Pengalaman Suka Duka Bergelar Pelajar Sekolah Berasrama Penuh

Dulu masa kecik-kecik cita-cita nak masuk sekolah menengah yang jauh..nak hidup berdikari kunun kan..sekali dapat surat tawaran masuk SHAH Pekan di Pekan, Pahang..dalam negeri jugaklah tapi jauh boleh tahan dalam 4 jam dari rumah..masa tu belum ada highway LPT..

Pintu Gerbang SHAH Pekan

Alhamdulillah macam2 pengalaman dapat kat sane..yelah boleh kata dalam masa 5 tahun tu habiskan hampir sepenuh masa kat sekolah..balik kampung masa cuti semester je sampai orang kampung pon tak kenal haha..saya dan keluarga bukanlah dari keluarga yang senang tapi alhamdulillah hidup selesa..jadi mak dan ayah saya jarang sekali datang melawat saya di sekolah..bukan jarang kot, memang tak datang..sepanjang 5 tahun belajar kat sekolah tu, mak dan ayah datang menghantar sekali sahaja semasa daftar tingkatan satu. kemudian ayah datang semasa form 3 untuk ambil report card. jadinya saya tumpang gembira bila ibu bapa kawan2 datang melawat di hujung minggu.sekolah saya ni sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia, jadi rakan-rakan ada yang datang dari Johor, Selangor, Kiala Lumpur , Kelantan dan Terengganu. Tak kurang juga rakan senegeri dari Pahang.
Pinjam Gambar Kelas 1 Ilmu (comel kan haha)

Ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari sana tak terhingga banyaknya. Pengalaman paling best sekali masa bulan puasa la kot..bangun sahur, terawih kat surau and ada moreh lagi balik dari surau..berbuka pulak, semua duk bising berborak dalam dewan makan..sekali dengar bunyi meriam dari istana..DUMMM!!..terus semua terdiam..hanya bunyi bijik kurma bertaburan jatuh atas tray besi 😋😋😋

Ingatan pada guru-guru dan bangunan-bangunan sekolah masih segar dalam ingatan. Cikgu Hanapi Osman guru kelas saya semasa tingkatan 1 selalu pening kepala memikirkan kelas kami yang selalu sahaj bergaduh antara murid lelaki dan perempuan, hehehe. Cikgu Azli, Cikgu Julia, Miss Ann, Ustazah Syarifah, Ustazah Maskurah, Ustaz Suhaimi, Ustaz Hassan, Cikgu Nazilawati, Cikgu Zamri Kimia, Cikgu Khairul Rulam, Puan Siti Noor, Cikgu Khairar, Cikgu Nasir, Cikgu Ruaibah, Cikgu Nora, Cikgu Suhaimi Tabiie, Ayahanda Tuan Haji Shahabuddin dan ramai sangat lagi cikgu-cikgu yang semua best best dan kami sayangi. Tak terbalas rasanya jasa-jasa cikgu-cikgu semua..Semoga mereka semua dikurniakan pahala berlipat ganda dan dipermudahkan urusan mereka.
Perkarangan sekolah - tempat perhimpuanan luar
Shahians semua mesti familiar dengan cerita2 ni kan..sukantara, road relay, merentas desa, prep malam, kelas tahanan kimia dan macam2 lagi lah..kami dah tua2 ni masih lagi seronok dan excited sangat bile bercerita kisah membesar di Shah Pekan dulu..Semestinya kami ada group whatsapp batch kami untuk keep in touch sesama kami..Teringat masing-masing beratur membeli pau cikgu Ayob dan roti khurasan, oh my nasi lemak pon ada tapi kenapa kami tak gemuk pon masa tu haha..rindu sungguh rasanya nak balik ke sana 🤓🤓🤓

Korang ingat lagi tak nama Rumah Sukan korang??
Saya rumah Murad 💪🏻💪🏻💪🏻


Kawasan COD : Bangi - Kajang- Salak Tinggi - Sepang - Nilai





Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

6 comments:

  1. kenangan tempat jatuh lagi dikenang, ini kan tempat belajar menimba ilmu.. hee~

    ReplyDelete
  2. salam cahayacinta..waj duh best duk asrama kita tak ada pengalaman bgtu cuna belajar dok umh sewa adalah...hrp anak2 saya akan ada pengalaman tu nanti..

    ReplyDelete
  3. ciktom pun duk asrama penuh time sekolah dulu..memamng byk kenangan kan..dah lupa plk nama rumah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...