5 Cara Menghilangkan Jerawat Dan Bekasnya Dengan Cepat

Jerawat adalah masalah kulit yang menyakitkan dan memalukan. Parut yang ditinggalkan akibat jerawat pula menjadi mimpi ngeri yang tidak diundang. Walaupun kebanyakan parut jerawat akan pudar sendiri selepas beberapa bulan, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu menghilangkan parut jerawat dan mengelakkan hyper-pigmentasi.



Yang pasti anda tidak berjaya menghilangkan parut jerawat dalam satu malam, tetatpi tips yang diberikan di bawah pasti akan menghasilkan perbezaan yang ketara dari masa ke semasa. Anda hanya perlu rajin dan kenali kulit anda kerana setiap individu itu tidak sama tempoh penyembuhannya.


5 Cara Menghilangkan Jerawat


Jus Lemon Segar


Jus lemon mempunyai sifat pemutih kulit yang semulajadi dan boleh membantu mememudarkan parut jerawat anda dengan berkesan. Hanya campurkan jus lemon dan air dalam kuantiti yang sama.Ratakan pada jerawat dan parut jerawat tetapi elakkan kawasan yang tidak terjejas. Cuci muka anda selepas 15 hingga 25 minit atau anda boleh biarkan jus lemon semalaman sebagai masker.

Patikan anda menggunakan pelembap serta-merta selepas membersihkan sisa jus lemon. Ini kerana jus lemon mengandungi asid sitrik yang boleh mengakibatkan kulit anda terlalu kering. Anda juga boleh menggunakan jus limau nipis sebagai ganti jus lemon. Oleh kerana jus lemon mempunyai pH 2 sedangkan pH kulit anda adalah antara 4 hingga 7, anda haruslah berhati-hati menggunakan kaedah ini. Jika dibiarkan terlalu lama atau tidak dicairkan dengan air boleh mengakibatkan rengsaan pada kulit.
Citrus jus juga mengandungi bahan kimia yang dipanggil bergapten, yang mengikat kepada DNA dan membolehkan sinaran UV merosakkan kulit dengan lebih mudah. Jadi, bersihkan masker lemon anda sebelum anda keluar dari rumah dan gunalah krim pelindung matahari.

Baking Soda


Baking soda boleh digunakan untuk penggelupasan kulit dan mengurangkan parut jerawat. Anda hanya perlu campurkan satu 1 teh baking soda dan 2 sudu teh air untuk membentuk pes cecair. Sapukan pes ini pada muka anda dalam gerakan bulat yang lembut untuk menggosok baking soda ke dalam kulit. Beri tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berparut. Lakukan selama kira-kira dua minit. Bilas dengan air suam dan lap sehingga kering kulit. Anda juga boleh menggunakan pes baking soda dengan menepekkan pes di kawasan yang berparut dan biarkan  selama 10 hingga 15 minit sebelum mencucinya.

Gunakan madu.


Madu adalah satu penyelesaian semulajadi yang bagus untuk membersihkan jerawat dan mengurangkan tanda merah akibat jerawat. Ini kerana madu mengandungi ciri-ciri antibakteria dan membantu untuk melegakan kesakitan kulit serta mengurangkan keradangan. Madu yang mentah adalah yang paling berkesan. Ia boleh ditepekkan terus pada kawasan berparut dengan menggunakan jari.

Madu adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Madu tidak menyebabkan iritasi pada kulit dan ia tidak mengakibatkan kulit kering seperti rawatan lain.
Jika anda boleh mendapatkan serbuk mutiara di kedai-kedai kesihatan atau online), anda boleh campurkan secubit dengan madu untuk rawatan yang lebih efektif. Serbuk mutiara berupaya mengurangkan keradangan dan memudarkan parut jerawat.

Aloe Vera


Gel dari daun aloe vera adalah bahan semulajadi yang menenangkan dan boleh digunakan untuk melegakan pelbagai penyakit seperti melecur, luka jerawat dan parut. Aloe vera membantu untuk pembentukan sel-sel baru dan melembapkan kulit Ia juga memudarkan parut jerawat. Daripada membeli produk aloe vera yang dikormersilkan, lebih baik anda mengambil daun aloe vera segar untuk mendapatkan gelnya. Gel ini boleh digunakan terus pada parut dan tidak perli dibilas.

Untuk rawatan parut yang lebih efektif, anda boleh campurkan satu atau dua titik minyak tea tree ke dalam gel aloe vera sebelum digunakan.

Kiub Ais


Ice adalah home remedy yang sangat mudah yang boleh membantu memudarkan parut jerawat. Ais dapat memberi kelegaan dan mengurangkan radang kemerahan akibat jerawat. Caranya, hanya balut kiub ais dalam kain bersih atau tisu tekapkan pada kulit berparut untuk satu atau dua minit sehingga kawasan itu mula berasa kebas.

Untuk kesan lebih baik anda boleh membekukan teh hijau sebagai ganti air biasa. Teh hijau mempunyai ciri-ciri anti radang yang membantu menyembuhkan jerawat dan parutnya dengan lebih efektif.






Kawasan COD : Bangi - Kajang- Salak Tinggi - Sepang - Nilai



CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3472585


FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

7 comments:

  1. guna madu plus putih telur mmg bagus...

    ReplyDelete
  2. kalau perasan lemon bisa gak yaa dijadikan obat jerawat?
    Berkah

    ReplyDelete
  3. Memang cara yg berkesan utk menghapuskan jerawat. Bagi mereka yg merokok juga senang utk dpt jerawat sbb mempunyai tabiat yg tidak baik tu. Maka, jika ada perokok yg x dpt hapuskan jerawat, blh cuba utk berhenti merokok.

    ReplyDelete
  4. Ingin luaskan pasaran jualan? Boleh cuba join Muslim Trade House dan sertai Seminar Perniagaan Muslim untuk menimba ilmu dan pengalaman sebagai bakal usahawan...

    http://wacanaku2009.blogspot.my/2016/11/bagaimana-ingin-tingkatkan-ekonomi.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...