Punca Utama Jerawat Yang Anda Selalu Ambil Remeh

Jika anda telah mengalami masalah jerawat sejak remaja dan sehinggalah bertahun-tahun lamanya. Sudah pasti anda sangat memahami perasan mereka yang mengalami masalah jerawat ni, lagi-lagi jerawat batu atau jerawat yang bernanah teruk. Punca utama jerawat biasanya dikaitkan dengan pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kulit. Folikel rambut yang tersumbat tidak membenarkan minyak keluar dari liang roma, menggalakkan pertumbuhan bakteria di dalam folikel rambut. 




Walau bagaimanapun, selain faktor-faktor di atas dan genetik, tindak balas hormon dan tabiat harian anda mungkin menambahkan lagi punca jerawat mudah tumbuh di kulit anda. Berikut adalah beberapa punca jerawat yang diambil remeh tetapi menyumbang kepada masalah jerawat anda.


1. Makan Makanan Pedas



Makanan pedas sering mengandungi tomato dan lada, yang mengandungi lycopene berasid yang boleh merengsa kepada sesetengah orang. Lycopene berlebihan menurunkan paras pH kulit mereka dan mencetuskan jerawat. Walau bagaimanapun, ia bukan hanya makanan pedas yang boleh merengsakan kulit anda. Sesetengah orang mempunyai masalah dengan produk tenusu, roti, atau  makanan lain. anda sendiri harus memahami bagaimana kulit anda bertindak balas terhadap apa yang anda makan.

Cara Mengatasi : Kurangkan makan makanan pedas (atau apa sahaja makanan yang boleh menyumbang kepada jerawat anda).


2. Salah Pilih Produk Rambut



Sulfat (agen pembersih), agen pelembab dan silikon yang terdapat dalam syampu, perapi dan penggaya rambut anda boleh meresap ke liang-liang kulit anda. Ini boleh menyebabkan liang tersumbat dan menyebabkan jerawat di dada, belakang badan dan jerawat di sepanjang garisan rambut anda.

Cara Mengatasi : Apabila mencuci dan membilas rambut anda, condongkan kepala anda ke sisi untuk mengekalkan residu produk dari terkena muka, dada, dan belakang badan. Pastikan anda mencuci muka anda ketika selepas mencuci rambut untuk memastikan anda tidak tertinggal residu produk pada kulit anda.


3. Merokok



Setiap kali anda menyalakan rokok, anda mengurangkan jumlah oksigen yang masuk ke wajah anda. Ini bukan sahaja menjadi punc kanser,  tetapi juga menyebabkan kolagendan elastin terurai menyebabkan kedut dan saiz liang kulit meningkat. Selain itu karsinogen dalam asap juga merengsakan kulit anda dan menyebabkan kulit kering. Kulit yang kering akan mencetuskan penghasilan minyak yang lebih berbanding keadaan biasa. Ini bleh menjadi punca utama jerawat.

Cara Mengatasinya: Jangan merokok. Ya betul, ianya semudah itu. Anda akan hidup lebih lama dan mempunyai kulit yang cantik :)


4. Menyental Kulit Wajah Terlalu Kuat



Ramai yang menyangka menggosok kulit dengan kain lap atau berus muka akan melicinkan kulit. Sebenarnya itu akan memburukkan lagi maslah jerawat anda. Apa akan berlaku sekiranya anda menyental pada bintil jerawat yang sedang aktif ? Bakteria jerawat akan tersebar ke seluruh kulit dan memburukkan lagi keadaan.

Cara Mengatasinya: 

Cuci dengan lembut dan rawat kulit anda dengan skincare yang terbaik  (pembersih, toner, pelembap). Dengan cara itu, anda dapat membersihkan muka dengan  cara yang sangat lembut dan kurang sentalan.


5. Ketagih Memicit Jerawat


Saya tahu ramai yang suka memicit jerawat sendiri. Seeloknya biarkan pakar dermatologi yang melakukannya. Kerana memicit sendiri boleh menyebabkan kulit anda luka dan bertanda merah. Lagi teruk kalau anda cuba memicit keluar minyak dan isi nanah dalam jerawat. Anda mungkin menyebabkan jerawat termasuk lebih dalam di bawah kulit atau menyebarkan bakteria ke seluruh kulit. menyebabkan jerawat anda semakin banyak tumbuh.




