Kenali Simptom-simptom Penyakit Bell's Palsy Dan Bagaimana Mendiagnosnya

Apakah Bell's Palsy?


Bell's Palsy adalah keadaan di mana otot menjadi lemah atau lumpuh pada sebelah muka pesakit. Kerosakan pada saraf muka yang mengawal otot pada sebelah muka menyebabkan sebelah muka anda jatuh. Kerosakan saraf juga boleh menjejaskan deria rasa dan penghasilan air mata dan air liur. Keadaan ini datang secara tiba-tiba, boleh datang dalam masa satu hari, dan biasanya menjadi lebih baik dan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.





Ramai yang keliru tentang kaitan penyakit Bell's Palsy dan angin ahmar atau strok. Faktanya, Bell"s Palsy bukan berpunca daripada strok. Walaupun strok boleh menyebabkan bahagian muka menjadi lumpuh, tidak ada kaitan antara Bell's Palsy dan strok. Dan berita baiknya Bell's Palsy tidaklah bahaya seperti serangan angin ahmar atau strok. Tetapi kelemahan otot muka secara tiba-tiba ini perlu diperiksa oleh doktor segera untuk memastikan ianya bukan disebabkan oleh masalah-masalah lain yang lebih serius.


Punca Bell's Palsy


Punca-punca penyakit Bell's Palsy sebenarnya adalah tidak jelas. Kebanyakan kes-kes yang berlaku dipercayai disebabkan oleh virus herpes yang menyebabkan cold sores. Dalam kebanyakan kes Bell's Palsy, saraf yang mengawal otot pada sebelah muka rosak akibat keradangan.

Banyak masalah kesihatan boleh menyebabkan kelemahan atau kelumpuhan pada otot muka. Jika sebab tertentu kelumpuhan otot muka tidak dapat dipastikan, keadaan ini dipanggil Bell's Palsy.


Apakah Simptom-simptom Bell's Palsy?


Penting sangat untuk kita ketahui simptom-simptom atau tanda-tanda Bell's Palsy ni, supaya kita boleh merawatnya di peringkat awal. Antara gejala Bell's Palsy termasuklah:


  • Kelemahan secara tiba-tiba atau kelumpuhan pada sebelah muka anda yang menyebabkan ia terasa berat dan seperti jatuh sebelah. Ini adalah gejala utama. Ia boleh menyebabkan sukar bagi anda untuk menutup sebelah mata anda.
  • Air liur meleleh dan pengeluarannya tidak terkawal.
  • Masalah mata, seperti berair berlebihan atau mata kering.
  • Kehilangan keupayaan untuk merasa.
  • Sakit di telinga atau di belakang telinga anda.
  • Kebas pada sisi yang terjejas wajah anda.
  • Kepekaan terhadap bunyi meningkat.



Bagaimanakah Bell's Palsy Didiagnos?


Doktor anda boleh mendiagnosis Bell's Palsy dengan bertanyakan soalan, seperti tentang bagaimana simptom-simptom ini terjadi pada aslnya. Dia juga akan memeriksa anda secara fizikal dan neurologi untuk memeriksa fungsi saraf muka. Jika punca gejala-gejala anda tidak jelas, anda mungkin perlu ujian lain seperti ujian darah, MRI atau CT Scan.


Ikhtiar Dengan Vivix Shaklee Untuk Penyembuhan Bell's Palsy Dengan Cepat

Vivix Shaklee ada ikhtiar kepada penyembuhan penyakit Bell’s Palsy. Penyakit Bell's Palsy ini mengambil masa untuk sembuh seperti sediakala. Tetapi, kita boleh beriktiar untuk sembuh lebih cepat daripada menunggu sahaja penyakit itu hilang. Jadi saya amat menggalakkan anda yang mengidap Bell's Palsy untuk mengambil Vivix Shaklee. Bayangkan jika anda bangun tidur dan tiba-tiba sebelah muka anda lumpuh, dan keadaan itu berkekalan selama berminggu-minggu dan sehingga beberapa bulan. Bagaimana anda hendak melakukan aktiviti harian seperti biasa. Lebih-lebih lagi jika anda bekerja, telah berumahtangga dan ada anak-anak. Sedikit sebanyak anda akan rasa rendah diri bila berhadapan dengan sesiapa pun.

Jom kita baca kisah Puan Faiza Suhada yang bangun pagi tiba-tiba muka kaku sebelah dan tidak boleh senyum.



“2 OKTOBER 2015

Saya bangun pagi, sebelah muka dah jatuh.

Tak boleh senyum, mata tak dapat tutup, air mata mengalir macam menangis.

Sakit, rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang Bell’s Palsy. Bukan stroke. Tapi kelemahan sebelah otot muka.Saya diberi steroid.

Punca UNKNOWN.

Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin, saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu.

Saya amalkan 

Vivix
Omega
B COmplex
Vitamin E

Saya juga menjalani fisioterapi.

Alhamdullilah selepas 90 hari, saya diberi kesempatan SENYUM kembali.”

-Puan Faiza Suhada-

Sekarang Puan Faiza Suhada telah kembali pulih seratus peratus. Alhamdulillah berkat beliau menjalani fisioterapi dan mengamalkan vitamin Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.


Beriktiarlah untuk merawat penyakit ini kerana anda boleh kembali sihat dengan lebih cepat. Kenapa anda perlu tunggu jika anda boleh berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Jangan biarkan penyakit mengganggu aktiviti harian anda dan orang tersayang.







Beli Sebotol Vivix





Promosi Vivix Buy 6 Free 1 (Sehingga 31 Disember 2017 sahaja)







Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)









Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...