Cara Merawat Sopak Atau Vitiligo Secara Semulajadi

Sopak atau dalam bahasa perubatannya Vitiligo adalah sejenis penyakit autoimun di mana sistem imun pesakit itu sendiri menyerang sel-sel melanosit. Melanosit adalah sel-sel yang menghasilklan pigmen pada kulit manusia. Vitiligo adalah masalah kulit jangka panjang yang menghasilkan tompok putih yang terbentuk dan merebak pada bahagian tertentu kulit.



Penyakit sopak tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal. Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit. Ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya. Sopak juga boleh menukarkan rambut menjadi putih.




Kawasan kulit yang dijangkiti sopak adalah berbeza dari individu ke individu. Vitiligo juga boleh memberi kesan kepada mata, di dalam mulut dan rambut. Dalam kebanyakan kes, kawasan yang terlibat kekal dengan tompokan tersebut sepanjang hayat pesakit itu.

Punca-punca Penyakit Sopak


Punca sebenar sopak atau vitiligo masih belum dapat dikenal[pasti. tetapi dalam kebanyakan kajian sopak dipercayai disebabkan oleh:



  • Gangguan autoimun - sistem imun pesakit menjadi terlalu aktif dan memusnahkan sel-sel melanosit
  • Ketidakseimbangan tekanan genetic oxidative
  • Stress/tekanan
  • Kesan terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa yang lama
  • Pendedahan kepada bahan kimia
  • Punca neural
  • Keturunan (genetik)
  • berpunca daripada virus

Walaubagaimanapun anda tidak perlu risau kerana sopak tidak berjangkit. Sopak tidak dipengaruhi oleh umur, jantina dan kaum. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kes bermula ketika umur pesakit dalam linkungan 20 tahun.

Tanda-tanda Penyakit Sopak


Satu-satunya gejala penyakit sopak adalah kemunculan tompok putih atau tompok pada kulit. Secara umumnya, tempat putih pertama yang menjadi ketara adalah di kawasan badan yang terdedah kepada cahaya matahari.



Pada mulanya, sopak terbentuk seperti kawasan kulit yang pucat sedikit daripada daripada kawasan kulit yang lain. Tetapi secara beransur-ansur, tempat ini akan menjadi lebih pucat sehingga ia menjadi putih. Bentuk tompokan ini adalah tidak sekata, dan kadang-kadang bahagian tepi tompokan berwarna merah dan menyebabkan rasa gatal. 

Vitiligo adalah sensitif kepada cahaya. Pesakit perlu mengelakkan kulit daripada terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama.

5 Tips Merawat Sopak Secara Semulajadi


1. Menggunakan Betik


Sapukan sepotong betik pada tompokan putih. Biarkan kering dan sapukan semula beberapa kali. Biarkan jus pada buah betik menyerap pada kulit. Sebagai tambahan, minumlah jus betik setiap hari. betik membantu memulihkan sel-sel melanosit yang menghasilkan pigmen kulit kita.



2. Menggunakan Red Clay


Red clay atau tanah liat berwarna merah mengandungi kuprum yang sangat berkesan memberi warna asal kulit. Campurkan 2 sudu besar red clay dan 1 sudu besar jus halia. Sapukan campuran tersebut pada tompokan putih setiap hari. Jus halia merangsang dan meningkatkan peredaran darah ke bahagian bertompok putih. Penggunaan berterusan mampu memulihkan struktur warna kawasan terjejas.



3. Menggunakan Duckweed


Duckweed adalah tumbuhan air yang biasa ditemui dalam air tasik atau kolam. Duckweed kaya dengan bahan seperti flavonoids, polysaccharides, lignan, tannin, vitamin B, B2, Vitamin C dan asid lemak tidak tepu, tumbuhan ini sangat terkenal dalam Perubatan Tradisional Cina. Kisar duckweed dan campurkan dengan 1 sudu besar madu. Sapukan pada bahagian terjejas.


4. Menggunakan Kunyit


Buat campuran paste daripada serbuk kunyit dan minyak mustard. Sapukan paste tersebut pada bahagian yang terjejas. Kunyit adalah bahan semulajadi yang bersifat anti radang. Mustard oil pula membantu mengembangkan kapilari darah dan meningkatkan peredaran darah kepada bahagian kulit yang terjejas. Kombinasi keduanya mampu memulihkan sel-sel melanosit di kawasan yang terjejas.



