Punca Kayap Dan Cara Merawatnya Secara Semulajadi

Kayap (Shingles)


Kayap adalah jangkitan pada permukaan kulit yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster. Virus Varicella-zoster adalah virus yang sama yang menyebabkan Chicken Pox (Cacar Air). Selepas pulih dari Chicken Pox, virus ini akan kekal dorman dalam sistem saraf pusat tubuh anda. Jadi, sesiapa yang pernah dijangkiti Chicken Pox, samaada kanak-kanak atau dewasa boleh dijangkiti Kayap.





Virus Varicella-zoster adalah tergolong dalam kumpulan virus yang dipanggil virus herpes, itulah sebabnya kayap juga dikenali sebagai herpes zoster. Semua virus herpes boleh bersembunyi di dalam sistem saraf dan boleh kekal hampir selama-lamanya. Ia menunggu waktu yang sesuai(imun rendah) untuk aktif kembali. Sebab itulah pentingnya anda perlu memastikan imuniti tubuh anda sentiasa berada di tahap maksimum.

Kayap adalah yang paling biasa berlaku kepada individu berusia lebih 50 tahun. Hampir separuh dari kes berlaku kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin muncul semula di semua peringkat umur merek yang pernah menghidap cacar air.


Punca Penyakit Kayap


Dalam kebanyakan jangkitan kayap, tidak ada sebab yang diketahui mengapa virus varicella-zoster bermula membiak semula. Kebanyakan pengamal kesihatan berpendapat, kayap berlaku apabila sistem imun tubuh lemah dan  menyebabkan virus itu untuk aktif semula.

Beberapa punca yang mungkin mencetuskan jangkitan kayap adalah:

  1. Penuaan - semakin berusia individu itu, taahap imun semakin rendah
  2. Individu yang mengidap penyakit berkaitan imun seperti HIV / AIDS
  3. Individu di bawah rawatan kanser (kemoterapi dan radioterapi)   
  4. Tekanan atau trauma - tekanan psikologi dan emosi
  5. Ubat - immunosuppressive drugs 
  6. Pesakit selepas melalui pemindahan organ
  7. Kanak-kanak - kanak-kanak yang ibunya dijangkiti chicken pox di akhir kehamilan 

Tanda-tanda Kayap


Simptom kayap yang paling biasa adalah kulit menjadi menggelembung berisi air seperti melepuh (blister). Selain itu anda akan berasa sakit mencucuk-cucuk dan panas di bahagian tertentu kulit.

Biasanya, kronologi jangkitan kayap adalah seperti berikut:

Simptom Awal
Rasa sakit yang tidak tertahan, kebas-kebas dan gatal-gatal pada bahagian tertentu kulit. 
- Demam urat dan sakit kepala
- Keadaan berlarutan sehingga 1-5 hari

Melepuh (Blister)
- Selepas hari ke 5, ruam mula muncul pada bahagian tertentu kulit.
- Ruam merah yang muncul mengembang menjadi lepuh berisi cecair gatal.
Ruam mungkin melibatkan muka, mata, mulut, dan telinga.
- Kadang-kadang kulit yang melepuh bergabung, membentuk jalur berisi air pada badan.
- Lepuh yang baru akan sentiasa timbul dalam masa seminggu.

Kering Berkeruping
- Dalam 7 ke 10 hari, lepuh akan beransur-ansur kering dan membentuk  keruping dan gugur dari tubuh. Parut-parut kecil mungkin terbentuk. Pada ketika ini, ruam tidak lagi berjangkit.
Jangkitan kayap biasanya mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Kayap boleh menjejaskan mata (dipanggil kayap optik) di mana virus akan menyerang satu saraf oftalmik dan menyebabkan rasa sakit pada mata. Dalam sesetengah kes, boleh menyebabkan kehilangan penglihatan sementara atau kekal. Sangat bahaya kan.