Cara Mengatasi: 

Cabar diri anda untuk tidak menyentuh muka anda tanpa sebab-sebab yang perlu. Anda mungkin akan terkejut dengan hasilnya. Anda berjaya membiarkan jerawat sembuh dengan sendirinya dan kulit anda akan bebas daripada parut yang tidak diingini.


6. Stress Yang Tidak Terkawal


Stress menyebabkan jerawat, jerawat pula menyebabkan anda lebih stress. Never ending story kan :). Secara teorinya apabila anda stress, kulit anda menghasilkan hormon tekanan, termasuk kortisol yang merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan testosteron. Testosteron meningkatkan penghasilan minyak dan menyumbat liang-liang kulit anda. 




Cara Mengatasi: 

Buatlah senaman secara teratur, bermeditasi, mengambil masa yang singkat dari jadual sibuk anda untuk memberi tumpuan kepada diri anda sendiri. Boleh juga berikhtiar dengan supplement Anti Stress Shaklee (B Complex, Ostematrix, Omega Guard). Ini semua  akan membantu anda mengurangkan tekanan, jadi tubuh anda tidak akan berterusan melepaskan hormon yang hanya akan membahayakan kulit anda .


7. Detergen Yang Merengsa Kulit 



Sesetengah bahan kimia dalam detergen pakaian boleh merengsa kulit anda. Apabila kulit anda tersentuh dengan kain atau pakaian anda, residu yang ditinggalkan di atas kain boleh bertindakbalas dengan kulit anda menyebabkan jerawat di muka, dada dan belakang anda.

Cara Mengatasi: Pilih detergen dan pelembut pakaian yang tidak toksik, hypoalergik, tsnps klorin dan tidk mengandungi bahan kimia merbahaya seperti Fresh Laundry Shaklee.


Hidangkan Nutrient Terbaik Untuk Sel Kulit Anda




Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan kulit kerana sifatnya yang kaya dengan antioksidan dan vitamin C itu sendiri adalah keperluan seharian tubuh kita. Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu melambatkan penuaan, memjadikan kulit lebih cerah berseri dan menyekat pembentukan pigmen yang merupakan penyebab utama pembentukan jeragat serta mengatasi masalah kulit kering dan bersisik.

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu komponen penting dalam kulit. Sumber Vitamin C yang mencukupi di dalam badan anda akan meransang pembentuka kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Dengan adanya kolagen yang mencukupi di dalam tisu kulit, kedutan kulit akibat penuaan dapat diatasi atau dilambatkan prosesnya.




Antara kebaikan B Complex untuk kecatikan kulit adalah mengekalkan keremajaan  dan menjaga kesihatan kulit dari dalam. Ianya penting dalam pembentukan sel darah merah. Apabila sel darah merah mencukupi, ia meningkatkan keserian (glowing) pada wajah. Selain itu, B Complex menurangkan tekanan emosi, kelesuan dan stress yang pastinya menyumabngkan kecantikan kepada seseorang itu. 
Peranan lain B complex dalam kecantikan kulit:
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Mencegah pigmentasi
- Melambatkan tanda-tanda penuaan
- Merawat masalah jerawat



1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, jeragat dan kesan penuaan. Ianya mampu memperbaiki dan memulihkan tekstur kulit dan tona muka. Selain itu Vitamin E terbaik untuk merawat kesan parut. Pengaambilan lebih dari 1200UI sehari berkesan melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan.

Vivix Shaklee dirumus khas daripada anggur muscadine dan 3 bahan aktif yang lain iaitu purple carrot, european elderberry dan polygonum cuspidatum. Keempat-empat bahan aktif ini kaya dengan resveratrol dan polifenol. Vivix Shaklee mampu merawat sel-sel kulit dari peringkat DNA. Antioksidan yang tinggi dalam Vivix.

Jom Kita Dengar Perkongsian Puan Nurul Zunorain Yang Mengamalkan Produk Shaklee Untuk Mengatasi Masalah Kulit Berjerawat Beliau













Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)









Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai

5 comments:

  1. syukurlah takde masalah jerawat dah. haha

    ReplyDelete
  2. masalah ni antara yang melanda masa zaman sekolah dulu.. pelbagai cara nak elak jerawat.. skrg dah ok.. maybe sebab hormon

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...