Bagaimana Meningkatkan Sistem Perlindungan Tubuh Anda

Harini nak cerita sikit ilmu yang dapat dari Health & Wellness Talk Shaklee bulan November tahun lepas di Bangi..setiap bulan Shaklee ada buat talk free ni terbuka kepada sesiapa saja nak datang..banyak sangat ilmu yang dikongsi oleh Nutritionist Shaklee..bukan ilmu produk sahaja, lebih kepada ilmu tentang kesihatan secara umum. Macam tajuk bulan November tu Nutrisi Perlindungan Imun disampaikan oleh Nutritionist Sarah..




Tubuh kita ni dilindungi oleh sistem imun yang terdiri dari 3 lapisan perlindungan. Lapisan pertama adalah permukaan kulit kita..lapisan silia pada salur pernafasan yang bertindak mengeluarkan  mukus apabila bertindakbalas dengan patogen..kita juga akan batuk dan bersin untuk mengeluarkan patogen. air liur bertindak sebagai anti biotik dan jus gastrik (ph 2-3) bertindak membunuh kuman dengan asid kuatnya. Lapisan kedua adalah sel darah putih yang merembeskan bahan kimia untuk membunuh bakteria. Lapisan ketiga adalah perlindungan spesifik..apabila tubuh diserang antigen, tubuh akan mewujudkan respons imun yang mana tubuh kita mengeluarkan antibodi untuk melawan sesuatu penyakit ini..ia dipanggil rintangan spesifik kerana antibodi yang dihasilakan adalah spesifik untuk antigen atau penyakit yang menyerang tubuh kita ketika itu.

Apabila imun kita rendah kita berpotensi tinggi untuk dijangkiti selsema, dijangkiti denggi, membentuk sel2 abnormal (contohnya kanser) dan superbug(rintang terhadap antibiotik) mungkin terbentuk. Kalau kita sakit dan selsema, kita perlukan air masak yg sangat banyak. Kalau perasan, masa sakit kita kerap kencing, bersin dan berpeluh. Sebab tubuh sedang bertindakbalas untuk mengeluarkan virus melalui air kencing, peluh, air hidung. So perlu minum air untuk cover keperluan air tubuh.

Selain tu kita boleh ambil supplement untuk meningkatkan imunisai tubuh kita. Nutrisi keperluan imun yang saya selalu cadangkan pada customer adalah:

Vitamin C - antioksidan tinggi, meningkatkan kekebalan sistem imun tubuh..

Garlic - membantu sel imun lebih cepat bertindak..memendekkan tempoh simptom dan  membantu cepat sembuh. bawang putih adalah antibiotik semulajadi. cuba makan 1 labu garlic kalau berani hihi 

Nutriferon - membekalkan interferon yang memberi signal lebih jauh..supaya sel2 imun dari organ2 yang jauh turut sama membantu melawan penyakit..lebih ramai sel imun maka lebih cepat sistem imun bertindak..

Carotomax - carotenoid dalam carotomax adalah vitamin A berfungsi melindungi sel imun, membaiki kerosakan /kecederaan sel imun.

Sekian sahajalah, panjang mak membebel harini..Esok nak repeat lagi buat immune booster drink yang belajar masa H&W Talk tu..bahan2 dah cukupkan semalam, tinggal nak shake2 je...k bye 

Your Trusted SID
Zara Ismail
☎ SMS | Call | wasap : 019-3472585
 ig @wellnesswithzara
 www.zaraismail.com
#HealthAndWellnessTalk
#TsunamiShaklee
#LandmarkStudy
#t21greatt34

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...