

7 comments:

  1. Untuk wisata yang menyenangkan,selalu perhatikan tips-tips padasaat bepergian

    ReplyDelete
  2. tempat yang disenaraikan di atas semuanya saya teringin nak pergi :)

    ReplyDelete
  3. Memang best la semua destinasi tu, dalam wish list MV juga

    ReplyDelete
  4. cahayacinta..

    tempat menarik kalau ada wang segera mau pergi bersama yang tersayangkan heee

    ReplyDelete
  5. No 1 setuju sgt. insyaAllah di beri peluang nak jejak ke sana...

    ReplyDelete
  6. jom kita ke meldvise heee cam best jer kalau smapai teros terjun dekat dalam air tu heee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...