5. Menggunakan Goosefoot


Goosefoot adalah sejenis tumbuhan herba yang dikategorikan sebagai tumbuhan ubatan. Ianya kaya dengan asid folik, mineral, vitamin serta kaya dengan protein. Ambil sayuran ini sebagai makanan harian dan ekstrak jusnya untuk disapukan di bahagian terjejas sebanyak 3 kali sehari. 


Supplement Terbaik Yang Mampu Merawat Sopak


Vivix




Vivix Shaklee ialah sejenis minuman campuran dari sumber botani. Vivix mengandungi campuran unik dari tumbuhan Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Vivix kaya dengan antioksidan dan resveratrol. Resveratrol adalah bahan yang membantu mengaktifkan SIRT1 yang berkait rapat dengan pigmentasi kulit. Vivix ini adalah revolusi rawatan di peringkat sel. Ia merawat dengan memulihkan sel-sel melanosit yang menghasilkan pigmen melanosom yang memberi warna asal kulit kita.

Nutriferon




Dalam kes vertigo, sistem imun tubuh telah bertindak luar kawal dengan menyerang sel-sel melanosit tubuh pesakit itu sendiri. Kulit kita sendiri sebenarnya adalah mekanisma utama dalam pertahanan tubuh. Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan sekaligus bertindak memantapkan kembali sistem imun tubuh kita. Nutriferon adalah satu formula ekslusif yang telan dipatenkan oleh Shaklee dan hanya boleh didapati melaui pengedar Shaklee yang sah.

B Complex




B Complex penting dalam pembentukan sel-sel darah. Bekalan sel darah yang mencukupi membantu penyembuhan kawasan kulit yang terjejas. B Complex itu sendiri membantu dalam mencegah pigmentasi kulit. Ini dapat mencegah pigmentasi pada kulit pesakit sopak daripada terus merebak.

Vitamin C




Kandungan antioksidant yang tinggi dalam Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen iaitu komponen protein utama dalam kulit. Pesakit vitiligo adalah sensitif kepada cahaya (UV). Vitamin C berupaya menghalang dan merawat kerosakan yang disebabkan oleh UV.

Energizing Soy Protein




Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, detoks bahan buangan sel dan lain-lain. ESP membekalkan protein secukupnya yang penting untuk pembentukan sel-sel baru. Selain itu soya itu sendiri bersifat mencegah pigmentasi, masalah utama yang dihadapi pesakit sopak.

Carotomax


Carotomax Shaklee membekalkan 13mg carotenoids yang sangat berfaedah kepada kesihatan yang terdiri daripada lutein, lycopene dan beta carotene. Dalam sayur-sayuran, carotenoid adalah pigmen yang memberikan warna pada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada pesakit sopak, carotenoid mampu merawat masalah tompokan pigmentasi dan menghalangnya dari terus merebak. Carotenoid adalah sumber vitamin A yang terbaik. Selain bagus untuk kesihatan kulit, antioksidant yang tinggi dalam carotomax juga berfungsi dalam sistem petahanan tubuh. Kita sedia maklum poesakit sopak mengalami masalah di mana sistem pertahanan tubuh bertindak menyerang sel melanosit kulit pesakit. Oleh kerana itu carotomax sangat sesuai diambil oleh pesakit sopak.

Pesakit Yang Berjaya Sembuh Dengan Supplement Shaklee


Kulit pesakit ini yang mengalami pigmentasi di sekitar mata dan mulut, beransur sembuh setelah mengambil produk Shaklee secara konsisten. InshaAllah kita boleh berikhtiar dalam merawat penyakit sopak ini. Walaupun sopak tidak berjangkit dan tidak memberi kesakitan kepada pesakit, secara tidak langsung ia memberi kesan kepada penampilan seseorang individu. Pesakit mungkin berasa rendah diri dan kurang keyakinan untuk berdepan dengan masyarakat. Sudah menjadi satu keperluan untuk kita berikhtiar dan berusaha untuk sembuh serta berdoa.







Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)








Zara Ismail
ID : 882869
Whatsapp/Call : 019-3472585
Email: fatimahazzahra05@yahoo.com
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...