Tips Mudah Untuk Sembuhkan Patah Tulang Dengan Cepat


Bagi anda yang pernah mengalami patah tulang, mungkin anda merasakan penyembuhan tulang yang patah adalah mengambil masa dan anda tidak sabar untuk sembuh. Lebih-lebih lagi sekiranya anda terpaksa ditahan di hospital, tidak mapu berjalan atau tidak dapat meneruskan rutin harian anda. 




Proses pemulihan daripada patah tulang kadang-kadang boleh menjadi satu proses yang menyakitkan, memenatkan dan mengecewakan. mengecewakan.  Penyembuhan tulang yang patah setiap individu dipengaruhi oleh faktor-faktor termasuk umur pesakit, kesihatan keseluruhan, pemakanan, aliran darah ke tulang, dan rawatan. Berikut adalah beberapa tips untuk mempercepatkan pemulihan anda dari patah tulang.


Berhenti Merokok 




Pesakit yang merokok, mempunyai purata masa yang lebih lama untuk penyembuhan, dan mempunyai risiko yang lebih tinggi menyebabkan nonunion (tulang yang tidak sembuh sepenuhnya). Merokok menghalang aliran darah ke tulang, dan ia adalah a. Aliran darah ini sngat penting kerana ia membekalkan nutrient dan sel-sel yang perlu untuk membolehkan tulang sembuh.


Makan Diet Yang Seimbang




Penyembuhan tulang memerlukan lebih banyak nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan kesihatan tulang. Pesakit yang mengalami kecederaan perlu makan makanan yang seimbang dan memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi bdaripada semua kumpulan makanan.


Mengambil Kalsium Secukupnya




Kalsium menggalakkan penyembuhan tulang, jadi ia anda dinasihatkan untuk minum susu dan mengambil produk tenusu lain. Jika atas sebab tertentu anda tidak boleh mengambil produk tenusu, kemudian pergi untuk produk makanan yang lain seperti jus oren yang diperkaya dengan kalsium, tauhu, badam, dan lain-lain. Selain itu anda juga booleh mengambil supplement tinggi kalsium bagi memenuhi keperluan kalsium anda.


Mematuhi Rawatan Yang Doktor Anda Sarankan


Doktor anda akan mengesyorkan rawatan, dan anda perlu mematuhinya. Doktor anda mungkin mencadangkan rawatan termasuk cast (simen), pembedahan, tongkat, atau lain-lain. Jika anda menanggalkan simen atau berjalan dengan kaki yang patah tanpa arahan doktor, ini mungkin akan melambatkan masa penyembuhan anda.


Malakukan Terapi Fisio Secara Konsisten




Ya ini sudah pasti memenatkan dan menyakitkan. Tetapi ianya sangat penting untuk mengelakkan "muscle wasting". Otot dan sendi anda jika tidak menjalankan fungsinya pada satu masa yang lama, akan menyebabkannya lemah dan tidak berupaya untuk berfungsi lagi. Walaubagaimanapun pastikan anda sentiasa berhati-hati. Jangan memaksa diri dan ketahui had ketahanan anda. Elakkan daripada mengenakan tekanan berlebihan kepada kawasan tulang yang patah.



Banyakkan Minum Teh




Minum sekurang-kurangnya 5 cawan teh, terutamanya teh hijau. Teh hijau mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang boleh menggalakkan proses penyembuhan dari peringkat sel. Teh hijau telah digunakan di China selama berabad-abad kerana mempunyai sifat menyembuhkan, termasuk penyembuhan patah tulang.


Merawat Dengan Urutan




Urut bermanfaat bagi tubuh dalam banyak cara, antaranya membantu meningkatkan aliran dan peredaran darah ke seluruh tubuh. Jika anda mengurut di sekitar tulang yang patah, ini akan membantu meningkatkan peredaran darah serta peningkatan aliran nutrisi yang akan membantu patah tulang sembuh lebih cepat. Tetapi pastikan urutan ringan dan lembut sahaja ya, jangan sampai menyebabkan peralihan tulang yang akan bersambung.


Terapi Panas (Heat Therapy)


Pemanasan pada kawasan tulang yang retak atau patah akan membantu meningkatkan aliran darah dan kemudian akan membantu dalam pembaikan tulang. Anda boleh melakukannyadengan pelbagai cara. Anda boleh menggunakan tuala yang sudah direndam dalam air panas kemudian diletakkan pada kawasan tulang yang patah atau anda juga boleh mandi air suam. Lakukan tiga kali sehari selama 30 minit. Pastikan kawasan yang patah telah sembuh dari luka jika ada. Ini kerana jika terdapat luka yang belum kering atau sembuh, ia boleh menyebabkan jangkitan di kawasan luka.


Mengambil Supplement


Anda juga boleh ikhtiar dengan mengambil supplement Shaklee iaitu Vivix, Energizing Soy Protein (ESP), Ostematrix, Vitamin C, Omega Guard, Advance Joint Health Tablet (AJHT) dan Zinc.

Dr. Safiya Amran mencadangkan vitamin berikut diambil untuk pesakit patah tulang:

Sebaik sahaja mengalami patah tulang, anda disarankan mengambil Energizing Soy Protein (ESP), Ostematrix dan Vitamin C.

Setelah 6 minggu mengalami patah tulang, disarankan mengambil Set Sendi Shaklee iaitu Omega Guard, Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet (AJHT).


Semoga dengan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mengalami patah tulang atau retak.







Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai


CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku


2 comments:

  1. perlu disiplin dan istiqamah dan semoga sembuh hendaknya

    ReplyDelete
  2. Tips yang sangat berguna. Saya juga setuju dengan admin iaitu pengambilan kalsium yang secukupnya adalah sangat penting. Saya pon ada share Tips Agar Patah Tulang Cepat Sembuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...