Rawatan Kayap Menggunakan Supplemen Semulajadi Yang Selamat Dan Berkesan


Kayap adalah penyakit yang berkaitan dengan virus. Maka rawatan dengan antibiotik adalah tidak bersesuaian. Biasanya rawatan hospital adalah untuk mengurangkan simptom kayap. Tubuh pesakit sendiri perlu develop imuniti untuk melawan penyakit ini.

Pengambilan supplemen semulajadi ini adalah inisiatif rawatan untuk menyembuhkan penyakit ini dan menghalang jangkitan semula dalam jangka masa panjang.

Pengalaman Ngeri Penghidap Penyakit Kayap Kronik


Saya kongsikan kisah Puan Siti Norhayati Abdul Halim, yang diserang kayap kronik di bahagian muka sehingga menjejaskan matanya. Anda boleh baca petikan pengalaman beliau seperti di bawah.



Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.
..
NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..
..
LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.
..
Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~
..
Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!
-Puan Siti Norhayati Abdul Halim-

Supplement Yang Terbaik Dalam Set Kayap Shaklee



Vivix




Vivix Shaklee ialah sejenis minuman campuran dari sumber botani. Vivix mengandungi campuran unik dari tumbuhan Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Vivix kaya dengan antioksidan dan resveratrol. Resveratrol adalah bahan yang membantu mengaktifkan SIRT1 yang berkait rapat dengan pigmentasi kulit. Vivix ini adalah revolusi rawatan di peringkat sel. Antioksidan yang sangat tinggi dalam Vivix Shaklee membantu meningkatkan tahap imun tubuh seseorang. Ini membantu melawan penyakit supaya sembuh lebih cepat dan mengelakkan berlakunya serangan semula janka panjang.

Nutriferon




Dalam jangkitan kayap, tubuh kita diserang oleh virus yang sedia ada di dalam tubuh. Virus ini kembali aktif dicetuskan oleh beberapa punca antaranya ialah imun tubuh yang rendah. Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan sekaligus bertindak memantapkan kembali sistem imun tubuh kita. Nutriferon adalah satu formula ekslusif yang telan dipatenkan oleh Shaklee dan hanya boleh didapati melalui pengedar Shaklee yang sah.

B Complex




B Complex adalah vitamin yang bagus untuk kesihatan saraf dan memberikan effect penenang semulajadi kepada pesakit. Ini sangat membantu pesakit kayap yang mengalami masalah demam urat dan sakit-sakit badan (lenguh, kebas dan kejang).

Vitamin C




Kandungan antioksidant yang tinggi dalam Vitamin C membantu meningkatkan pertahanan tubuh pesakit. Ini membantu pesakit sembuh lebih cepat dan mengelakkan jangkitan berulang. Selain itu vitamin C menggalakkan sintesis kolagen yang membantu membentuk struktur kulit yang sihat. Juga terbaik dalam merawat luka dan parut.

Lecithin


Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Lecithin dikatakan sebagai makanan otak dan saraf. Bagus sangat untuk pesakit kayap kerana kayap ni berkait rapat dengan sistem saraf. 

Saya faham bagaimana sakitnya menderita penyakit kayap ini kerana pernah melihat sendiri bagaimana ayah saya yang dijangkiti kayap. Ia bukan sahaja menyerang fizikal dan penampilan pesakit, malah mengganggu psikologi pesakit tersebut. Pesakit akan rasa rendah diri dan malu untuk berdepan dengan orang ramai terutamanya jika kayap menyerang bahagian yang ketara seperti muka dan tangan. Kita sebagai manusia perlulah berikhtiar sehabis baik dan berserah kerpada Allah,







Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)







Zara Ismail
ID : 882869
Whatsapp/Call : 019-3472585
Email: fatimahazzahra05@yahoo.com
FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

4 comments:

  1. bagus set shaklee ni ye untuk kayap

    ReplyDelete
  2. Mmg kebykkan ubat dari hospital utk kurangkan simptom je. Lebih baik makan shaklee boleh tingkatkan imuniti badan dari di serang penyakit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...